Watak hero zaman tradisi dan zaman baru adalah berbeda. Jika zaman tradisi masyarakat Melayu adalah Hang Jebat, Robin Hood bagi Barat. Hero adalah digambarkan mempunyai watak superior iaitu pembela yang membela rakyat yang tegas berprinsip dan tidak mudah dijual beli.
Kini, zaman sudah berubah watak hero dibawa oleh ahli politik. Ahli politik yang diwajahkan sebagai pembela rakyat kebayakan mereka datang daripada pro kerajaan atau dari kumpulan pembangkang yang melompat. Oleh itu jika ahli-ahli politik terutamanya wakil-wakil rakyat di parlimen bolehlah melompat ke Umno dan selepasnya itu berkokok menaji balik parti yang pernah disertainya dulu. Mereka adalah pengkhianat pula.
Kali ini nama-nama YB Zul Kulim dan YB Zaharin Bayan Baru menjadi hero kerana mereka bercakap menyalahkan parti 'lama' yang disertai mereka dahulu. Parti yang betul ketika mereka bersama-samanya.
Kelmarin YB Zul Kulim dipaparkan media berucap mengiakan apa yang diperkatakan oleh YB Kota Belud tentang perancangan parti pembangkang iaitu selepas memburuk, menfitnah Felda, kini giliran Felcra. Dan sahutan itu disambut oleh laporan berita yang kerja-kerja pembangkang memburuk-burukkan SPR, PDRM, SPRM bagi startegi politik mereka.
Ini dakwa Zul Kulim salah, kerana ia tidak betul dan saya akui silap. Maka saya takut untuk menjawap benda-benda ini dihadapan Allah diakhirat nanti.
Maka kita mahu bertanya apa pula jawapannya dihadapan Allah akhirat kelak dengan 'pengkhinatan' dia melompat parti dan keluar sebagai orang yang bebas dan reda serta pro kerajaan dalam semua hal. Maka jawablah dihadapan Allah jika ditanya oleh pengundi kawasan Kulim.
Imej songkok yang tampak hebat dan bergaya serta lebih islamik merosakkan imej islam itu sendiri. Inilah yang gagal disedari oleh Zul Kulim.
No comments:
Post a Comment