Namun, apalah nilai air mata guru kemas tersebut jika dibandingkan dengan tindakan kerajaan UMNO BN meruntuhkan rumah Allah contoh seperti di Kg Bujal, menyodok dan meruntuhkan surau di bandar Baru Bangi sekadar beberapa contoh. Bayangkan, rumah ALlah dirobohkan oleh pemerintah yang beragama Islam juga. Bagaimana nilai air mata guru kemas tadi dengan puluhan jemaah yang tidak dapat memakmur dan beribadat kepada ALlah kerana dah diruntuhkan.
ALOR SETAR - "Apalah dosa anak murid saya sehingga diperlakukan begini."
Demikian rintihan guru Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Taman Rakyat Mergong di sini, Che Gayah Wahab, 42, berikutan 32 muridnya terpaksa belajar di luar kelas.
Kelmarin, pelajar tabika di taman itu terpaksa belajar beralaskan tikar getah namun semalam keadaan mereka semakin baik apabila diletakkan di bawah khemah dan berada di atas platform kayu.
Sambil menitiskan air mata, Che Gayah berkata, dia begitu sedih dan kecewa apabila melihat muridnya terpaksa belajar seperti orang pelarian yang merempat.
"Kelmarin mereka belajar tanpa bumbung dan akibatnya seorang daripada murid terbabit tidak dapat hadir kerana demam," katanya ketika ditemui Kosmo!.
Kosmo! semalam melaporkan seramai 32 murid Tabika Kemas Taman Rakyat Mergong di sini terpaksa belajar beralaskan tikar getah apabila mereka diusir oleh Badan Amal Penduduk Islam Taman Rakyat Mergong yang menguruskan bangunan dua tingkat yang menempatkan sebuah surau di tingkat atas.
Sementara itu, pengerusi persatuan penduduk kawasan itu, Md. Suhaimi Abdul Aziz berkata, tindakan mengusir 32 murid terbabit tidak bermotifkan politik.
|
|
No comments:
Post a Comment