Thursday, February 23, 2012

Aku meluat dengan kakitangan kerajaan naik gaji lagi !!!!

Aku paling meluat setiap kali dihidangkan dengan berita kakitangan kerajaan naik gaji lagi . Kali ini kakitangan kerajaan bakal menerima kenaikan dari RM700 ke RM2500. 


Bayangkan bagaimana jiwa dan raga seorang kakitangan kerajaan yang kerjanya itulah sahaja menghabiskan sisa-sisa hidup bekerja dan bekerja untuk kerajaan. Maka tambahan kewangan maka bertambah melegakan sedikit derita dan penderitaan hidupnya.

Apalah nilainya dan adanya jika seorang ahli perniagaan. yang sekali dapatkan tender nilai berjuta-juta. Tentu makannya tidak habih dan boleh simpan bertahun-tahun tanpa luak sedikit pun. tapi orang tidak bising sebab bukan macam kakitangan kerana dia dinampakkan jalan cerita, diuar-uarkan dicanang. 


Maka nampaklah seluruh yang namanya kakitangan kerajaan ini dijaga sungguh oleh kerajaan. Ibarat seumpama menatang minyak yang penuh. Apa yang bernama sahaja dgn kakitangan kerajaan nampak macam terjaga dan terbela.


Tetapi tahukah kita ......

Apalah nilai gaji aku sekitar RM800 sebulan, dengan tanggungan bermacam-macam dalam suasana barang naik. Pakai dan jalan nampak hebat tetapi hidup susah papa ke dana. Biar jadi peneroka Felda, biar jadi penoreh getah. Walaupun susah ada masa senangnya, selekeh tetapi berduit dan kembung kocet. dapat pergi umrah dan menunaikan haji.

tuan-tuan fikirlah kami kakitangan bawahan dengan gaji RM800 anak lapan, rumah sendiri tiada, tanah lapang untuk tapak rumah tiada, siang malam habis masa di pejabat. nak berniaga pasar malam pun tak mampu. 

nanti pemimpin kata lagikan ulat dalam batu ada rezeki. Balik balik kami kakitangan seumpama ini akan dicop malas. Bumi Allah kan luas, ikhtiar, tengok mat indon dan bangla kerja relex usaha kuat, taat dan dapat baling ke negara naik fligt lagi woi...



Semak Gaji Kakitangan Awam Setiap Lima Tahun - Nurul Izzah
PETALING JAYA: Kerajaan disaran melakukan semakan gaji kakitangan awam setiap lima tahun bagi memastikan kenaikannya selaras dengan kadar inflasi semasa.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, penyelarasan semakan secara berkala itu juga bagi memastikan sistem berkenaan dapat dilaksanakan dengan adil di semua peringkat jawatan dan gred.
"Kami menyarankan agar semakan gaji dimandatkan supaya dibuat setiap lima tahun agar satu kenaikan yang selaras dengan inflasi semasa akan dapat dilaksana dengan lebih mudah dan adil," katanya pada sidang media di sini, Khamis.
Selain itu, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai turut menggesa kerajaan mengkaji secara serius tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) agar memberi kenaikan gaji 1.3 juta penjawat awam dari gred 1 hingga gred 54 antara RM700 hingga RM2,500.
Jelas beliau, PKR terbuka dengan tuntutan terbaru itu agar kerajaan memberi kenaikan gaji untuk kakitangan perkhidmatan awam gred 1 hingga gred 54 menerusi skim yang sedia ada sebelum melaksanakan sebarang pembaharuan menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
"Menerusi belanjawan alternatif Pakatan Rakyat 2012, kami memberi komitmen bahawa sekiranya Pakatan Rakyat memegang tampuk kerajaan pusat, gaji minimum pada kadar RM1,100 akan dikuatkuasakan untuk kakitangan awam.
"Ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 300,000 kakitangan awam yang masih menerima gaji di bawah kadar tersebut di bawah skim saraan sedia ada.
"Pakatan Rakyat juga komited untuk menyelaraskan tangga gaji perkhidmatan awam secara lebih saksama berikutan pengenalan gaji minima tersebut, selain insentif khas RM500 sebulan bagi setiap guru sebagaimana dijanjikan di dalam Buku Jingga," katanya.
Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman dilaporkan berkata, tuntutan kenaikan itu perlu dilaksanakan menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan gaji dibuat melalui skim SBPA.
Menurut Omar, tuntutan tersebut membabitkan kenaikan gaji untuk gred 1 hingga gred 16 sebanyak RM700; gred 17 hingga gred 26 (RM1,000); gred 27 hingga gred 40 (RM1,500); gred 21 hingga gred gred 48 (RM1,800) dan gred 52 hingga gred 54 (RM2,500).
Katanya lagi, kakitangan awam yang sudah mencapai gaji maksimum atau sudah mati gaji pula perlu dibayar selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan dan perlu dinaikkan gred.




No comments: