Mavimavara Flotila Gaza menyebabkan penulis mencari gali pelbagai maklumat tentang Palestine. Penulis hadir ke muktamar di Putik Kelantan dan melihat semua orang berselendang putih merah lambang Palestine. Teruja lalu membeli dan sambil malu-malu hanya pakai sesekali sekala semasa dalam Gerai Pameran di muktamar sahaja.
Kemudian melihat rakan setugas sedang berurusan dengan Ketua Pemuda PAS Pahang Ust Suhaimi Saad yang hari ke2 terpaksa bergegas pulang ke Kuantan kerana ayahanda tersayang sedang nazak. Beliau meninggalkan buku-buku karangan Ustaz Riduan Mohd Noor untuk rakan setugas menjualnya di gerai pameran PAS Pahang.
Kemudian malam berkenaan di muktamar ceramah Palestine juga gagal menarik minat penulis kerana penulis lebih berminat duduk berhadapan laptop bagi melayari maklumat dalam internet. Habis ceramah Palestine penulis pergi minum air dan kebetulan rakan setugas telahpun mendapatkan tarikh bagi membawa Hj Jamaluddin Elias Timbalan pengarah Yayasan Amal ke Pahang iaitu pada 4 Julai 2010 yang lalu.
Sekembali ke Pahang penulis mula membelek-belek buku karangan Ust Riduan Mohd Nor yang berjudul Sepahit Jadam yang kulitnya memaparkan Nik Abduh Nik Abdul Aziz iaitu anak Tuan Guru MB Kelantan. Penulis membaca buku berkenaan mengambil masa 2 hari, buku itu tidaklah tebal sangat tetapi budaya membaca buku bagi diri penulis sudah tumpul dan malap berbanding zaman semasa remaja dan muda di alam persekolahan dulu.
Habis membaca buku berkenaan, tercatat dalam buku Ust Riduan bagaimana ia amat tertarik dengan sebuah buku terjemahan Harakah iaitu berjudul BERIUT KE JURUSELAM. Kata ust Nik Abduh beliau beberapa kali menitiskan air mata bagaiamana catatan benar pengalaman seorang doktor Cina beragama Kristian begitu gigih mengorbankan jiawa, masa, harta dan segala-gala untuk rakyat Palestine.
Bermula dari itulah penulis mula tergerak, walhal buku itu ada dalam simpanan penulis kerana buku itu telah dihadiahkan oleh penterjemahnya iaitu Sdr Syed Putra Syed Ahmad yang juga sahabat di Temerloh yang penulis kenal sejak 20 tahun dulu. Beliau hadiahkan buku tersebut selepas penulis berkunjung ke pejabatnya di Jalan Pahang dan beliau menyatakan kepada penulis supaya membaca buku berkenaan kerana menarik. Namun penulis sekadar membelek-belek dan meletakkan semula di pejabatnya.
Namun adat bersahabat janji beliau untuk menghadiahkan buku berkenaan di tunaikan dengan menyerahkan buku tersebut di pejabat penulis. Bilamana kata-kata Ustaz Nik Abduh dua tiga kali membaca penulis mulai tertarik.
Lantas penulis, membaca dan membaca dan tidak tersedar serta tidak terkata bagaimana kekejaman israel amatlah durjana dan biadap tanpa perikemanusiaan. Dan sedih dengan kegigihan dan kesungguhan sukarelawan yang membantu bermati-matian demi membela masa depan anak-anak Palestine..
Kegigihan anak-anak , makan rumput, tiada makanan dan pelbagai dugaan hidup yang menyayat hati meruntun rasa simpati melalui catatan pengalaman Dr Ann Swee. Maknanya makan rumput untuk hidup ini sudah 10 tahun berlalu kerana buku berkenaan di hasilkan pada tahun 2002 oleh Dr Ann Swee

No comments:
Post a Comment