Wednesday, February 29, 2012

Hina Rasullah: Terima Balasan Dan Pembalasan


anish blasphemer burns to death

http://images.bt.dk/node-images/198/608x403-c/198138-kurt-westergaard.jpg

In an investigative report, an Arabic newspaper, published from Saudi Arabia, has claimed that Kurt Westergaard, Danish cartoonist, has died in a fire incident.

KURT WESTERGAARDFrom Wikipedia.org
Kurt Westergaard is a Danish cartoonist who created the controversial cartoon of the Islamic prophet Muhammad wearing a bomb in his turban. This cartoon was the most contentious of the 12 Jyllands-Posten Muhammad cartoons, which met with strong and sometimes violent reactions from Muslims worldwide. Since the drawing of the cartoon, Westergaard has received several death threats and murder attempts.

There have been several rumors of his death, but none have been confirmed by international press.
The Danish authorities are trying their best to hide his death, who have found no clue about how the fire broke out and why only the room in which blasphemer Kurt was staying had been damaged. The initial investigation shows that the cartoonist, who committed blasphemy by drawing objectionable caricatures of Prophet (Peace be Upon Him), was provided complete security, as he had received many threats from across the globe after the Muslims had been enraged due to the repeated publication of the caricatures in the European press.

 Kurt Westergaard created a controversial cartoon depicting the prophet Muhammad wearing a bomb in his turbanIn February 2008, three Arab nationals were arrested for their alleged involvement in plotting the death of Kurt. A Somali man had also tried to stab him to death but the policemen deputed at his house saved him miraculously.

It is worth recalling that the blasphemous cartoons first appeared in Danish newspaper Jyllands-Posten.

The investigative report says the incident took place some days back in which Westergaard was burnt seriously and died on the spot, but the international media is completely silent about it. The report further claims that some eyewitnesses are also available to testify the happenings. The Danish authorities have so far been unable to find any hint about the cause of fire, as they had started investigations while keeping in mind some external conspiracy to kill the blasphemer.

According to the BBC, a total of twelve persons were involved in the blasphemous act, but all of them, except Kurt, had opted to go underground to escape the public wrath after the Muslims around the world had participated in protest rallies which were attended by millions of people. People in Pakistan had also joined their brethren like those in Indonesia, Bangladesh, India and many Arab countries to register protest against the conspiracy to malign Muslims and their religion. In Lahore and Peshawar, the demonstrators had turned violent and around six persons were killed during the course, while property worth million of rupees was reduced to ashes.

But instead of expressing any remorse, Westergaard went public on many occasions saying he had no regret for committing such a shameful act.

The Saudi newspaper says the death of Kurt shows how powerful Allah Almighty is, as despite the foolproof security arrangements, none was able to save him from his tragic end.

Kurt+Westergaard in Kurt Westergaard Receives M100 Media Award
Kurt Westergaard at the M110 Media Award ceremony at Sanssouci Palace on September 8, 2010 in Potsdam, Germany. Danish Cartoonist Westergaard drew the most controversial of 12 caricatures of the Prophet Muhammad, first published in a Danish newspaper in 2005, which sparked protests across the Muslim world. (Getty Images)more pics

Monday, February 27, 2012

Lagi Penghinaan kepada islam

Penghinaan ke atas islam kembali lagi. Bagi kali ini seorang model AS membuat tatu nama Allah atas tubuhnya.


Bagaimana dengan sikap dan reaksi kita ?

Inilah satu lagi sikap biadap yang sengaja mahu menempah maut.


Isu Kedah: Boleh selesai sikit saja kes tu


Kemelut Kedah: PAS Pusat Terpaksa Campur Tangan
KUALA LUMPUR: PAS Pusat mengakui pimpinan tertinggi parti itu perlu mencampuri urusan pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah berikut kemelut dua exconya enggan dilantik semula kerana tidak berpuas hati dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Malah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali turut mengakui bahawa konflik berkenaan membabitkan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kedah, Datuk Ismail Salleh yang telah menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan dilantik semula ke jawatan itu yang dijadual diumumkan pada Selasa.
Justeru PAS Pusat akan menghantar Naib Presidennya, Salahuddin Ayub sebagai perantara bagi membantu menyelesaikan kemelut tersebut.
"Kepimpinan PAS sedang memberi perhatian penuh terhadap isu berhubung pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat negeri Kedah.
"Kami fikirkan bahawa PAS Pusat perlu main peranan dalam isu ini, jadi YB (Yang Berhormat) Salahuddin Ayub akan turun ke Kedah esok (Selasa) bagi mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar dan exco-excoberkenaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, Isnin.
Selain itu Mustafa berkata, PAS Pusat berharap kesemua sepuluh exco daripada parti itu akan dapat dikekalkan bagi penggal akan datang.
Malah Mustafa memberitahu, Azizan turut menjelaskan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pertemuan yang diadakan pada 17 Februari lalu bahawa beliau mahu mengekalkan bariasan exconya sebelum ini.
"Menteri Besar maklumkan kepada Presiden bahawa semua exco akan dikekalkan. Tapi oleh kerana ada beberapa perkembangan, esok hanya lapan exco yang akan angkat sumpah.
"Namun dua lagi menyatakan hasrat bahawa mereka ada masalah meneruskan tanggungjawab sebagai exco, jadi kita tunggu mudah-mudahan akan dapat diselesaikan.
"Dua lagi exco bergantung kepada suasana, tapi kami mengharapkan bahawa barisan exco akan kekal seperti dulu juga...harapan kita dua lagi pun kekal," katanya.
Pada Ahad Azizan mengumumkan bahawa hanya lapan anggota exco kerajaan negeri Kedah bagi 2012 akan mengangkat sumpah di Istana Anak Bukit pada Selasa ini, berbanding 10 sebelum ini.
Menurut Azizan lagi, dua lagi jawatan exco akan diisi kemudian dan mungkin melibatkan pelantikan baru.
Azizan mempunyai masa sehingga 7 Mac depan bagi menyelesaikan kemelut berkenaan.
Selain itu Mustafa turut menafikan bahawa kemelut yang melanda pentadbiran PAS Kedah merupakan usaha terancang untuk menggulingkan Azizan sebagai Menteri Besar.
"Tak ada isu nak guling Menteri Besar Kedah. Kalau nak dikatakan masalah dalam...itu terpulang kepada tafsiran anda.
"Tapi memang ada isu yang PAS Pusat kena main peranan berkaitan dengan pentadbiran Kedah," katanya.

Saturday, February 25, 2012

Lynas bukan soal pemantauan tetapi risiko

Aku bukan tidak percaya kepada pemantuan, aku percaya sangat dengan pemantuan. Tetapi dalam hal Lynas ini kita bercakap soal risiko.

Itu adalah jawapan yang mudah, dalam negara di dunia yang paling kuat pemantuan apa-apa sahaja adalah negara maju Jepun. Namun dalam banyak hal seumpama kes begini tsunami yang melanda jepun, depa daj siap sedia belaka tetapi tetap berlaku ancaman.

Ancaman selepas tsunami adalah berlaku kebocoran beberapa buah loji nuklear yang serius. Walhal dengan teknologi kepakaran tenaga kerja pro rakyat yang komited namun risiko hal ini tetap ada.








Projek Lynas Selamat Jika Dipantau - Ahli Parlimen PAS
SHAH ALAM: Projek pembinaan loji nadir oleh Kumpulan Lynas di Gebeng, Pahang adalah selamat selagi operasinya dipantau dengan baik, kata Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat.
Beliau yang juga pakar sains nuklear berkata, pemantauan berterusan terhadap operasi kilang berkenaan perlu dilakukan bagi memastikan ia dilaksanakan mengikut prosedur keselamatan.
"Ia selamat sekiranya ada pemantauan yang baik," katanya sambil mempertahankan kenyataannya sebelum ini berhubung tahap keselamatam pembinaan projek berkenaan.
Che Rosli menerusi laporan Buletin Utama TV3 pada 24 Ogos tahun lalu, mempertikaikan sikap pembangkang berhubung pembinaan kilang memproses nadir bumi oleh Lynas yang sering dimomokkan sebagai membahayakan kesihatan dan keselamatan awam.
Tegas beliau kilang itu bukan loji nuklear sebagaimana gambaran yang sering diberi Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh melainkan hanya kilang memproses nadir bumi yang kandungan radiasinya jauh lebih rendah berbanding kandungan bijih.

Friday, February 24, 2012

Minda PM 1 Malaysia masih belum membangun lagi

Begitulah standard PM 1 Malaysia, tidak memanggil MB dan KM negeri dikuasai bukan Bn ke mesyuarat MB-MB kerana ia adalah amalan dulu-dulu. Dengan lain perkataan ia adalah amalan orang 'tua-tua' dulu dan tradisi ini perlu dikekalkan.


Hasil dan apa-apa sahaja bagi negeri MB bukan Umno itu dikutip dan dipungut, tetapi bagi hal yang satu ini adalah amalan orang terdahulu. macam tu lah perangai PM.


Sepatutnya zaman kita jadi hub itu hub ini, hub halal lah, hub pelancaongan lah, hub pendidikan lah. Dan paling 'cemerlang' zaman inilah banyak IPTA IPTS Kolej dan pusat-pusat pengajian dan penkajian. PM boleh jadi manusia yang dungu dan tak dapat berfikir..


Inilah amalan yang paling sakit bilamana PM 1Malaysia yang bermindakan dengan minda bertaraf dunia iaitu minda kelas pertama gagal dalam mengurustadbir.


Lepas ni, kita boleh lah mengaku nanti dia bukan PM kami sebab kami bukan mengundi dia. Kami akan berpm kan TGNA sahaja lah.


Beratlah cara pemikiran anak Tun yang kita sayangi dan sanjungi. Jawapan macam budak budak main guli sahaja, alahi macam budak-budak kampung zaman era 60an lah....



Tak jemput bukan isu – PM

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan MOHD. ASRON MUSTAPHA


KUALA LUMPUR 23 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan kerajaan Persekutuan tidak menjemput menteri besar dan ketua menteri negeri yang ditadbir pembangkang dalam mesyuarat penyelarasan kelmarin, bukan satu isu kerana ia merupakan amalan biasa sejak sekian lama.

Perdana Menteri berkata, mesyuarat tersebut hanya terhad kepada menteri besar dan ketua menteri negeri ditadbir Barisan Nasional (BN) sahaja dan ia tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun beliau berkata, bagi mesyuarat yang membabitkan Majlis Tanah Negara, Kerajaan Tempatan dan Jawatankuasa Kewangan Negara, semua menteri besar dan ketua menteri termasuk dari negeri pembangkang dijemput.

“Ini amalan sejak dahulu lagi. Saya telah lama dalam kerajaan, apa masalahnya. Soal jemputan tidak perlu berbangkit. Mereka (pembangkang) pun banyak mesyuarat tetapi tidak pernah jemput kita. Itupun hendak dipersoalkan,” katanya sinis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mempertikaikan soal jemputan ke mesyuarat penyelarasan tersebut, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri mengesahkan kehadiran Ketua Wanita UMNO yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada mesyuarat MT malam ini.

Namun Najib berkata, isu berhubung kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang dikaitkan dengan Shahrizat tidak dibincangkan.

Sementara itu Najib berkata, mesyuarat malam ini menetapkan 1 April hingga 15 Jun sebagai tarikh diadakan persidangan tahunan cawangan manakala persidangan perwakilan bahagian pula ditetapkan pada 1 Julai hingga 15 September depan.


“Mesyuarat juga memutuskan sambutan ulang tahun UMNO ke-66 pula buat pertama kalinya akan disambut secara meriah di Stadium Merdeka pada 11 Mei akan datang.

“Mesyuarat juga dimaklumkan keahlian UMNO sehingga 31 Disember tahun lalu bertambah seramai 113,116 orang menjadikan jumlah keseluruhannya seramai 3,335,878 orang,” ujarnya.

Thursday, February 23, 2012

Aku meluat dengan kakitangan kerajaan naik gaji lagi !!!!

Aku paling meluat setiap kali dihidangkan dengan berita kakitangan kerajaan naik gaji lagi . Kali ini kakitangan kerajaan bakal menerima kenaikan dari RM700 ke RM2500. 


Bayangkan bagaimana jiwa dan raga seorang kakitangan kerajaan yang kerjanya itulah sahaja menghabiskan sisa-sisa hidup bekerja dan bekerja untuk kerajaan. Maka tambahan kewangan maka bertambah melegakan sedikit derita dan penderitaan hidupnya.

Apalah nilainya dan adanya jika seorang ahli perniagaan. yang sekali dapatkan tender nilai berjuta-juta. Tentu makannya tidak habih dan boleh simpan bertahun-tahun tanpa luak sedikit pun. tapi orang tidak bising sebab bukan macam kakitangan kerana dia dinampakkan jalan cerita, diuar-uarkan dicanang. 


Maka nampaklah seluruh yang namanya kakitangan kerajaan ini dijaga sungguh oleh kerajaan. Ibarat seumpama menatang minyak yang penuh. Apa yang bernama sahaja dgn kakitangan kerajaan nampak macam terjaga dan terbela.


Tetapi tahukah kita ......

Apalah nilai gaji aku sekitar RM800 sebulan, dengan tanggungan bermacam-macam dalam suasana barang naik. Pakai dan jalan nampak hebat tetapi hidup susah papa ke dana. Biar jadi peneroka Felda, biar jadi penoreh getah. Walaupun susah ada masa senangnya, selekeh tetapi berduit dan kembung kocet. dapat pergi umrah dan menunaikan haji.

tuan-tuan fikirlah kami kakitangan bawahan dengan gaji RM800 anak lapan, rumah sendiri tiada, tanah lapang untuk tapak rumah tiada, siang malam habis masa di pejabat. nak berniaga pasar malam pun tak mampu. 

nanti pemimpin kata lagikan ulat dalam batu ada rezeki. Balik balik kami kakitangan seumpama ini akan dicop malas. Bumi Allah kan luas, ikhtiar, tengok mat indon dan bangla kerja relex usaha kuat, taat dan dapat baling ke negara naik fligt lagi woi...



Semak Gaji Kakitangan Awam Setiap Lima Tahun - Nurul Izzah
PETALING JAYA: Kerajaan disaran melakukan semakan gaji kakitangan awam setiap lima tahun bagi memastikan kenaikannya selaras dengan kadar inflasi semasa.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, penyelarasan semakan secara berkala itu juga bagi memastikan sistem berkenaan dapat dilaksanakan dengan adil di semua peringkat jawatan dan gred.
"Kami menyarankan agar semakan gaji dimandatkan supaya dibuat setiap lima tahun agar satu kenaikan yang selaras dengan inflasi semasa akan dapat dilaksana dengan lebih mudah dan adil," katanya pada sidang media di sini, Khamis.
Selain itu, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai turut menggesa kerajaan mengkaji secara serius tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) agar memberi kenaikan gaji 1.3 juta penjawat awam dari gred 1 hingga gred 54 antara RM700 hingga RM2,500.
Jelas beliau, PKR terbuka dengan tuntutan terbaru itu agar kerajaan memberi kenaikan gaji untuk kakitangan perkhidmatan awam gred 1 hingga gred 54 menerusi skim yang sedia ada sebelum melaksanakan sebarang pembaharuan menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
"Menerusi belanjawan alternatif Pakatan Rakyat 2012, kami memberi komitmen bahawa sekiranya Pakatan Rakyat memegang tampuk kerajaan pusat, gaji minimum pada kadar RM1,100 akan dikuatkuasakan untuk kakitangan awam.
"Ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 300,000 kakitangan awam yang masih menerima gaji di bawah kadar tersebut di bawah skim saraan sedia ada.
"Pakatan Rakyat juga komited untuk menyelaraskan tangga gaji perkhidmatan awam secara lebih saksama berikutan pengenalan gaji minima tersebut, selain insentif khas RM500 sebulan bagi setiap guru sebagaimana dijanjikan di dalam Buku Jingga," katanya.
Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman dilaporkan berkata, tuntutan kenaikan itu perlu dilaksanakan menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan gaji dibuat melalui skim SBPA.
Menurut Omar, tuntutan tersebut membabitkan kenaikan gaji untuk gred 1 hingga gred 16 sebanyak RM700; gred 17 hingga gred 26 (RM1,000); gred 27 hingga gred 40 (RM1,500); gred 21 hingga gred gred 48 (RM1,800) dan gred 52 hingga gred 54 (RM2,500).
Katanya lagi, kakitangan awam yang sudah mencapai gaji maksimum atau sudah mati gaji pula perlu dibayar selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan dan perlu dinaikkan gred.




Kepimpinan Bagaimana Yang Dikehendakki Oleh Massa

Membaca dan melihat entri berita Anak Muda Meluat Dengan Nasaruddin Tantawi adalah satu bentuk suara kritikan ke dalam yang jarang kedapatan dan jarang berlaku.

Situasi ini, adalah manifestasi sebahagian harapan generasi muda yang mahu melihat sesuatu yang luarbiasa dan agresif daripada perjuangan sayap parti islam dalam melahirkan kaderisasi kepimpinan massa.

Kepimpinan yang diterima massa disamping memimpin parti parti dengan baik adalah kepimpinan itulah yang ditargetkan atau diimpikan oleh semua.

Kita tidak mahu ia hebat mempimpin parti tetapi gagal dalam memimpin massa. Ataupun ia hebat memimpin massa tetapi tidak hebat memimpin parti. 

Banyak contoh-contoh terdekat . Umpamanya Hassan Ali dia hebat memimpin massa, tetapi ia gagal memimpin parti. Maka kepimpinan nya tidak ke mana sekadar berligar dengan JATI. Ia bakal lesu sikit masa lagi tempoh hayatnya dijangka tidak panjang.

Begitu juga dengan Ust Nassaruddin Tantawi pemuda berkenaan merasakan dia hebat memimpin parti,, tetapi gagal dalam memimpin massa.

Kepimpinan massa dan parti adalah Al Fadil Ust Fadil Noor, Yusof Rawa, TGNA dan Anwar Ibrahim barangkali sekadar menyebut beberapa contoh.

Massa menilai dengan kepimpinan massa Islam dan bukan Islam. Sebagai contoh Lim Guan Eng sebagai contoh terdekat yang mencabar kepimpinan orang islam kita.

Inilah denyut nadi yang massa tuntut dan menjadi cabaran kepada aktivis dan pemimpin Islam bagaimana untuk melatih dan melahirkan kepimpinan massa dan parti yang hebat sekaligus. Sukar tetapi boleh digapai.Cara melalui pengalaman hidup, latihan pembelajaran langsung dan tidak langsung yang penting larut dan rajin mendampingi rakyat.

Tuesday, February 21, 2012

Niat Molek & Kena Sangat, Tindakan Tidak Berapa Kena

Tindakan 3 pemuda yang membuat rondaan tanpa niat, di waktu pagi adalah satu langkah yang terpuji terutama bagi membenteras zina di negeri berkenaan. Dan pasangan yang bermadu kasih apa kerja nya sehingga jam 3 pagi dan duduk berdua-dua dalam kereta yang tentulah sunyi dan jauh daripada pandangan mata orang.

Kemungkinan-kemungkinan lain juga turut ada, kenapa dan mengapa mereka singgah 'sebentar' di pantai berkenaan pada waktu dinihari (waktu orang sibuk berqiamulail).

Tetapi yang tidak terpuji adalah dengan tindakan pemuda berkenaan suruh tanggalkan pakaian. Adalah lebih  baik dinasihatkan dan dilepaskan dengan baik atau diserahkan kepada pihak bertanggungjawab.



Kena bogel selepas dibelasah

DUNGUN – Malang menimpa sepasang kekasih apabila mereka bukan sahaja dipukul, malah turut dipaksa berbogel sebelum gambar mereka dirakam sekumpulan tiga lelaki dalam kejadian di kawasan pantai Sura Hujung di sini Sabtu lalu.
Kejadian berlaku ketika pasangan berusia 20-an itu sedang bermadu kasih di dalam sebuah kereta pada pukul 3 pagi sebelum didatangi tiga lelaki yang terus memasuki kereta mereka dan memukul kedua-dua mangsa.
Takut dicederakan lebih teruk, kedua-dua mangsa kemudian menuruti arahan suspek dengan menanggalkan pakaian sebelum aksi mereka dirakam menggunakan telefon bimbit.
Sumber memberitahu, ketiga-tiga suspek juga bertindak meminta wang sebanyak RM2,000 daripada mangsa sekiranya pasangan itu tidak mahu gambar bogel mereka didedahkan.

Saturday, February 18, 2012

Terbukakah Politik Cina-Cina ? Bagaimana Politik Melayu-Melayu ?

Keberanian Presiden MCA Chua Soi Lek berdebat dengan SUA DAP Lim Guan Eng adalah satu paparan dan gambaran tahap kematangan politik masyarakat Cina Malaysia.

Perseteruan dan perbedaan pendapat mereka tidak menghalang bagi mereka untuk bertemu secara dekat dalam satu majlis rasmi.

Bagi mereka bukan 'kemenangan' yang dicari tetapi jauh lebih daripada itu.

Kepimpian yang mendendangkan slogan keramat 'tak melayu di dunia' mungkin sedikit rasa tercabar. Cabaran itu mungkin daripada perlabagi persepsi sahaja.

Cuma dalam pencarian mereka adalah siapa yang lebih bertuan kepada siapa. Ini pun sebagai satu persepsi. 

Hakikatnya bangsa Cina adalah tuan dalam negara ini, kerana mereka menguasai kunci kekayaan atau memiliki kuasa ekonomi yang cukup mencengkam.

Petemuan tersebut meleraikan kekusutan persepsi masyarakat Cina terhadap keduanya. Cuma yg kekal adalah sokongan penyokong tegar masing-masing di mana mereka sendiri ada kepentingan dan berkepentingan terhadap keduanya.

Apa pun masyarakat Cina sudah membuat anjakan paradigma. Mereka memilki minda kelas pertama seperti mana saranan PM Najib NKRA.

Politik Melayu kita bagaimana, ..kita tunggulah debat Anwar vs Najib ...




Perbankan Islam: Islam menjadi mangsa atau islam dimangsakan ?

Kenapa boleh jadi macam itu, dalam negara yg mahu amalkan wasatiiyah. Alasannya mungkin ia menjadi kes terpencil. Jika mengikut laporan pinjaman yang dibuat oleh aduan pengguna ini bukan lagi menindas tetapi terus 'menzalimi' pengguna.

Amat malang sungguh negara kita, yang maju dalam menjadi hub-hub produk islam, tetapi sesudah sistem perbankan Islam berjalan puluhan tahun, barulah diminta ia dikaji semula.

Dalam hal seumpama inilah Islam menjadi mangsa atau Islam telah dimangsakan ?




Semak semula perbankan Islam

MAJORITI institusi kewangan kini menawarkan sistem perbankan Islam sebagai alternatif yang semakin popular kepada pelanggan. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia dan Majlis Fatwa Kebangsaan diminta mengkaji semula syarat-syarat dan terma yang diguna pakai dalam sistem perbankan Islam yang didakwa membebankan pengguna.
Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, saranan itu dibuat ekoran persepsi yang semakin meluas bahawa sistem pengiraan kadar keuntungan yang digunakan dalam sistem perbankan Islam yang diamalkan oleh bank-bank dilihat mengaut keuntungan berlebihan.
Katanya, sejak tahun 2003 sehingga kini, persatuan itu telah menerima kira-kira 4,000 aduan mengenai ketidakpuasan hati pelanggan terhadap sistem perbankan Islam di negara ini.
“Satu kes yang kami terima berlaku apabila seorang pelanggan telah membeli sebuah rumah pada harga lebih RM200,000 dan membayar secara tetap selama dua tahun, namun pada tahun ketiga dia mengalami masalah dan tidak dapat membayar ansuran.
“Apa yang berlaku ialah bank telah menyamannya kerana gagal membayar pinjaman lebih RM600,000 iaitu selepas mengira nilai pinjaman selama 30 tahun.
“Tindakan itu keterlaluan sampai pelanggan bank tersebut diisytiharkan bankrap,’’ katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ilmuan islam yang melampau atau politik yang melampau batas

Mengeluh dengan perpecahan melampau dan melabelkan politik sebagai punca bukanlah satu kaedah atau cara jalan penyelesian yang terbaik.

Dan ini bukanlah cara atau jalan yang sepatutnya ilmuan Islam berikan solusi cara permasalahan rakyat terbanyak diselesaikan.

Adakah dengan keluahan nada kekecewaan ilmuan apa yang dihasratkan melalui kaedah teori semua masalah yang diutarakan dapat pihak lain selesaikan atau adakah isu ini akan selesai dengan sendirinya ?

Mengharapkan orang lain untuk membuat kerja dan kita hanya memerhati sahaja dengan cuma sekadar berkata-kata dan mengatakan itu ini, teruk baik selesai dan belum selesai adalah kedangkalan ilmuan kita dalam realisasikan ilmu mereka.

Jika ilmuan Islam berkenaan sudah mengesan pepecahan politik sudah mencapai darjah melampau dan terlampau. Mereka juga harus fikirkan bagaimanakah cara makenisma  hal berkenaan dicadangkan diselsaikan setidak-tidaknya.

Dengan hanya bersama-sama 'mencerca' ia seperti satu 'cadangan' yang memualkan dan membosankan kami sebagai generasi muda yang lebih kepada memberi harap dan mengharapkan dengan penuh harapan agar kehidupan keselesaan serta kesejahteraan kami dijamin dengan kepimpinan politik yang tidak melampau ini.

Justeru kita minta ilmuan islam berkenaan cadangkan satu altenatif kaedah berpolitik tetapi tidak berpecah melampau batas.



Perpecahan politik melampaui batas

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Perpecahan politik dalam kalangan umat Islam tempatan kini melampaui batas yang digariskan Islam serta nilai budaya kemasyarakatan sehingga merugikan golongan itu sendiri.

Timbalan Dekan, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid (gambar) berkata, perpecahan itu amat berbahaya kerana mampu menenggelamkan pendapat serta teguran yang ingin disampaikan oleh golongan ilmuwan Islam.

Katanya, perkara itu amat menyedihkan kerana ia membantutkan percambahan idea dalam kalangan cendekiawan sehingga membuatkan ada kalangan mereka enggan menyatakan pandangan secara terbuka.

"Saya ada berkongsi kajian saya dengan pembaca internet mengenai keupayaan Kelantan mengeksport 5,000 lembu ke Singapura setiap tahun bermula sekitar 1911.

"Tidak semena-mena, ada komen menulis lembu itu duduk di kondominium di Singapura dan ia mengundang komen negatif daripada pihak lain sehingga saya tidak lagi mahu kongsi (dapatan kajian)," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menjadi ahli panel sesi pertama Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini malam ini.

Perbincangan itu turut menampilkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Pengerusi Jawatakuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (iLMU), Fathul Bari Mat Jahaya.
Mahmood menambah, setiap ahli politik Islam digalakkan mempunyai cita-cita menjadi pemimpin tertinggi negara asalkan ia dicapai menerusi cara yang sentiasa berlandaskan ajaran agama.
Paling penting, kata beliau, pemimpin itu harus sentiasa menjaga kedaulatan agama Islam dalam mencapai cita-cita tersebut.
"Jangan kita ingat kita boleh mengubah sesetengah perkara dalam mengejar cita-cita kita dan akan memperbetulkan semula bila berkuasa nanti. Jam itu nanti tidak boleh dipusing semula," tegasnya.

Friday, February 17, 2012

Isytihar Harta : Apa komen nazri pulak ni..

Menteri di JPM Tan Sri Nazri Aziz tentulah TERKEDU dengan laporan daripada Bernama kerana telah mendedahkan sebaris  antara manusia-manusia yang terkaya di Malaysia buat masa ini.

Kesiankan orang-orang kaya yang ternama di bawah kerana menaggung risiko keselamatan yang mereka tidak selamat dari segi keselamatan kerana telah terdedah kekayaan mereka kepada umum.

Nazri yang enggan mendedahkan kekayaan menteri-menteri kanak dan barisan kabinet Malaysia kepada umum. Walaupun dari segi moralnya kakitangan kerajaan diwajibkan membuat pengisytiharan harta kepada bos dan majikannya.

Maka tidaklah menjadi sebab kenapa majikannya ini wajar isytiharkan harta. Maka jawaplah majikan nanti bahawa yang buat dasar kami dan yang beri gaji kepada kakitangan kerajaan adalah kami, tetapi betulkah begitu ?


Mungkin sebab inilah juga kenapa Nazri tidak disukai Dr M, Dan Dr M memang tidak sukakannya. 

Arahan dan dasar pengisyiharan harta adalah zaman Dr M. masa kan Nazri sudah lupa ?




Nama
Kekayaan
(RM Juta)
Syarikat
Robert Kuok Hock Nien
45,700.00
KerryGroup/KuokGroup
T Ananda Krishnan
42,998.00
Usaha Tegas
Tan Sri Teh Hong Piow
12,642.01
Public Bank
Tan Sri Lee Shin Cheng
11,356.55
IOI Group
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
9,530.00
Albukhary Foundation
Tan Sri Quek Leng Chan
8,002.92
Hong Leong
Tan Sri Lim Kok Thay
7,585.07
Genting Group
Puan Sri Lee Kim Hua
6,588.33
Genting Group
Tan Sri Tiong Hiew King
6,411.46
Rimbunan Hijau
Ong Beng Seng
4,919.56
Hotel Properties Ltd
Tan Sri Azman Hashim
3,470.00
Arab-Malaysian Corp
Tan Sri Vincent
Tan Chee Yioun
2,541.74
Berjaya Group
Datuk Mokhzani Mahathir
1,937.27
Kencana Petroleum
Datuk Lee Yeow Chor
1,787.85
IOI Group
Tan Sri Tony Fernandes
1,772.42
AirAsia
Lee Yeow Seng
1,746.00
IOI Group
Tan Sri Lau Cho Kun
1,721.64
Hap Seng Consolidated
Tan Sri Yeoh Tiong Lay1
1 ,711.84
YTL Group
Tan Sri Lee Oi Hian
1,589.97
Batu Kawan
Datuk Lee Hau Hian
1,586.18
Batu Kawan