Monday, March 23, 2009

Pemimpin wajar berjiwa besar !!

Bukannya mudah menjadi pemimpin, lebih-lebih lagi sebagai pemimpin parti politik. Tambahan pula pimpinan parti politik pembangkang. Seseorang pemimpin itu, harus bersedia dengan mental dan fizikal serta material kerana menjadi pemimpin parti politik, kita adalah hak rakyat. rakyat adalah tuan dan majikan kita. Kita berkhidmat dan memberi khidmat kepada rakyat. Malah kepentingan rakyat itu adalah diutamakan daripada kepentingan diri serta keluarga.

Dalam politik Islam, nabi adalah suri teladan contoh tersohor. Maka kita wajar patut wajib berguru daripada sumber ini. janganlah kita berguru dengan 'kitab' Barat. Pimpinan politik ini bukanlah sumber bagi kita mengaut membina empayar kekayaan diri, bukanlah juga tempat untuk mengaut keuntungan kekayaan.

Bagi mereka yang lemah mental dan fizikal serta material akan kecundang, gugur ditengah jalan, seperti daun-daun tua yang jatuh berguguran. Jadi janganlah kita resah gelisah dan gusar. perjuangan mesti diteruskan. Jadi macam para sahabat, bilamana obor panji-panji Islam mahu jatuh, sahabat tersebut pertahankan tangan kanan putus dicantas musuh, panji-panji dipegang dengan tangan kiri, tangan kirinya putus , dikepit dengan kedua-dua tangan yang kudung, hinggalah beliau gugur syahid. Maka disambar pula oleh sahabat lain..perjuangan wajib diteruskan..sehingga Islam gemilang.





Fairus Akan Adakan Sidang Akhbar Dalam Waktu Terdekat

PULAU PINANG, 23 Mac (Bernama) -- Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin berkata beliau akan mengadakan sidang akhbar mengenai isu peletakan jawatannya pada masa terdekat.

Sidang akhbar itu akan diadakan bagi menjawab segala persoalan berhubung isu peletakan jawatannya dan beliau melahirkan rasa kecewa terhadap laporan media yang mendakwa kononnya beliau tidak menjalankan tugas sebagai timbalan ketua menteri dan anggota Exco kerajaan negeri dengan berkesan.

"Siapa cakap saya tidak menjalankan tugas dan tidak membela nasib hak orang Melayu di Pulau Pinang?. Saya berasa kecewa dengan dakwaan yang dilempar oleh pelbagai pihak yang telah merosakkan nama baik saya sekeluarga," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini Isnin.

Sabtu lepas, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan bahawa Mohammad Fairus akan meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 dan anggota Exco berkuat kuasa 8 April, tetapi kekal sebagai anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sehari selepas itu, akhbar melaporkan Mohammad Fairus, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Pembangunan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat mendakwa menjadi mangsa konspirasi dalaman parti.

Bagaimanapun, Mohammad Fairus enggan mengulas lanjut berhubung isu konspirasi dalaman yang dimaksudkannya itu.

Hari ini, Lim menolak khabar angin bahawa satu lagi pilihan raya kecil akan diadakan di negeri ini ekoran peletakan jawatan Mohammad Fairus.

-- BERNAMA

No comments: