Friday, December 30, 2011

Syabas Prof Aziz Bari kerana pendirian dan pilihan beliau

Tahniah dan syabas Prof Aziz Bari kerana sudah bersedia menceburi sepenuh masa dalam lapangan dan gelangan politik tanah air. 

Pilihan dan tindakan beliau akan menyenangkan semua pihak terutama bekas majikannya, kerajaan dan juga parti pembangkang.

Kita mahu dalam negara kita gologan cendikiawan jika tidak sehebat seperti Al Baradei di Mesir tetapi cukup juga dengan adanya Aziz Bari di Malaysia yang memimpin serta ceburi politik bertanggungjawab memimpin dan mengubah nasib rakyat teramai.

Bukan calang-calang kerja dan kerja mudah dalam hal ini.. syabas prof



Abdul Aziz Tawar Diri Jadi Calon Pakatan Rakyat
PETALING JAYA: Pakar perlembagaan Profesor Dr Abdul Aziz Bari menawarkan diri sebagai calon Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Abdul Aziz dipetik menerusi kiriman emailnya kepada The Malaysian Insider sebagai berkata, beliau mahu mengambil bahagian dalam proses politik negara dengan berkhidmat sebagai wakil rakyat.
"Saya tidak ghairah untuk menjadi anggota parti namun sistem dua parti yang berkesan membenarkan reformasi dan pentadbiran yang bagus.
"Maksud saya, seperti mengambil bahagian dalam pemilihan parti, saya hanya mahu menjadi wakil rakyat jika mereka (Pakatan Rakyat) merasakan saya sesuai menjadi calon mereka," katanya.
Beliau yang mengesahkan menerima tawaran tidak rasmi daripada PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bagaimanapun berkata, masih terlalu untuk membuat keputusan mengenai mana-mana parti yang akan disertainya.
Katanya, beliau tidak memilih untuk bertanding di bawah mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat memandangkan semua parti itu komited untuk melaksanakan dasar dengan berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan.
"Ia penting bagi mewujudkan sistem dua parti," katanya.
Pada 19 Oktober lalu, beliau menerima surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh unit undang-undang universiti tersebut ekoran kenyataannya yang didakwa mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).
Sehingga kini, Abdul Aziz masih belum menerima maklum balas daripada pihak pengurusan UIAM berhubung permohonannya untuk meninggalkan universiti tersebut.
Ketika dihubungi mStar Online pada Khamis, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Ibrahim Cik Kembali ke Rahmatullah hari ini

TEMERLOH: Tokoh pejuangan kiri En Ibrahim Cik telah kembali ke rahmatullah hari ini. Beliau telah menghembus nafas terakhir di rumah anaknya di Taman Setia Jasa dekat sini.

Dimaklumkan jenazah beliau akan di sembahyang dan dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan Sg Gau pada jam 11 pagi ini.

Pemergian beliau, hendaklah dilihat sebagai tokoh pejuangan kiri sezaman dengan allahyarham Pak Sako atau Ishak Hj Muhammad.

Semasa hidup beliau seringkali membuat syarahan Program pengkisahan di UKM dan sering diundang oleh Prof Nik Anuar Nik Mahmud.

Penulis sendiri berkesempatan bersua muka dengan beliau lebih 10 tahun yang lalu di UKM dan bukan di Temerloh.





Ibrahim Chik merupakan seorang nasionalis, bekas pemimpin Angkatan Pemuda Insaf seangkatan dengan Shamsiah Fakeh yang memimpin Angkatan Wanita Sedar 1946. Beliau berasal dari Lubuk KawahTemerlohPahang telah mengangkat senjata melawan Pentadbiran Tentera British (BMA). Beliau dan rakan sekolahan dari sekolah pondok menanam semangat pejuang Pahang seperti Tok BahamanTok Gajah, dan Mat Kilau. British menekan pertubuhan yang berjuang mendapatkan kemerdekaan seperti Kesatuan Melayu Malaya (KMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS). UMNO yang ditubuhkan pada 1946 masih baru, dipenuhi dengan golongan elit dan bangsawan seperti Dato OnnTunku Abdul Rahman, dan Tun Abdul RazakParti Komunis Malaya (PKM) dan Malayan People's Anti Japanese Army (MPAJA) yang diberi pengiktirafan di London juga diharamkan oleh British.
Akhirnya beliau menyertai Rejimen ke-10 yang menjadi sayap PKM seperti Abdullah C. D.Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, dan lain-lain sebagai wadah perjuangan. Beliau mengetuai bahagian perang saraf dan propaganda PKM bagi menarik orang Melayu menyertai perjuangan mereka. Slogan beliau ialah ‘Merdeka dengan darah! .

[sunting]Kritikan

Beberapa pihak tidak senang dengan cubaan meletakkan Ibrahim Chik sebaris dengan Tok BahamanTok Gajah, dan Mat Kilau yang berjuang menuntut kemerdekaan. Artikel bertajuk UKM Harus Berwaspada Usaha Iktiraf Pejuang Komunis oleh Putera Malaysia pada 24 November 2004 disiarkan dalam surat khabar Utusan MalaysiaKementerian Dalam Negeri tidak pernah mengharamkan buku ini. Tetapi pengurusan tertinggi UKM bertindak menyimpan buku-buku ini di dalam stor UKM sahaja.
Ramai berpendapat anggota-anggota PKM ini adalah petualang, bukan pejuang kemerdekaan Tanah Melayu.



Wednesday, December 28, 2011

Peniaga Bantah Saman Parking


MENTAKAB: DAP Temerloh dan Mentakab bersama-sama masyarakat setempat membantah keras tindakan saman parking secara membabi buta oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) Temerloh.

Ini berdasarkan aduan ramai pemilik premis perniagaan dalam bandar berkenaan yang melanggan secara bulanan petak parking hadapan kedai mereka di bandar Mentakab  ini dan mereka juga sudahpun meletakkan serta mempamerkan  tiket-tiket parking tetapi masih juga di saman.

Kes saman ini sudah berlarutan berbulan-bulan lamanya, dan tiada jalan penyelesian dicapai. Walaupun mangsa-mangsa berkenaan turut membuat aduan kepada pihak berkenaan, dan juga berusaha bertemu dengan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Seorang pemilik premis yang di saman yang nilainya sejumlah RM20,000 menunjukkan bukti bahawa beliau pada tarikh-tarikh berkenaan membayar parking petak yang beliau gunakan tetapi masih juga di saman.

Bantahan aman berkenaan dibuat ditengah-tengah pusat bandar ini berhadapan sebuah pusat perniagaan terkenal dan turut mendapat sambutan luarbiasa para pengguna jalanraya dan pemilik premis perniagaan lain di bandar Mentakab yang rata-rata rasa teraniya dan dianayai.
Kami bukan penduduk yang engkar, kami membayar parking berkenaan dengan meletakkan tiket – tiket parking yang dikeluarkan PBT berkenaan. Selepas digoreskan tarikh dan masa waktu parking kami pamerkan. Tak kanlah parking reader masih buta dan tidak nampak, ini mustahil, jelas seorang pengguna dengan nada yang marah.

Kami sudah beberapa kali bertemu dengan Adun Mentakab En Chua Boon Seong yang mewakili penduduk Dun ini bagi mengadu masalah berkenaan. Tetapi beliau mengambil sikap mendiamkan diri sahaja.

Sikap lepas tangan dan enggan bertanggungjawab bagi menyelesaikan masalah rakyat ini mengundang masalah rakyat di adukan kepada pihak DAP setempat.
Sehubungan itu, bagi melahirkan rasa keperihatinan dan simpati atas nasib yang menimpa masyarakat Tionghua berkenaan En Ahmad Zubir Omar selaku wakil PAS turut hadir bagi memberi sokongan moral dan tanda simpati kepada mangsa-mangsa yang teraniaya.

Tuesday, December 27, 2011

Fenomena pemikiran Adam Adli, kerajaan gerun ?


Fenomena Adam Adli menerobosi laman sesawang blog-blog. Beliau diangkat menjadi hero baru atau ikon anak muda yang berwawasan dan anak-anak muda yang lain wajar mencontohi keberanian dan pendirian beliau.


Selain beliau teruskan kehidupan sebagai pelajar, cakna dan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat tentang apa yang berlaku di sekeliling wajar diambiltahu.


Pada hari ini penulis bersantai bersama-sama dengan beberapa pemuda Melayu di sebuah warung di sebuah kawasan taman perumahan yang terbesar di bandar ini. Sekumpulan pemuda Melayu, penulis dibawa bersama untuk santai oleh  seorang pemuda yang penulis kenali.

Duduk bersama-sama orang muda bukan apa , kerana mahu membaca pemikiran mereka terhadap negara ini. Banyaklah perkara yang dibualkan daripada aktiviti harian mereka, aktiviti masjid, rutin harian anak-anak muda ini.

Orang muda teman penulis ini, saja melontarkan isu Adam Adli dalam bual bicara santai. Kalangan mereka ada yang menyambut secara kritis dan ada mendengar sahaja, tetapi tiada yang membangkang bilamana tindakan Adam Adli ini dirasionalkan oleh rakan penulis yang muda ini.

Bagi penulis sendirilah Adam Adli mula memecahkan kotak minda pemikiran anak-anak muda kita yang mula minat terhadap apa sahaja yang pemimpin negara buat.

Seimbasnya lalu kes Adam Adli penutut di UPSI adalah satu kes biasa kes terpencil sahaja. Isu-isu mahasiswa dengan revolusi pemikiran mereka sahaja. Dalam hal ini ia tidak begitu. 

Namun jangan ingat anak-anak muda sekarang tidak berfikiran semacam Adam Adli. bangunlah Adam Adli yang lain-lainnya ....





Perhimpunan 16 Jam Desak UPSI Gugur Tuduhan Terhadap Adam Adli

PETALING JAYA: Satu perhimpunan selama 16 jam akan diadakan oleh sekumpulan mahasiswa di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi menuntut universiti itu menggugurkan tuduhan terhadap penuntutnya, Adam Adli Abdul Halim kerana menurunkan bendera yang mempunyai gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Ab Razab yang dipetik dalam portal Malaysiakini sebagai berkata, perhimpunan itu akan bermula dari pukul 9 malam pada 31 Disember sehingga 1 petang keesokan hari.
Jelasnya, malam tersebut dinamakan sebagai 'Malam Talkin untuk AUKU' (Akta Universiti dan Kolej Universiti.
“Tindakan kita duduk (di situ) sebagai simbolik. Diadakan juga ucapan daripada pimpinan pelajar termasuk Adam sendiri," kata Ahmad Syukri.
Beliau yang dihubungi oleh portal itu berkata, sepanjang tempoh perhimpunan itu, terdapat beberapa aktiviti dirancang seperti meletakkan bunga di pintu masuk UPSI.
Pada 23 Disember lalu, Adam Adli menerima surat perintah untuk dibicarakan oleh UPSI yang melibatkan dua pertuduhan iaitu mencemarkan nama UPSI dan menurunkan harta hak milik (bendera) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 17 Disember lalu.
Surat perintah tersebut mengarahkan Adam untuk hadir di perbicaraan mahkamah tatatertib universiti itu pada 9 Januari depan.
Adam bertindak menurunkan bendera Najib di PWTC itu selepas SMM Menyerahkan memorandum menuntut kebebasan akademik kepada Timbalan Menteri Pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).
Tindakan itu menimbulkan kemarahan pelbagai khususnya sekumpulan penyokong Umno.
Adam juga berdepan pelbagai ancaman dan ugutan.

Macam mana manusia ini masih memilih Umno ?

Sebagai manusia normal yang berfikiran terbuka. Ia bebas bertindak dan memilih mana-mana yang difikirkan dan disetujui oleh pemikirannya. Begitu juga dengan fahaman dan kefahaman berpolitik. khasnya kepada Melayu islam dalam negara ini.

Jika berfikiran terpandu pilihannya tidak banyak samada Umno atau PAS secara jelasnya. PAS sekian-sekian dan Umno begini begitu.

Bayangkan bagaimana disaat ini kita sebagai rakyat yang rasional boleh menerima Umno sebagai pilihan wadah bagi memajukan negara dan bangsanya.

Ya lah jelas-jelaslah situasi Umno itu bagaimana ? Seandainya mereka berotak dan waras saat ini Umno bukanlah pilihan terbaik. 

Sebabnya dalam Umno semuanya ada penuh keboborokan politikkanya / 





Bonus bukan 'gula-gula'
Oleh Khairul Anuar Abdul Samad
krull@bharian.com.my
2011/12/24

TIMBALAN PAS FELDA Kemahang, Mohd Romli Derami 52, secara tiba-tiba berjumpa dengan Pengerusi Kumpulan FELDA, Tan Seri Isa Abdul Samad dan mengumumkan seramai 304 orang ahli PAS FELDA Kemahang keluar dari PAS dan menyertai UMNO selepas majlis ramah mesra bersama Pengerusi FELDA dan juga penyerahan Cek Insentif Produktiviti Peneroka Felda Kemahang berjumlah RM2.9 juta kepada wakil peneroka FELDA Kemahang  di Dewan Orang ramai FELDA Kemahang 3, Tanah Merah, semalam.
TIMBALAN PAS FELDA Kemahang, Mohd Romli Derami 52, secara tiba-tiba berjumpa dengan Pengerusi Kumpulan FELDA, Tan Seri Isa Abdul Samad dan mengumumkan seramai 304 orang ahli PAS FELDA Kemahang keluar dari PAS dan menyertai UMNO selepas majlis ramah mesra bersama Pengerusi FELDA dan juga penyerahan Cek Insentif Produktiviti Peneroka Felda Kemahang berjumlah RM2.9 juta kepada wakil peneroka FELDA Kemahang di Dewan Orang ramai FELDA Kemahang 3, Tanah Merah, semalam.
Insentif ringan beban peneroka 

KOTA BHARU: Pemberian bonus dan insentif produktiviti sebanyak RM102.58 juta kepada 95,949 peneroka FELDA di seluruh negara bukan 'gula-gula' oleh kerajaan untuk memancing undi peneroka, kata Pengerusinya, Tan Sri Isa Samad.Nasional

Bonus bukan 'gula-gula'
Oleh Khairul Anuar Abdul Samad
krull@bharian.com.my
2011/12/24

TIMBALAN PAS FELDA Kemahang, Mohd Romli Derami 52, secara tiba-tiba berjumpa dengan Pengerusi Kumpulan FELDA, Tan Seri Isa Abdul Samad dan mengumumkan seramai 304 orang ahli PAS FELDA Kemahang keluar dari PAS dan menyertai UMNO selepas majlis ramah mesra bersama Pengerusi FELDA dan juga penyerahan Cek Insentif Produktiviti Peneroka Felda Kemahang berjumlah RM2.9 juta kepada wakil peneroka FELDA Kemahang  di Dewan Orang ramai FELDA Kemahang 3, Tanah Merah, semalam.
TIMBALAN PAS FELDA Kemahang, Mohd Romli Derami 52, secara tiba-tiba berjumpa dengan Pengerusi Kumpulan FELDA, Tan Seri Isa Abdul Samad dan mengumumkan seramai 304 orang ahli PAS FELDA Kemahang keluar dari PAS dan menyertai UMNO selepas majlis ramah mesra bersama Pengerusi FELDA dan juga penyerahan Cek Insentif Produktiviti Peneroka Felda Kemahang berjumlah RM2.9 juta kepada wakil peneroka FELDA Kemahang di Dewan Orang ramai FELDA Kemahang 3, Tanah Merah, semalam.
Insentif ringan beban peneroka 

KOTA BHARU: Pemberian bonus dan insentif produktiviti sebanyak RM102.58 juta kepada 95,949 peneroka FELDA di seluruh negara bukan 'gula-gula' oleh kerajaan untuk memancing undi peneroka, kata Pengerusinya, Tan Sri Isa Samad.


Beliau berkata, pemberian bonus dan insentif yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kelmarin adalah bagi meringankan bebanan peneroka, terutama membuat persediaan menghadapi musim persekolahan minggu depan.
“Kalau ikutkan pembangkang, mereka sentiasa berusaha mempengaruhi peneroka dengan pelbagai perkara negatif. 

“Tahun lalu, kerajaan turut memberikan bonus kepada peneroka FELDA dan ini adalah usaha berterusan kita menyediakan segala kebaikan kepada peneroka, bukannya sebagai ‘gula-gula’. 

“Perdana Menteri sudah banyak melakukan transformasi terhadap FELDA sehingga menyaksikan ramai anak peneroka berjaya dalam pengajian serta bidang yang mereka ceburi. 

“Kalau pembangkang kata ini (bonus) adalah ‘gula-gula’ dari kerajaan... itu tidak betul kerana ia memberi banyak faedah kepada peneroka, terutama menghadapi musim persekolahan baru yang sudah tentu memerlukan sumber kewangan bagi membeli pelbagai keperluan persekolahan anak,” katanya kepada selepas memberi penerangan kepada peneroka rancangan kemajuan tanah itu di sini, semalam. 
Beliau mengulas insentif diumumkan Najib, kelmarin, yang akan menyaksikan 60,584 peneroka menanam semula getah bersama FELDA menerima bonus maksimum RM1,200 seorang, manakala 2,500 peneroka yang tanaman mereka diserang penyakit menerima RM400 seorang. 

Isa berkata, pembangkang sejak 1970-an cuba menanam sikap tidak berterima kasih kepada kerajaan di kalangan peneroka sehingga ada antara mereka terpengaruh. 

“Sejak zaman Allahyarham Tun Abdul Razak, kerajaan sudah berusaha untuk meningkatkan pendapatan rakyat dan sekiranya tidak ada pemimpin seperti Allahyarham, sudah tentu tidak ada tanah rancangan FELDA seperti sekarang. Oleh itu, tiada sebab mengapa peneroka FELDA harus menolak kerajaan,” katanya. 

Ditanya mengenai serangan pembangkang terhadapnya, Isa berkata, beliau sudah terbabit politik lebih 35 tahun dan arif dengan sikap pembangkang serta sudah lali dengan serangan peribadi mereka. 


Monday, December 26, 2011

Belia 70 peratus sokong dan senang dengan tindakan Bn telah dimandulkan ?

Penipuan cara halus dara beran cara halus penipuan adalah memaparkan apa yang tidak benar secara berulang kali.' 

Mengapa dan kenapa sudah 3 kali media melaporkan 70 , 80 % para belia atau golongan muda menghargai usaha kerajaan Bn dan Umno.

Jika dibandingkan golongan mudabelia negara-negara Arab adalah sebaliknya. Belia negara-negara Arab hidup tertindas dan ditekan puluhan tahun.

Negara kita belia hanya sedikit ditekan, tetapi cara halus. Cuma Adam Adli dan SMM sahaja masa ini bertindak menampakkan mereka tidak mahu ditekas dan ditindas.

Dengan pelbagai sekatan melalui pelbagai akta, para belia kita gagal mendapat akses maklumat dengan cepat dan membongkar selimut pemikiran belia yang dihanyutkan. Dengan beliau tidak dicampurtangankan dalam urusan pemerintahan.

Golongan belia dan rakyat berjaya dimandulkan selama 50 tahun.


70 peratus belia hargai usaha kerajaan Barisan Nasional


MAJORITI belia kini berasa lebih dekat dengan kerajaan berikutan langkah yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri. - Gambar hiasan.


KUALA LUMPUR - Dapatan awal satu kajian menunjukkan 70 peratus responden yang terdiri daripada golongan belia kini berasa lebih dekat dengan kerajaan berikutan langkah yang dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) dalam mendekati golongan itu.
Tinjauan terhadap belia melalui kajian yang dijalankan sejak 2010 menunjukkan mereka menyambut baik penggunaan media sosial interaktif oleh Najib yang membolehkan golongan itu menghubungi Perdana Menteri secara langsung untuk memberi pendapat, idea dan juga kritikan mengenai pelbagai isu.
"Hasil kajian saya mendapati 70 peratus belia menyokong kerajaan kerana mereka seronok dan suka dengan pendekatan yang dilakukan kerajaan menerusi program yang dirangka.
"Ini adalah kuncinya untuk kerajaan mendekatkan diri dengan belia," kata pensyarah Sains politik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Che Hamdan Mohamed Razali di sini semalam.

Friday, December 23, 2011

Hati Gelap Antara Kenal Antah dan Beras, negara bekebajikan dengan negara islam ?

Antara kesilapan PAS dan kesilapan Umno. Mana yang lebih memudaratkan negara. Kesilapan PAS kerana berbaik dan bekerjasama, tetapi Umno berbaik dan bekerjasama dengan MCA dan MIC lebih 50 tahun tidaklah pulok salah beb...'

Maka mempersoalkan kesilapan PAS tidaklah jadi masalah, mungkin 1hari nanti Umno akan mempersalahkan Tuhan pula kenapa menjadikan manusia bernama Cina. Jelasnya Cina bawah anutan MCA orang Cina itu macam Melayu, tetapi Cina DAP Umno lihat betul-betul Cina. Maka Umno dapatlah bekerjasama dengan Cina macam Melayu iaitu Cina MCA.

Oleh itu, PAS silap kerana tidak sebut negara Islam, kempen negara kebajikan. Justeru sekonyong-konyongnya maka di Turki Parti islam ditukar dengan AKP lebih kepada kebajikan. Justeru menang besar. Maka parti AKP ubah dan ansurkan situasi politik Turki maka ia berjaya, Islam abak didaulatkan dan sedang didaulatkan.

Begitulah juga, satu masa jemaah haji malaysia ke Mecca menaiki kapal air, perjalanan ambil masa lama dan sungguh panjang dan lambat. Kini jemaah haji kita naik 'belon' atau kapalterbng maka ke Mecca juga. Haji para hajjah dan haji ke Mecca naik kapal air dan kapal terbang sama sah.

Depa ke Mecca dan tunaikan rukun, beitulah tamsil ibarat PAS Berkebajikan dengan PAS Mendirikan Negara Islam.

entahlah, ramai sangat yang buta hati...inilah kena ramai ustad kot tuip hati yang semakin busuk membusukkan 




Mustapa Mohamed Yakin Melayu Sedar Kesilapan PAS
PASIR PUTEH: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata beliau yakin semakin ramai orang Melayu menyedari kesilapan Pas yang tersasar daripada perjuangan untuk menubuhkan negara Islam tetapi mengubah kepada konsep "negara berkebajikan".
Mustapa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, berkata kritikan pemimpin Pas sendiri mengenai pendirian yang berubah itu menyerlahkan hakikat bahawa parti yang kononnya berteraskan Islam itu telah tersasar perjuangan mereka dan tunduk kepada DAP.
"Jika dahulu parti itu mendakwa Umno sengaja mereka-reka cerita berkenaan tetapi kini kritikan itu datang daripada pemimpin Pas sendiri yang membuktikan senario itu (lari daripada perjuangan asal) memang benar berlaku," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin dan anggota Umno Bahagian Pasir Puteh di sini hari ini.
Isu Pas telah tersasar perjuangan itu ditimbulkan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali, yang mahu Pas kembali kepada perjuangan asal iaitu menubuhkan sebuah negara Islam.
Mustapa berkata Umno Kelantan akan menjelaskan kedudukan sebenar perkara berkenaan kepada rakyat Kelantan agar mereka dapat menilai apa sebenarnya perjuangan Pas.
"Kita akan sampai mesej ini kepada orang Melayu dan mahu mereka melihat siapa kini yang mengkritik Pas yang dahulunya Umno sering dikaitkan dengan pelbagai tohmahan seperti itu," katanya.
Mustapa berkata beliau gembira dengan sikap anggota Umno di seluruh negeri yang begitu bersemangat menggerakkan jentera parti menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti.
"Bukan anggota Umno sendiri tetapi rakan kita daripada MCA, MIC, Gerakan dan PPP juga bersama kita dan bersemangat bagi memastikan Barisan Nasional menang di Kelantan," katanya.
Mengenai calon, Mustapa berkata beliau telah bertemu dengan hampir kesemua ketua bahagian di Kelantan bagi membolehkan nama-nama calon yang sesuai diserahkan kepada ibu pejabat parti tidak lama lagi. - BERNAMA

Thursday, December 22, 2011

Alahi Puteri Siapakah mu Mahu Larang Segala ?

Alahi siapakah Puteri Umno, sepatutnya Puteri ni elok belajar masak memasak ke arah persediaan untuk mendalami ilmu kekeluargaan.

Nasihat berupa larangan dan amaran kepada Anwar supaya berhenti, apa halnya. Selagi Umno Bn tidak dijatuhkan maka selagi itulah DSAI tidak akan bersara daripada politik kebobrokan.

Negara dan rakyat perlu diselamatkan daripada kedurjanaan Umno. Orang yang bersekongkol dengan pendurjana, maka diapun seakan-akan sama dengan sidurjana itu.

Harap mesej ini difahami Puteri, kerana di dalam pergerakan itu sendiri ada juga manusia yang berotak dan mempunyai otak. Semoga depa dapat berfikir dengan fikiran terbuka.


Puteri UMNO Mahu Anwar Ibrahim Bersara Daripada Politik
KUALA LUMPUR: Pergerakan Puteri Umno mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara daripada dunia politik kerana perjuangan beliau jelas hanya berasaskan kepentingan peribadi.
Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata perjuangan ketua pembangkang itu dalam politik bukannya untuk kepentingan rakyat, jauh sekali kepada negara.
"Selain itu, Anwar juga terbukti menggunakan platform politik untuk melunaskan dendam terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas perdana menteri) dan melindungi masalah peribadi, kes liwat, video seks serta melarikan diri daripada hukuman undang-undang," katanya dalam kenyataan di sini Rabu.
Beliau berkata yang "paling dikesali Anwar telah menjual maruah politik kepada pengerusi DAP Karpal Singh yang bertindak sebagai peguam bela kes liwat beliau.
"Beliau langsung tidak berjuang untuk kepentingan negara. Maka beliau perlu bersara daripada politik segera disebabkan oleh masalah-masalah peribadi beliau yang akhirnya menyebabkan negara kucar kacir dan rakyat berpecah-belah," katanya. - BERNAMA



Wednesday, December 21, 2011

Sifir Pepatah Melayu Moden, Jika Tidak Berbohong Itu Bukan Umno lah

Pepatah Melayu moden perlu diajar kepada anak-anak kita berbunyi, jika tidak menipu itu bukan Umno. Jika mahu diperturunkan buktinya adalah terlalu banyak. Samada disenarai pendek atau disenarai panjang. Umpama satu contoh pengalaman penulis sendiri.

Setiap kali sahaja menjelang pilihanraya, Pejabat Tanah & Daerah tempat penulis akan mengeedarkan borang permohonan tanah kosong bagi tujuan tapak rumah. Maka diuar-uarkan kawasan tanah berkenaan yang jauh nun di kawasan pedalaman. 

Bila sahaja mendengar guruh dilangit maka berduyun-duyun lagi orang membawa tempayan , sehingga satu kes cermin Pejabat Tanah Daerah berkenaan pecah cermin kerana berebut-rebut bagi mendapatkan borang berkenaan sahaja.

Selepas pilihanraya orang ramai menungggu dan menunggu. Jawapan pemberitahuan borang diterima untuk dipross pun pidak berjawab sehinggalah pilihanraya akan datang. Maka begitulah seterusnya.

Bagi kali ini Pejabat Tanah Daerah Bera menawarkan perkara yang sama. Bagi di parlimen Temerloh depa tidak dapat berbuat demikian, mungkin tanah kosong dah habis kot.

Begitulah juga dalam kes pengangkutan awam seperti cerita keluhan di bawah. Slogan rakyat didahulukan , pembentangan Bajet 2010 yang menjanjikan pengangkutan awam negara bakal diperkasakan dengan penarikan balik subsidi itu dan ini. Kini mana janjinya ?



Cadangan Wujudkan Semula Perkhidmatan Bas Mini Dipertimbang:Jelaing

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menimbangkan keperluan untuk mewujudkan semula perkhidmatan bas mini di ibu negara sekiranya ia mampu memberi keselesaan kepada warga kota terutamanya pengguna perkhidmatan awam, persidangan Dewan Negara diberitahu pada Rabu.
Timbalan Menteri Pengangkutan Jelaing Mersat bagaimanapun berkata, cadangan itu tidak akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat kerana kerajaan sedang melaksanakan beberapa langkah untuk menaik taraf sistem pengangkutan awam bandar sedia ada.
"Sistem (kerja menaik taraf) yang baru ini masih di peringkat pelaksanaan, malah kita sedang menunggu lagi beberapa tren baru dari luar negara namun jika ada keperluan terhadap mengembalikan perkhidmatan bas mini supaya keadaan bandar lebih selesa, kementerian akan buat pertimbangan," katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Mustafa Kamal Mohd Yusoff.
Mustafa Kamal ingin tahu mengenai pendirian kementerian dalam pelaksanaan semula sistem perkhidmatan pengangkutan awam itu setelah ditamatkan pada tahun 1998.
Menjawab soalan asal Senator Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman berhubung langkah kerajaan untuk menaik taraf sistem pengangkutan awam sedia ada, Jelaing berkata langkah paling utama adalah dengan penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Beliau berkata SPAD bertanggungjawab menyusun dan memantau industri perkhidmatan awam serta memastikan pematuhan terhadap tahap perkhidmatan tersebut.
"Selain itu, melalui inisiatif Bidang Keberhasilan Negara juga, kerajaan akan memberikan tumpuan ke arah meningkatkan kapasiti dan kecekapan sistem kereta api komuter dan sistem transit aliran ringan), menyusun semula sistem bas bandar dan menaik taraf stesen-stesen pengangkutan awam," katanya. - BERNAMA



Jerangkap dan Perangkap Umno, Inilah bukti perangkapnya ?

Kelmarin Hassan Ali mencabar Setiausaha Agong PAS, Mustafa Ali agar membuktikan dimana 'perangkap' Umno atau jerangkap Umno terhadapnya.

Maka hari ini, adalah sebagai buktinya, berita Hassan menolak konsep  negara berkebajikan PAS dan kembalikan ke arah perjuangan asal menampakkan kita kesemua terperangkap dengan mainan politik Umno.

Adalah menjadi perkara yang sudah basi dan tidak lagi diperbahaskan oleh kita, kerana para ahli muktamar sudahpun memperbahaskan dan mememutuskan bahawa kita bersetuju menjadikan strategi politik PAS perjuangkan negara kebajikan.

Ironisnya, bagi penulis kita tertubuh sudah lebih 60 tahun, dan PAS gagal membuktikan kemampuan memerintah Malaysia dan ambilalih pemerintahan daripada Umno Bn.

Bagi generasi muda zaman Edorgan, melihat PAS perlu rebranding dan jika tidak salah PAS kena tubuh seperti di Turki parti AKP atau parti Kebajikan yang mana rakyat sekular Turki boleh menerima cara seumpama itu. 

Justeru apa salahnya dengan perjuangan semacam negara berkebajikan itu. Berfikir di luar kotak hasilnya perlu diperhatikan juga, bukannya kekal seadanya bagi menunggu masa, sampai bila ?

Cadangan ini ramai yang akan marah dan tidak bersetuju tetapi itulah cabaran PAS masa depannya serta hala tujunya. Masih boleh diperdebatkaan >

Tinggalkan cara fikir Hassan Ali

Usah Bercakap Soal Moral Dengan Anwar...

Seronok dan sedap bila bercakap atas batang tubuh Anwar. Beliau tiada asas moral sebagai pemimpin. Sememangnya sedap bunyinya dan cara persembahannya.

Jadi kita sebagai pembaca yang menjadi rakyat dapat menilai dan melihat siapa tidak bermoral dan mempunyai moral dalam hal ini. 

Damaikan hati ikuti, ulasan kupasan Utusan tentangnya ...?

Anwar tiada asas moral pemimpin

KUALA LUMPUR 20 Dis. - Kegagalan serta keengganan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyahut pelbagai cabaran bersumpah bagi membuktikan siri dakwaannya jelas menunjukkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak mempunyai asas moral sebagai seorang pemimpin.

Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Nor berkata, tindakan terbaru Anwar yang enggan menyahut cabaran bersumpah oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menunjukkan Anwar seorang pemimpin yang bankrap modal serta sudah melepasi tarikh luput sebagai ahli politik.

"Ini bukan cabaran bersumpah pertama ke atas Anwar, sebelum ini cabaran Datuk Nallakaruppan, Datuk Shazryl Eskay, Ummi Hafilda Ali dan Mohd. Saiful Bukhari Azlan semuanya tidak disahut oleh Anwar malah beliau tidak berani jawab atau saman mereka.

"Ini menunjukkan Anwar tidak ada asas moral untuk menyahut sebarang cabaran bersumpah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR mengulas helah terbaru Anwar yang enggan bersumpah selepas dicabar Dr. Mahathir ekoran dakwaan Anwar bahawa Dr. Mahathir pernah menulis surat kepada Bank Dunia bagi meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999.

Bagaimanapun Dr. Mahathir menafikan tuduhan itu mencabar Anwar supaya bersumpah menjunjung al-Quran bagi membuktikan dakwaannya.

Anwar dalam reaksinya selepas itu sekadar memberitahu beliau tidak perlu bersumpah kerana dakwaan yang dibuatnya adalah berdasarkan fakta dan laporan tahunan yang dikeluarkan oleh Bank Dunia sendiri.

Ezam menambah, Dr. Mahathir yang berstatus negarawan sebenarnya tidak perlu melayan kerenah Anwar yang dilihat sebagai seorang desperado politik.

"Ia hanya helah Anwar untuk mengalih perhatian rakyat daripada kes liwatnya berikutan kegagalan menampilkan alibi seperti diuar-uarkan di awal kes," katanya.

Tuesday, December 20, 2011

Mohon hentikan Perdebatan Isu (Hassan & Ust Nasa ) ini

Reaksi pimpinan mengundang perpecahan ? Justeru semua pimpinan diminta menghentikan percakaran dan perdebatan melalui media.

Sesi jawab menjawab, berbalas kenyataan sebenarnya tidak menguntungkan PAS. Rakyat menilai dan memerhatikan. Walaupun hidup dan kehidupan ini sering dilambung gelombang. Kita minta supaya gelombang itu diimbangkan.

Tindakan kedua-dua pihak adalah betul belaka, kerana masing-masing ingin memperjelaskan terhadap reaksi terhadap apa yang dihadapkan kepadanya. Setiausaha Agong PAS sendiri ada tanggungjawabnya. Tetapi dengan membuat satu wawancara dua muka dalam Harakah ini adalah sebagai tidak adil, kerana isu yang diperberbahaskan lebih bersifat terlalu mendalam dan dikira sebagai masalah dalaman yang perlu diselesaikan melalui kaedah lain. Buat pendedahan melalui media.

Sebalinya, orang yang kena dedah amatlah tidak senang hati dan panas hati. Salurannya juga melalui media sebelah lah...

Mohon hentikan...





Setiausaha Agung PAS hilang arah: Hasan Ali


2011/12/20

PETALING JAYA: Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menyifatkan serangan negatif Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali, terhadapnya sebagai perbuatan sombong dan bongkak. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia itu berkata, kenyataan Mustapa bahawa beliau terperangkap dalam permainan UMNO bagi melemahkan PAS itu berniat jahat.




"Setiausaha Agung PAS menggunakan kuasanya melatah dan seperti hilang arah hingga sanggup bermain dengan api fitnah," katanya pada sidang media di kediamannya di sini, hari ini.
Sehubungan itu, Dr Hasan menggesa Mustapa memberikan jawapan secara berfakta dalam tempoh terdekat berhubung perkara itu.

Baru-baru ini, Mustapa mengeluarkan kenyataan bahawa Hasan terperangkap dengan mainan UMNO dan terbabit dalam agenda melemahkan PAS. 


Kakitangan kerajaan pula mahu dilembukan ?


Semua kakitangan kerajaan yang berjumlah 1.4 juta dikabarkan bakal digerhanakan masa depan dengan tawaran skim SPBA yang nampak indah khabar daripada rupa.

Tindakan tergesa-gesa kerajaan dengan memaksa kakitangan menandatangani dalam masa tempoh 2 minggu sahaja tanpa penjelasan jelas memaparkan kerajaan cukup rakus, sombong dan langsung tidak menghormati institusi pekerjaaan yang menjadi nadi pentadbiran negara.

Desakan dan bantahan oleh Kesatuan sekerja kerajaan CUEPACS adalah manifestasi rasa tidakpuashati dengan 'tawaran' kerajaan yang sengaja mahu menguji ketaatsetiaan kakitangan dengan kerajaan yang ada.

Tindakan wewenang ini sahaja sudah menunjukkan kerajaan amat tidak menghargai langsung dengan perkhidmatan kakitangan ini kepada negara.

Sambil bersikap dengan berlagak menjadi tuan, kerajaan hanya mahu kakitangan kerajaan mesti menerima apa sahaja atau apa adanya dengan tawaran yang diberikan.





Jangan tandatangan borang opsyen kosong: CUEPACS

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Loke Yim Pheng hari ini menasihatkan penjawat awam supaya tidak menandatangani borang opsyen kosong kerana ia adalah dokumen amat penting yang akan menentukan kenaikan pangkat dan prospek kerjaya mereka di masa depan. 

Beliau berkata, penjawat awam perlu memastikan borang berkenaan diisi dengan jadual gaji yang betul sebelum mereka menandatanganinya.



Loke yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), kesatuan perguruan terbesar negara dan ahli gabungan CUEPACS, memberitahu BERNAMA pihaknya menerima aduan bahawa ada guru "dipaksa" menandatangani borang opsyen kosong.
“Kami amat bimbang dengan perkara ini dan menggesa ketua jabatan untuk tidak memaksa staf mereka menandatangani borang kosong hanya kerana tarikh akhir untuk menandatangani borang itu semakin hampir," katanya. 

Kira-kira 1.4 juta penjawat awam diberikan opsyen untuk memilih skim gaji baru dan diberi tempoh sehingga 30 Disember untuk mengembalikan borang mereka. Jika mereka gagal berbuat demikian sehingga tarikh akhir itu, mereka akan kekal dalam skim perkhidmatan sedia ada. 

Loke berkata, CUEPACS turut prihatin dan bimbang dengan nasib kira-kira 200,000 penjawat awam di Gred 17 N, W dan F kerana mereka diberikan tawaran kurang memuaskan. 

Beliau menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberikan penjelasan mengenai skim baru itu kerana kebanyakan penjawat awam masih keliru dan tidak tahu berapa banyak manfaatnya kepada mereka. - BERNAMA 

Kenapa Utusan buka ruang kepada Nik Abduh

Tiba-tiba Utuasan berbuat baik dan nampak dengan Nik Abduh iaiitu anak Nik Aziz. lazim dan kebaisaannya seoanjang 20 tahun Nik Aziz sebagai MB kelantan. Mana-mana yang ada kaitan dengan Nik Aziz walaupun sbesar hama akan dibongkar dan terbongkar. Kenapa dan mengapa ya ? Adakah Utusan sudah berubah sikap ?

Bagi kita Utusan adalah Umno dan Umno adalah Utusan, tidak akan berpisah antara keduanya. Adakah kita lupa bagaimana menantu Nik Aziz yang bekerja di bawah PMBK dilondeh dengan sebegitu rupa sama ada media cetak atau elektronik.

Tetapi kenapa bila 'teguran' Nik Abduh dengan keterbukaan Harakah melaporkan wawancara penuh SU Agong bahawa Hassan Ali dan Ust Nasaruddin Md Isa dan diikuti dengan karya kartun ditegur dijadikan siaran utama Utusan ?

Inilah tidak lain tidak bukan, ada agenda.yang mana orang politik amat faham dan tahu. Tetapi rakyat teramai yang tulus ikhlas hatinya akan terpahat dan terikat dengan kebaikan Utusan dengan anak Nik Aziz ini .

Nik Abduh bidas kartun Harakah
KUALA LUMPUR 19 Dis. – Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz hari ini membidas kartun drnot yang disiarkan di dalam Harakah keluaran terbaru kerana menghina bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa.

Beliau berkata, Harakah sepatutnya perlu lebih beretika, berakhlak serta tahu cara untuk membina serta mendamaikan dan bukan bertindak memecah atau meruntuhkan.

Pada masa sama, beliau turut membidas kritikan serta tuduhan secara terbuka oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali terhadap dua pejuang Islam iaitu Nasharuddin dan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang berkali-kali menyatakan kesetiaannya kepada parti itu.

‘‘Saya menolak (bidas) kartun drnot dalam Harakah cetakan terbaru yang menghina kekanda saya, Ustaz Nasharuddin. Harakah mesti beretika, berakhlak dan tahu untuk membina dan mendamai, bukan memecah dan meruntuh.

‘‘Saya turut menolak (bidas) temuramah Setiausaha Agung Pas yang mengkritik dan menuduh secara terbuka dua pejuang Islam ini yang telah berkali-kali menyatakan kesetiaannya kepada parti. Tunggulah dulu dua pejuang itu masuk UMNO jika betul-betul nak tunjuk hero menjaga Pas. Jika tidak, ia hanya tuduhan yang memecahkan,’’ katanya.
Beliau berkata demikian dalam status terbaru laman sosial Facebooknya hari ini.

Isu membabitkan kedua-dua pemimpin Pas itu mula tercetus apabila tersiarnya kenyataan Ketua Penerangan Pas Selangor, Saari Sungib di dalam beberapa blog yang menyatakan kemungkinan besar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia itu akan digugurkan.

Ekoran daripada itu Hasan membuat kenyataan bahawa beliau sedia bekerjasama dengan pihak di luar Pas jika diminta demi kepentingan Islam dan Melayu serta tidak kisah jika tidak dicalonkan pada PRU Ke-13 akan datang.
Nasharuddin dalam satu kenyataan baru-baru ini pula mengatakan beliau hairan dengan perjalanan politik Pas yang didakwanya semakin pelik ekoran tindakan Saari yang mendahului parti berhubung kedudukan Hasan yang tidak mendapat pencalonan mencukupi untuk mempertahankan DUN Gombak Setia.

Mustafa kemudian mendakwa Nasharuddin dan Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor terperangkap dalam agenda UMNO.

Dalam perkembangan berkaitan, Nik Abduh turut mempersoalkan sebab-sebab kenyataan Saari yang sengaja diperkecilkan sedangkan ADUN Hulu Kelang itu telah memulakan isu yang sudah sedia membara dalam sekam.
‘‘Di mana beliau untuk tidak memohon maaf secara terbuka? Pemuda Pas menjunjung akhlak berjemaah yang tinggi,’’ katanya lagi.