Membaca dan melihat entri berita Anak Muda Meluat Dengan Nasaruddin Tantawi adalah satu bentuk suara kritikan ke dalam yang jarang kedapatan dan jarang berlaku.
Situasi ini, adalah manifestasi sebahagian harapan generasi muda yang mahu melihat sesuatu yang luarbiasa dan agresif daripada perjuangan sayap parti islam dalam melahirkan kaderisasi kepimpinan massa.
Kepimpinan yang diterima massa disamping memimpin parti parti dengan baik adalah kepimpinan itulah yang ditargetkan atau diimpikan oleh semua.
Kita tidak mahu ia hebat mempimpin parti tetapi gagal dalam memimpin massa. Ataupun ia hebat memimpin massa tetapi tidak hebat memimpin parti.
Banyak contoh-contoh terdekat . Umpamanya Hassan Ali dia hebat memimpin massa, tetapi ia gagal memimpin parti. Maka kepimpinan nya tidak ke mana sekadar berligar dengan JATI. Ia bakal lesu sikit masa lagi tempoh hayatnya dijangka tidak panjang.
Begitu juga dengan Ust Nassaruddin Tantawi pemuda berkenaan merasakan dia hebat memimpin parti,, tetapi gagal dalam memimpin massa.
Kepimpinan massa dan parti adalah Al Fadil Ust Fadil Noor, Yusof Rawa, TGNA dan Anwar Ibrahim barangkali sekadar menyebut beberapa contoh.
Massa menilai dengan kepimpinan massa Islam dan bukan Islam. Sebagai contoh Lim Guan Eng sebagai contoh terdekat yang mencabar kepimpinan orang islam kita.
Inilah denyut nadi yang massa tuntut dan menjadi cabaran kepada aktivis dan pemimpin Islam bagaimana untuk melatih dan melahirkan kepimpinan massa dan parti yang hebat sekaligus. Sukar tetapi boleh digapai.Cara melalui pengalaman hidup, latihan pembelajaran langsung dan tidak langsung yang penting larut dan rajin mendampingi rakyat.
No comments:
Post a Comment