MENTAKAB: DAP
Temerloh dan Mentakab bersama-sama masyarakat setempat membantah keras tindakan
saman parking secara membabi buta oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) Temerloh.
Ini
berdasarkan aduan ramai pemilik premis perniagaan dalam bandar berkenaan yang
melanggan secara bulanan petak parking hadapan kedai mereka di bandar Mentakab ini dan mereka juga sudahpun meletakkan serta
mempamerkan tiket-tiket parking tetapi
masih juga di saman.
Kes
saman ini sudah berlarutan berbulan-bulan lamanya, dan tiada jalan penyelesian
dicapai. Walaupun mangsa-mangsa berkenaan turut membuat aduan kepada pihak
berkenaan, dan juga berusaha bertemu dengan pihak berkuasa dari semasa ke
semasa.
Seorang
pemilik premis yang di saman yang nilainya sejumlah RM20,000 menunjukkan bukti
bahawa beliau pada tarikh-tarikh berkenaan membayar parking petak yang beliau
gunakan tetapi masih juga di saman.
Kami
bukan penduduk yang engkar, kami membayar parking berkenaan dengan meletakkan
tiket – tiket parking yang dikeluarkan PBT berkenaan. Selepas digoreskan tarikh
dan masa waktu parking kami pamerkan. Tak kanlah parking reader masih buta dan
tidak nampak, ini mustahil, jelas seorang pengguna dengan nada yang marah.
Kami
sudah beberapa kali bertemu dengan Adun Mentakab En Chua Boon Seong yang
mewakili penduduk Dun ini bagi mengadu masalah berkenaan. Tetapi beliau
mengambil sikap mendiamkan diri sahaja.
Sikap
lepas tangan dan enggan bertanggungjawab bagi menyelesaikan masalah rakyat ini
mengundang masalah rakyat di adukan kepada pihak DAP setempat.
Sehubungan
itu, bagi melahirkan rasa keperihatinan dan simpati atas nasib yang menimpa
masyarakat Tionghua berkenaan En Ahmad Zubir Omar selaku wakil PAS turut hadir
bagi memberi sokongan moral dan tanda simpati kepada mangsa-mangsa yang
teraniaya.
No comments:
Post a Comment