Monday, March 23, 2009

ADUN Pahang: Malanglah rakyat memilihnya ?

Baru kini sahaja seorang ADUN UMNO berbunyi, berjuanglah tu membela rakyat agar JKM menambah wang bantuan saraan bulanan kepada golongan kurang upaya. Salurannya sebenarnya tidak tepat, saranan ini adalah sekadar mengamit orang ramai tentang tahap keperihatinan, ia adalah sebagai lakonan semata-mata.

Jeritan , suara hati ADUN berkenaan kita hargai, tetapi sebagai wakil daripada parti yang membentu kerajaan, beliau patut 'teriak' permasalahan ini terus mengusulkan usul terus ke DUN Pahang yang bersidang tidak berapa lama lagi.

Sebenarnya tambahan bantuan wang saraan itu, kerajaan negeri sememangnya ada budget, kerana ada sebahagian wang saraan ini disalurkan oleh kerajaan Pusat. Kerajaan Kelantan sudah lama membuat tambahan terhadap kadar bantuan.

Kita sebagai rakyat Pahang malu dengan saranan ADUN Sg lembing ini yang nyata dangkal, buta maklumat, dan gilakan imej. Niat atau nawaitu bukan kerana ALlah bagi membantu semangsa tadi tetapi sekadar mencari populariti murahan.



ADUN minta JKM kaji bantuan


KUANTAN – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diminta membuat kajian terhadap penyaluran bantuan kepada tiga anak orang kurang upaya pasangan Mohd Nawi, 50 dan Sabariah Taib, 48 di Kampung Batu Enam Kolek, Sungai Lembing, di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah berkata, bantuan sebanyak RM50 setiap daripada mereka tidak mencukupi dan perlu dikaji semula.

Menurutnya, bantuan sejumlah itu tidak mampu memenuhi tuntutan terhadap keperluan mereka selain pendapatan yang diperoleh Mohd Nawi juga kecil untuk memberi kehidupan lebih selesa kepada nak-anaknya.

“Saya amat berharap JKM dapat mengkaji semula perkara ini kerana dengan mengambil kira keadaan hari ini, bantuan sebanyak ini tidak lagi mencukupi kepada mereka.

“Saya amat berharap bantuan ini dapat ditingkatkan kerana saya difahamkan ketua keluarga hanya bekerja sebagai tukang kebun dengan pendapatan bersih RM450 sebulan,” katanya ketika diminta mengulas nasib yang menimpa keluarga itu.

Dalam masa sama, Md Sohaimi turut mengulas tindakan Biro Infrastruktur, Ekonomi dan Perniagaan UMNO Bahagian Paya Besar mengadakan lawatan keluarga itu tanpa memaklumkan kepada penghulu atau ketua kampung terbabit.

Menurutnya, maklumat kepada penghulu dan ketua kampung amat penting untuk mengelakkan percanggahan berlaku sehingga boleh menimbulkan salah faham pihak berkenaan.

“Sebelum membuat lawatan biro sepatutnya memaklumkan kepada mereka berkenaan. Kita tidak mahu wujud sebarang masalah atau percanggahan maklumat sehingga menimbulkan suasana kurang selesa.

:“Kita amat mengalu-alukan lawatan daripada biro ini tetapi biarlah mengikut prosedur biasa kerana ia akan mempengaruhi hubungan dua hala kedua pihak pada masa akan datang,” katanya.

No comments: