Thursday, March 26, 2009

KJ: Masa depan suram , langit tidak selalu cerah ?

Selepas pemilihan sayap UMNO semalam, orang paling kecewa adalah Dr M. Pertama Ketua Pemuda UMNO telah dimenangi oleh KJ, musuh No 1 Dr M. Kedua anaknya Mukriz Mahathir kalah dengan mendapat tempat ketiga, maknanya undi terendah. Hatta dikalahkan oeh Khir Toyo. Ini menunjukkan legasi Dr M belum cukup kuat, Mukhriz di mata Pemuda UMNO tiada karisma, tidak sehebat bapanya. Seterusnya strategi kempen Mukhriz lemah, walaupun Khairy telah di beri amaran oleh Lembaga Disiplin UMNO tetapi amaran tersebut tidak memberi bekas, malah Pemuda UMNO yang diangkat menjadi perwakilan masih inginkan KJ sebagai ketua mereka.

Selepas ini, KJ jangan ingat dia senang sebagai Ketua Pemuda. Pertama dia akan bertempur lebih hebat dengan barisan pembangkang , kedua dia juga akan berdepan dengan musuh dalaman nya iaitu Mukhriz kuncunya. Dan akhir akan berdepan secara terbuka dengan Dr M.


No comments: