Friday, February 24, 2012

Minda PM 1 Malaysia masih belum membangun lagi

Begitulah standard PM 1 Malaysia, tidak memanggil MB dan KM negeri dikuasai bukan Bn ke mesyuarat MB-MB kerana ia adalah amalan dulu-dulu. Dengan lain perkataan ia adalah amalan orang 'tua-tua' dulu dan tradisi ini perlu dikekalkan.


Hasil dan apa-apa sahaja bagi negeri MB bukan Umno itu dikutip dan dipungut, tetapi bagi hal yang satu ini adalah amalan orang terdahulu. macam tu lah perangai PM.


Sepatutnya zaman kita jadi hub itu hub ini, hub halal lah, hub pelancaongan lah, hub pendidikan lah. Dan paling 'cemerlang' zaman inilah banyak IPTA IPTS Kolej dan pusat-pusat pengajian dan penkajian. PM boleh jadi manusia yang dungu dan tak dapat berfikir..


Inilah amalan yang paling sakit bilamana PM 1Malaysia yang bermindakan dengan minda bertaraf dunia iaitu minda kelas pertama gagal dalam mengurustadbir.


Lepas ni, kita boleh lah mengaku nanti dia bukan PM kami sebab kami bukan mengundi dia. Kami akan berpm kan TGNA sahaja lah.


Beratlah cara pemikiran anak Tun yang kita sayangi dan sanjungi. Jawapan macam budak budak main guli sahaja, alahi macam budak-budak kampung zaman era 60an lah....



Tak jemput bukan isu – PM

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan MOHD. ASRON MUSTAPHA


KUALA LUMPUR 23 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan kerajaan Persekutuan tidak menjemput menteri besar dan ketua menteri negeri yang ditadbir pembangkang dalam mesyuarat penyelarasan kelmarin, bukan satu isu kerana ia merupakan amalan biasa sejak sekian lama.

Perdana Menteri berkata, mesyuarat tersebut hanya terhad kepada menteri besar dan ketua menteri negeri ditadbir Barisan Nasional (BN) sahaja dan ia tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun beliau berkata, bagi mesyuarat yang membabitkan Majlis Tanah Negara, Kerajaan Tempatan dan Jawatankuasa Kewangan Negara, semua menteri besar dan ketua menteri termasuk dari negeri pembangkang dijemput.

“Ini amalan sejak dahulu lagi. Saya telah lama dalam kerajaan, apa masalahnya. Soal jemputan tidak perlu berbangkit. Mereka (pembangkang) pun banyak mesyuarat tetapi tidak pernah jemput kita. Itupun hendak dipersoalkan,” katanya sinis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mempertikaikan soal jemputan ke mesyuarat penyelarasan tersebut, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri mengesahkan kehadiran Ketua Wanita UMNO yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada mesyuarat MT malam ini.

Namun Najib berkata, isu berhubung kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang dikaitkan dengan Shahrizat tidak dibincangkan.

Sementara itu Najib berkata, mesyuarat malam ini menetapkan 1 April hingga 15 Jun sebagai tarikh diadakan persidangan tahunan cawangan manakala persidangan perwakilan bahagian pula ditetapkan pada 1 Julai hingga 15 September depan.


“Mesyuarat juga memutuskan sambutan ulang tahun UMNO ke-66 pula buat pertama kalinya akan disambut secara meriah di Stadium Merdeka pada 11 Mei akan datang.

“Mesyuarat juga dimaklumkan keahlian UMNO sehingga 31 Disember tahun lalu bertambah seramai 113,116 orang menjadikan jumlah keseluruhannya seramai 3,335,878 orang,” ujarnya.

No comments: