Tuesday, March 24, 2009

Inilah sebenarnya nilai air mata yang bernilai

Sepatutnya, inilah yang guru Kemas tadi sedih dan titiskan air mata.Bilamana negara kita yang kaya raya hasil bumi melimpah ruah, pemimpin-pemimpin yang hebat serta kaya raya yang asyik menjamu dan mengemukkan ahli-ahli UMNO (spt siasatan SPRM) sepatutnya kes-kes speerti cerita catatan di bawah tidak berlaku.

Ini bukanlah kes terpencil , tetapi adalah realiti betapa kita semua cuai, maka janganlah kita nanti musibah kemurkaan Allah kepada kita dan bumi kita. Sebagai pemimpin dan negara yang sokmo mengaku sebagai negara Islam, mana pembelaan kepada insan seperti cerita catatan di bawah. apa yang kita rakyat khasnya di pahang mahu jawab kepada Allah SWT di akhirat nanti.

Tak tahulah kalau kita ada jawaban lahla kita ....
Nekad keluar Islam gara-gara dikeji jiran

KUANTAN - Gara-gara tidak tahan dicemuh dan dikeji jiran tetangga, seorang ibu kepada sembilan anak hilang pertimbangan apabila memilih untuk keluar dari Agama Islam bersama suami dan anak-anak, kelmarin.

Ibu berusia 35 tahun dan berasal dari Ajil, Terengganu bersama suaminya, seorang pengumpul besi buruk berusia 45 tahun nekad mengambil keputusan itu kerana terkilan dengan layanan buruk segelintir masyarakat sebuah penempatan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di sini, sejak dua tahun lalu.

Kejadian rumahnya dibaling objek keras hingga memecahkan beberapa cermin tingkap lewat petang kelmarin membuatkan keluarga terbabit berada dalam ketakutan sebelum mengambil langkah keluar rumah dan bermalam di hadapan sebuah gereja di sini.

Ketika ditemui di sebuah restoran semalam, pasangan terbabit bercadang menemui seorang paderi di sebuah gereja untuk mendapatkan pandangan dan pada masa sama mereka membuat surat akuan keluar Islam.

“Sejak saya tinggal di perumahan PPRT itu, jiran seolah-olah tidak senang dengan kehadiran kami sekeluarga yang dianggap sebagai pendatang dan tidak layak untuk mendapatkan bantuan rumah tersebut.

“Selain berhadapan dengan cemuhan jiran, rumah kami tidak mempunyai bekalan air paip dan terpaksa menyalurkan bekalan dari sebuah surau yang terletak kira-kira 50 meter,” kata wanita itu ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, anak-anaknya menjadi takut setiap kali ke surau untuk membuka paip air kerana sering diganggu, malah mereka juga pernah dipukul, ditumbuk dan diludah setiap kali melintasi rumah jiran.

“Kami ada membuat beberapa laporan polis berhubung kejadian ini, bagaimanapun setakat ini belum ada sebarang tindakan diambil menyebabkan kami sekeluarga sentiasa berada dalam ketakutan,” katanya.

Paling menyedihkan katanya, paip air yang disambungkan ke rumah mereka dipotong individu yang tidak bertanggungjawab manakala kepala paip dimasukkan ke dalam kolam kumbahan najis.

“Ekoran saluran paip dimasuki air najis, anak-anaknya tidak dapat ke sekolah kerana tiada air untuk mandi dan memasak,” katanya.

Suaminya pula berkata, walaupun terpaksa kais pagi makan pagi sebagai pencari besi buruk, dia mampu menyekolahkan empat anaknya di sebuah sekolah di sini.

Dia yang berasal dari Sungai Tong, Terengganu mengakui menerima bantuan kerajaan, termasuk rumah PPRT sebagai tempat dia dan ahli keluarganya berteduh selepas beberapa :tahun tinggal di pondok usang berhampiran sebuah lombong dekat sini.

:“Kesusahan hidup kami sekeluarga pernah dipaparkan dalam beberapa akhbar sebelum ini dan ada beberapa pihak, termasuk kerajaan tampil memberikan bantuan. Bagaimanapun ada pihak mempertikaikan bantuan yang diterima.

“Saya bimbangkan keselamatan anak-anak yang sering terancam gara-gara sikap jiran yang tidak menerima kehadiran kami di sini,” katanya.

Berikutan ancaman demi ancaman, mereka sekeluarga nekad keluar rumah malam kelmarin dan mengambil keputusan menemui paderi menyatakan hasrat untuk keluar Islam kerana terkilan dengan sikap segelintir jirannya itu.

No comments: