Begitulah juga, dengan media rasmi PAS iaitu Harakah dan Suara Keadilan milik PKR, bukan sekadar mendedahkan kejelekan UMNO yang dah gila itu. Tetapi memaparkan langsung pekung, kudis dan penyakit-penyakit berjangkit lain UMNO tanpa melalui kaedah pembedahan forensik pun UMNO GILA itu terdedah kebusukannya.
Hari semalam, kegilaan UMNO GILA itu dibuktikan bilamana sepasukan Polis terpaksa membuat rantian kepungan bila keputusan bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO diumumkan. Masing-masing para penyokong fanatik yang dibayar dan membayar itu menyuarakan sokongan gila-gila terhadap calon pilihan masing-masing . Nampak jelas Kem Khairy dan Kem Mukhriz berbalah , perbalahan itu berpanjangan dan UMNO jadi semakin gila lah, bila sayap yang menjadi penyokong kuat untuk UMNO terbang dah GILA.
Hari ini, Pak Lah berucap lagi memberi ingatan kegilaan UMNO dan UMNO Gila adakah nak sampai UMNO berkubur , tanya Pak Lah..? Berrebut secara gila, termasuklah yang gila tu adalah menantu dia..
Kit Siang diarah keluar Dewan Rakyat
|
|
KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen DAP, Lim Kit Siang (gambar) diarah keluar daripada persidangan Dewan Rakyat sehingga pukul 1 tengah hari semalam setelah beliau membuat tohmahan terhadap UMNO dengan mengeluarkan kata-kata 'UMNO Gila' dan 'UMNO Gila Kuasa'.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandie mengambil keputusan itu setelah Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) enggan menarik balik tuduhan itu walaupun berkali-kali diarahkan berbuat demikian.
Kit Siang sebaliknya bertegas beliau tidak melanggar sebarang peraturan mesyuarat dan mendakwa beliau tidak menyakitkan hati sesiapa atau mana-mana kaum.
Bagaimanapun, pandangan itu tidak diterima Ronald yang mengatakan terdapat ramai anggota UMNO dalam dewan yang sakit hati dengan kenyataan tersebut.
"Saya tidak mahu ambil tindakan tetapi kalau Yang Berhormat (YB) berdegil seperti ini YB telah melanggar arahan saya. Saya tidak ada cara lain melainkan mengeluarkan Yang Berhormat dari dewan ini sehingga pukul 1 tengah hari ini (semalam)," katanya.
Sebelum itu, persidangan Dewan Rakyat kecoh hampir 30 minit apabila anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang saling bertikam lidah ekoran kenyataan Dr. Mohd. Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) yang menyifatkan Kit Siang tidak tetap pendirian berhubung Rang Undang-Undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Pindaan) 2009.
Kenyataan itu dibuat kerana Kit Siang menghalang pembentangannya semalam walaupun sebelum ini mengakui kepentingan rang undang-undang tersebut. - Bernama
No comments:
Post a Comment