Tuesday, June 19, 2007

Parlimen Pakistan bagaimana dengan Parlimen kita ?


Parlimen Pakistan lebih bermaruah daripada Parlimen Malaysia yang dipimpin oleh Pengerusi IOC. Reaksi Pengerusi OIC tiada apa-apa yang bercakap bagi mewakili oragnisasi Islam dunia. Ketidakpelikan terhadap apa-apa perkara melibat maruah dan agama, sindrom bisu, kepimpinan yang nampak lemah dan semeangnya lemah terus terusan menjadi mainan kuasa mukstabirin.
Adsuhi para insan yang sedar, sila buat seusatu, minta diubah dan segara lah berubah, agar kita tidak lagi lemas dengan pelbagai masalah. Kini agama kita dihina dan diinjak-injak oleh kuasa mukstabirin dan kufaar Barat

Parlimen Pakistan sebulat suara mengecam tindakan Britain menganugerahkan darjah kesatria yang membawa gelaran Sir kepada penulis kontroversi kelahiran India, Salman Rushdie dan meminta anugerah itu ditarik balik kerana mencemarkan maruah umat Islam.



Rushdie, 59, yang telah menulis novel kontroversi The Satanic Verses (Surah-Surah Syaitan) sehingga menyemarakkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia, dianugerahkan darjah itu oleh Ratu Elizabeth II sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-81 beliau kelmarin.



“Dewan ini mengutuk penganugerahan Sir kepada Rushdie dan kami meminta supaya Britain mengelak daripada memanipulasikan sentimen orang Islam,” kata Menteri Hal Ehwal Parlimen Pakistan, Sher Afgan Khan Niazi ketika membacakan usul yang diluluskan oleh Dewan Rendah Pakistan.



“Penganugerahan ini akan menggalakkan orang lain untuk memburukkan junjungan besar umat Islam, Nabi Muhammad. Jadi penarikan balik adalah sangat wajar,” ujar Sher Afgan.Rushdie yang sebelum ini terpaksa menyembunyikan diri lebih sedekad setelah pemimpin agung Iran Ayatulloh Khomeini mengarahkan pada 1989 agar dia dihukum bunuh kerana menulis buku berkenaan yang jelas menghina agama Islam.



Menurut Farhana Khalid Binori, seorang anggota Parlimen wanita dari parti berhaluan agama, penganugerahan itu merupakan satu penghinaan.“Ini merupakan satu tamparan kepada seluruh umat Islam dan tindakan ini tidak boleh diterima langsung,” tambah beliau.Lima orang terbunuh di ibu negara Pakistan pada tahun 1989 ketika rusuhan membantah penerbitan buku tersebut.



Semalam, Iran menentang sekeras-kerasnya tindakan Britain menganugerahkan gelaran itu kepada Rushdie dan menjelaskan, dengan penghormatan yang diberi kepada musuh Islam menjadi bukti nyata sikap Islamofobia para pegawai tinggi Britain.
Malah sehingga kini Rushdie masih lagi menerima kad ucapan Valentine dari Teheran setiap tahun sebagai peringatan yang kesalahannya masih belum dapat dimaafkan.

No comments: