Agenda UMNo Kelantan berbeda dan beralih angin bilamana ketua Penerangan pula mula pertikai isu sukan tomoi. Oleh kerana penerimaan itu bersifat tidak bersifat dasar yang memerlukan hukum yang mutlak, maka ianya boleh diubah bersesuaian dengan apa keperluan dan kepentingan kerajaan masa itu.
Sebagai contoh, kita ambil atau makan air atau gula memang menjadi keperluan manusia. Maka keperluan ambil gula tidak jadi wajar bilamana orang itu ada penyakit. Begitu juga dalam isu ini oleh kerana masalah sosial yang melibatkan wanita kini semakin menajdi-jadi adalah menjadi keprluan agar semua waniota muda tahu dan ada pengetahuan cara-cara untuk mempertahankan diri. Adakah ini menjadi satu kesalahan.
Jika kita lihat kerajaan Malaysia dan pimpinan UMno pun tidak konsisten dalam banyak hal dan perkara. Paling janggal bilamana pemimpinnya sebelum dapat kuasa berjanji untuk perangi rasuah sehingga ke lubang cacing. Namun bila kuasa diperolehi lain jadinya, indeks rasuah negara yang dibuat oleh Badan berkecuali jatuh status rangking nya.
UMNO Kelantan mempersoalkan sikap kerajaan Pas yang tidak konsisten apabila membenarkan wanita bergiat dalam sukan tomoi sedangkan pada suatu ketika ia dianggap ganas dan bertentangan dengan fitrah wanita.
Ketua Penerangannya, Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad berkata, mengapa baru sekarang pimpinan negeri menyedari kebaikannya dengan memberi pelbagai alasan untuk mewajarkan keputusan yang dibuat itu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh turut mempersoalkan, jika tomoi dibenarkan untuk wanita, anehnya mereka masih diharamkan daripada menyertai tilawah al-Quran, sedangkan ia begitu banyak membawa kebaikan dan membaca kitab suci sudah sebati dengan kehidupan rakyat.
“Jika perempuan boleh sertai tomoi sedangkan ia juga melibatkan aurat dan dipertontonkan, kenapa pula suara wanita dikatakan aurat semasa memperdengarkan bacaan al-Quran.
“Bukankah ini semua mainan politik Pas yang terdesak untuk memastikan parti itu terus mendapat sokongan rakyat di negeri ini,” katanya.
Beliau diminta mengulas tindakan kerajaan Pas yang membenarkan penglibatan wanita dalam sukan tomoi yang kini ditukar namanya kepada boksing Kelantan.
No comments:
Post a Comment