Kelmarin Hassan Ali mencabar Setiausaha Agong PAS, Mustafa Ali agar membuktikan dimana 'perangkap' Umno atau jerangkap Umno terhadapnya.
Maka hari ini, adalah sebagai buktinya, berita Hassan menolak konsep negara berkebajikan PAS dan kembalikan ke arah perjuangan asal menampakkan kita kesemua terperangkap dengan mainan politik Umno.
Adalah menjadi perkara yang sudah basi dan tidak lagi diperbahaskan oleh kita, kerana para ahli muktamar sudahpun memperbahaskan dan mememutuskan bahawa kita bersetuju menjadikan strategi politik PAS perjuangkan negara kebajikan.
Ironisnya, bagi penulis kita tertubuh sudah lebih 60 tahun, dan PAS gagal membuktikan kemampuan memerintah Malaysia dan ambilalih pemerintahan daripada Umno Bn.
Bagi generasi muda zaman Edorgan, melihat PAS perlu rebranding dan jika tidak salah PAS kena tubuh seperti di Turki parti AKP atau parti Kebajikan yang mana rakyat sekular Turki boleh menerima cara seumpama itu.
Justeru apa salahnya dengan perjuangan semacam negara berkebajikan itu. Berfikir di luar kotak hasilnya perlu diperhatikan juga, bukannya kekal seadanya bagi menunggu masa, sampai bila ?
Cadangan ini ramai yang akan marah dan tidak bersetuju tetapi itulah cabaran PAS masa depannya serta hala tujunya. Masih boleh diperdebatkaan >
Tinggalkan cara fikir Hassan Ali
No comments:
Post a Comment