Wednesday, March 25, 2009

Antara petualang dan jembalang ?

Di akhir sesi tempoh sebagai Ketua Pemuda UMNO, Hishamuddin Tun Hussin setiap tahun mahu meraih simpati perwakilan pemuda dan media bahawa beliau adalah sebenarnya anak jantan. Jaguhan kampung, ketua Pemuda yang berkarisma, tidak lembik. Justeru label-label negatif mahu disishkan. Maka kali ini dalam banyak-banyak isi ucapan yang berapa berisi, semasa beliau ucapkan itu, beliau tergamak melabelkan para demo itu sebagai petualang-petualang negara.

Nilai dan label petualang adalah cukup berat dan satu bentuk kenyataan yang sungguh tidak bertanggungjawab. Jika orang-orang yang membantah cara gaya UMNO BN merampas kerajaan sah Perak bawah Pakatan itu dilabelkan petualang. Jadi apalah pula kumpulan yang mengambil kuasa tersebut, tentulah jembalang-jembalang UMNO.

Oleh itu, manusia UMNO yang mahu menyusahkan rakyat, manusia UMNO yang merasuah sesama mereka itu sebagai lembu suci, manusia UMNO yang mengebom orang, manusia UMNO yang melenyapkan duit rakyat sebagai hero ..

Dia (Hisham) sanggup kata dan cerca orang yang dilabelkan petualang itu adalah kumpulan Tn Guru Hj hadi Awang, orang yang kuat sembahyang dan sentiasa mendekatkan diri dengan ALLah. Maka dia yang bukan tok guru tu..penyagak, pencacai, ????

No comments: