Media dan UMNO terlalu besar kali ini menfokuskan kepada pemilihan mereka bagi kata mereka menentukan masa depan negara. Penulis terpanggil kali ini lagi dengan ucapan akhir Hishamuddin Hussin selaku Ketua Pemuda yang pencen.
Ucapan Hishamuddin menggambarkan UMNO adalah sebuah parti politik ibarat lembu suci. Bagi orang Melayu yang tidak menyertai UMNO atau turut serta menyokong UMNO ia dikira sebagai Dosa Besar sangat. Justeru Hishamuddin sanggup lebalkan mereka yang menentang UMNO dan kerajaan UMNO sebagai terasnya sebagai petualang negara.
Pada hal , Hishamuddin tidak sedar dan lupa sejarah, bahawa jika begitulah labelnya maka datuk beliau sendiri iaitu Dato Onn Jaafar juga adalah petualang negara kerana Dato Onn keluar UMNO dan beliau tubuhkan Parti Negara. Begitulah juga dengan arwah bapanya Tun Hussin Onn juga adalah petualang negara , kerana dipenghujung usia sebelum meninggal Tun Hussin keluar UMNO, maka bapa Hishamuddin adalah juga sebagai petualang negara. begitulah, juga dengan mantan bekas PM iaitu Tuanku Abd Rahman Putra Al Haj Perdana Menteri pertama akhir keluar UMNO dan membenci UMNO. Oleh itu, Tuanku Abd Rahman juga adalah petualang negara ?
Justeru, kita haruslah menyanjungi Hishamuddin kerana ia adalah pejuang negara sejati. Datuk , bapa dan PM sebelum adalah petualang ? Inilah Melayu yang Dr M kata lupa ddan mudah lupa. MELAYU SUDAH LUPA... MELAYU UMNO lah tu....

No comments:
Post a Comment