Ini adalah sudah kesekian kali, PDRM atau FRU menyembur gas pemedih mata kepada orang awam yang hadir menyertai atau mengikuti himpunan parti pembangkang, bagi mendengar ceramah agama dan politik di Kedah khasnya.
Ceramah sebenarnya adalah manifestasi, suara-suara mereka yang ingin menyalurkan maklumat kepada orang ramai mengikut info dan persepsi mereka. Pidato umum nabi sendiri buat, malah menjadi wajib dan rukun pula kita sebagai umat islam mendengar khutbah Jumaat pada setiap hari Jumaat.
Namun, bagi pemerintah yang hebat seperti UMNO dan BN, takutnya kepada ceramah iaitu penyampaian maklumat yang benar dan tepat sikit , kenapa mereka menjadi kelam kabut. Apakah dengan manusia atau orang mahukan kebenaran pemerintah menjadi takut. Ini kerana mereka sendiri (pemerintah) terancam dengan kuasa rakyat yang pada bila-bila masa akan menyingkirkan mereka. Pada hal pemerintah negara kita sendiri beramal dengan amalan Islam, kenapa takut. Sebenarnya merekalah penggalak keada rakyat menegakkan kebenaran, mencari kebenaran , tetapi hal sebalik berlaku, di mana keadilannya.
Malah satu ketika dulu, seingat penulis pernah ada pemimpin - pemimpin UMNO memperlekeh tentang ceramah. di labelkan ceramah ini ibarat anjing menyalak bukit sahaja, tidak langsung memberi bekas atau kudis. Bukit yang disalakkan oleh anjing tidak pun runtuhpun. Jadi apalah takutkan ceramah. jadi apalah ada pada ceramah.
Namun, kini usia ceramah PAS khasnya sudah mencecah 52 tahun lamanya. PAS khasnya tidak serik dan jemu, kerana inilah sahaja ruang yang tersedia melalui kaedah pilihanraya bagi PAS memperjelaskan kepada rakyat. Kini ceramah digeruni, bilamana semakin ramai tokoh-tokoh penceramah hebat berada di atas pentas pembangkang.
Majlis Anwar di Bukit Selambau 'disambut' gas pemedih mata FRU
PETALING JAYA:Tinggal kurang seminggu menjelang hari penamaan calon Bukit Selambau, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan himpunan hampir 5,000 orang di Sungai Petani, yang datang untuk mendengar ceramah Ketua Umum Pakatan Rakyat.
Lebih 18 penyokong Anwar dan orang awam dilaporkan telah ditahan dan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Muda.
Mereka termasuklah beberapa pembantu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan ketua staf Anwar, Ibrahim Yaacob.
Exco Kerajaan Selangor, Dr. Xavier Jeyakumar yang dipetik Malaysian Insider berkata, "saya sangat marah kerana FRU menggunakan air dan gas pemedih mata untuk menyuraikan 5,000 orang yang berhimpur untuk mendengar ucapan Anwar."
Ketua PKR Bahagian Merbok, Datuk Rashid Din ketika dihubungi mStar Online pula mengesahkan sejumlah penyokong dan orang ramai ditahan dalam tindakan FRU itu.
"Mereka yang ditahan telah dibawa ke IPD Kuala Muda," kata beliau kira-kira pukul 11.50 malam tadi.
Penamaan calon kerusi Bukit Selambau diadakan Ahad ini manakala pengundian dijadual 7 April.
Bagaimanapun calon Pakatan Rakyat kerusi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, S. Manikumar menafikan beliau turut ditahan.
Manikumar ketika dihubungi berkata: "Saya OK, saya OK... saya berada dalam keadaan baik."
Kata beliau, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat memang telah ditahan termasuk dari PKR dan DAP.
Jelas beliau, segala-galanya bermula apabila Anwar mula menyampaikan ucapan sempena majlis pelancaran bilik gerakan Pakatan Rakyat dan PKR di sini malam ini.
"Sebaik sahaja Anwar mula berucap, gas pemedih dilepaskan menyebabkan ramai yang melarikan diri ke bangunan dua tingkat.
"Mereka hanya meninggalkan apaila FRU beredar," kata beliau sambil menambah, majlis tersebut bermula pukul 9.30 malam.
No comments:
Post a Comment