Monday, July 05, 2010

Felda ditinggalkan , menteri hilang ke mana ?


Tanah Rancangan atau akronim popular adalah (FELDA) paling banyak adalah di seluruh pelusuk Pahang. Selebihnya adalah di Johor Perak N9 dan Selangor. Dan orang yang paling banyak melenting atas isu FELDA BANGKRAP adalah 'peneroka' bukan nya di Pahang, tetapi di negeri lain.

Ini kerana sejak dua ke tiga minggu selepas Suara Keadilan sebuah akhbar tabliod parti pembangkang iaitu PKR yang diterbitkan secara mingguan mendedahkan dan mendakwa FELDA bakal BANGKRAP. Menteri mentor Felda Ahmad Maslan berkebetulan juga sebagai Ketua Penerangan Umno mengerakkan seluruh rakyat Felda agar bertindak. Dan nampaknya beliau bagai pahlawan, pangeran dan hero membela Felda lagaknya. Di mana Felda yang duit tunai telah susut sejumlah RM8 bilion bagi tempoh 2004-2009.

Maka gegak gempitalah latahan mereka antaranya memberi tempoh 7 hari minta Suara Keadilan mohon maaf dan jika enggan akan disusuli dengan tindakan saman berjumlah RM200juta. Ahmad Maslan membuat sidang media khas, disusuli dengan sokongan dan dokongan anak-anak Felda di perantauan yang berjaya usahawan, dato dan lain-lain akan mengkaji dan menyediakan peguam kalangan komuniti Felda bagi menyaman malu atas fitnah oleh Suara Keadilan itu.

Serentak itu, perarakan demi perarakan di buat, bakar membakar Suara keadilan dibuat. Media arus perdana memberi liputan saban malam. Najib diam membisu, TPM enggan masuk dan campurtangan.

Ahmad Maslan dicabar untuk berdebat oleh Mazlan Aliman iaitu Pengerusi ANAK yang juga merupakan ajk PAS Pusat. Beliau juga adalah generasi kedua anak peneroka Felda. Tetapi tiada sahut, Ahmad Maslan suka lihat 'anak peneroka' mengamuk seperti (foto di atas)

Sementara diwaktu yang sama Sivarasa Naib Presiden PKR yang juga seorang peguam mengalu-alukan supaya tindakan saman itu dibuat. Beliau berjanji akan buktikan fakta di mahkamah nanti. Beliau mencabar supaya saman itu disegerakan.

Makan namaknya , kini menteri sudah lari, hilang peranannya dihadapan, maka ditinggalkan pertarungan antara Felda dengan PKR. Sekarang Felda diseret untuk bertarung dengan PKR. Felda adalah badan berkanun kerajaan persekutuan, sebuah agensi kerajaan dibiarkan bertarung dengan parti politik. Umno hanya duduk sebagai penyokong dibelakang sahaja.

Jika lah sistem kehakiman kita telus dan mulus. Kita bakal didedahkan dengan penddedahan yang cukup memeranjatkan dan bakal akui apa yang ditulis dalam Suara keadilan.


No comments: