Monday, March 23, 2009

Dr M kata...

Dr M kata...
buang pemimpin yang tidak layak, daripada UMNO ganti dengan pemimpin lain.

Dr M kata...
tidak perlu kerajaan campuran antara BN dan PR sehingga terbubar BN dan UMNO ganti pemimpin yang tidak tahu memimpin
Dr M kata...
Cadangan Presiden PAS adalah bukan jalan penyelesian kemelut kebobrokan UMNO, walaupun daripada kepala ikan (UMNO) dah mula buruk

Dr M kata...
Dia 50 tahun dalam UMNO BN dia seorang doktor perubatan, dia tahu punca penyakit , orang lain mana tahu !!

Dr M kata...
ada pemimpin dalam UMNo dia tak tahu dia tak tahu memimpin, jadi kita kena petolong buang dia, baru UMNO relevan bukan semula, dia tak mengaku UMNO dah nak mati tu..
......

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tidak perlu menubuhkan kerajaan campuran antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) sehingga membubarkan parti ada sekarang.

Sebaliknya, beliau berkata, apa yang perlu dilakukan segera sekarang ialah membuang mana-mana pemimpin BN yang terbukti tidak tahu memimpin.

:Menurutnya, kerajaan campuran seperti yang dicadangkan oleh Preside:n Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bukanlah satu penyelesaian kepada kemelut yang dihadapi oleh BN, khasnya UMNO.

“Saya sebagai seorang doktor mesti kena tahu apa penyakit yang menyerang pesakit terdahulu. Selama 50 tahun UMNO memerintah kita tiada masalah.

"Apa yang menjadi masalah sekarang adalah pemimpin yang tidak tahu memimpin, baik dalam BN mahu pun dalam UMNO. Masalah inilah yang perlu diatasi:.

:“Cara mengatasinya ialah kita buang pemimpin ini, bukan kita buang parti, sebab sistem pemerintahan masih berjalan dengan baik dan relevan,” katanya.

:Tun Mahathir bercakap pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama Perhimpunan dan Sidang Kemuncak Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) di Kompleks Sukan TNB di sini, semalam.

Baru-baru ini Hadi mencadangkan d:itubuhkan kerajaan campuran BN-PR sebagai jalan terbaik mengatasi kemelut politik yang dihadapi negara sekarang.

:Tetapi cadangan Hadi itu tidak disetujui oleh banyak pihak termasuk oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

:Mengulas mengenai masa depan UMNO, Tun menyifatkan parti itu masih lagi mempunyai peluang untuk mengembalikan kepercayaan rakyat sekiranya ia menolak sepenuhnya pemimpin yang terlibat dalam gejala politik wang.

:“UMNO masih ada peluang tetapi apa yang saya nampak dua peluang tersebut telah diketepikan.

:“Peluang pertama semasa pemilihan calon di peringkat bahagian. Kalau bahagian jujur, mereka akan calon orang yang tidak sogok wang tetapi kita tahu bahagian-bahagian UMNO telah pilih calon yang terlibat dalam sogokan wang. Peluang pertama untuk bersihkan UMNO ini telah hilang.

:“Peluang kedua diperhatikan semasa Tribunal Jawatankuasa Lembaga Disiplin UMNO yang seakan-akan membanteras gejala politik wang tetapi mereka masih merestui politik wang di kalangan ahlinya. Ini juga tidak berhasil,” katanya.

:Beliau berkata, peluang ketiga dari perwakilan, jika perwakilan memilih calon yang layak dan bersih dari gejala politik wang untuk menerajui jawatan dalam kepimpinan.

:“Peluang terakhir adalah dari bakal Perdana Menteri baru yang akan memilih Menteri Kabinet yang bersih dari gejala rasuah.

:“Saya menjangkakan UMNO tidak ada harapan lagi dan BN akan ditolak oleh rakyat dalam Pilihan Raya U:mum ke-13, jika masih memilih pemimpin yang terlibat dalam gejala politik wang," katanya.

:Mahathir berkata, jika hendak menjadi pemimpin parti bol:eh menggunakan pelbagai cara tetapi mereka tidak ada kuasa untuk mengambil undi rakyat.

:Beliau yang masih belum memutuskan untuk menghadiri jemputan ke Perhimpunan Agung UMNO minggu: hadapan turut berpendapat kredibiliti Lembaga Disiplin UMNO telah tercalar.

:“Kredibiliti Lembaga Disiplin UMNO habis. Bagaimana menghukum seseorang yang melakuka:n kesalahan yang sama namun hukuman yang diterima berbeza-beza.

“Ada yang salah tetapi boleh bertanding. Ada yang dunia tahu dia bersalah namun didapati tidak bersalah,” katanya.

No comments: