Fenomena Adam Adli menerobosi laman sesawang blog-blog. Beliau diangkat menjadi hero baru atau ikon anak muda yang berwawasan dan anak-anak muda yang lain wajar mencontohi keberanian dan pendirian beliau.
Selain beliau teruskan kehidupan sebagai pelajar, cakna dan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat tentang apa yang berlaku di sekeliling wajar diambiltahu.
Pada hari ini penulis bersantai bersama-sama dengan beberapa pemuda Melayu di sebuah warung di sebuah kawasan taman perumahan yang terbesar di bandar ini. Sekumpulan pemuda Melayu, penulis dibawa bersama untuk santai oleh seorang pemuda yang penulis kenali.
Duduk bersama-sama orang muda bukan apa , kerana mahu membaca pemikiran mereka terhadap negara ini. Banyaklah perkara yang dibualkan daripada aktiviti harian mereka, aktiviti masjid, rutin harian anak-anak muda ini.
Orang muda teman penulis ini, saja melontarkan isu Adam Adli dalam bual bicara santai. Kalangan mereka ada yang menyambut secara kritis dan ada mendengar sahaja, tetapi tiada yang membangkang bilamana tindakan Adam Adli ini dirasionalkan oleh rakan penulis yang muda ini.
Bagi penulis sendirilah Adam Adli mula memecahkan kotak minda pemikiran anak-anak muda kita yang mula minat terhadap apa sahaja yang pemimpin negara buat.
Seimbasnya lalu kes Adam Adli penutut di UPSI adalah satu kes biasa kes terpencil sahaja. Isu-isu mahasiswa dengan revolusi pemikiran mereka sahaja. Dalam hal ini ia tidak begitu.
Namun jangan ingat anak-anak muda sekarang tidak berfikiran semacam Adam Adli. bangunlah Adam Adli yang lain-lainnya ....
Perhimpunan 16 Jam Desak UPSI Gugur Tuduhan Terhadap Adam Adli
PETALING JAYA: Satu perhimpunan selama 16 jam akan diadakan oleh sekumpulan mahasiswa di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi menuntut universiti itu menggugurkan tuduhan terhadap penuntutnya, Adam Adli Abdul Halim kerana menurunkan bendera yang mempunyai gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Ab Razab yang dipetik dalam portal Malaysiakini sebagai berkata, perhimpunan itu akan bermula dari pukul 9 malam pada 31 Disember sehingga 1 petang keesokan hari.
Jelasnya, malam tersebut dinamakan sebagai 'Malam Talkin untuk AUKU' (Akta Universiti dan Kolej Universiti.
“Tindakan kita duduk (di situ) sebagai simbolik. Diadakan juga ucapan daripada pimpinan pelajar termasuk Adam sendiri," kata Ahmad Syukri.
Beliau yang dihubungi oleh portal itu berkata, sepanjang tempoh perhimpunan itu, terdapat beberapa aktiviti dirancang seperti meletakkan bunga di pintu masuk UPSI.
Pada 23 Disember lalu, Adam Adli menerima surat perintah untuk dibicarakan oleh UPSI yang melibatkan dua pertuduhan iaitu mencemarkan nama UPSI dan menurunkan harta hak milik (bendera) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 17 Disember lalu.
Surat perintah tersebut mengarahkan Adam untuk hadir di perbicaraan mahkamah tatatertib universiti itu pada 9 Januari depan.
Adam bertindak menurunkan bendera Najib di PWTC itu selepas SMM Menyerahkan memorandum menuntut kebebasan akademik kepada Timbalan Menteri Pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).
Tindakan itu menimbulkan kemarahan pelbagai khususnya sekumpulan penyokong Umno.
Adam juga berdepan pelbagai ancaman dan ugutan.
No comments:
Post a Comment