Bila sudah senang, kita tidak ada apa lagi yang hendak diperjuangkan.”
-- Dr Shaharom Husain, tokoh guru, sejarawan dan budayawan
Teriakan, pandangan , kupasan, memorendum, perjumpaan semua telah dibuat bertemu dengan kerajaan agar mengkaji dengan semasa-masak Projek WPI(SJER) yang dikatakan meliputi kawasan seluas 2719 hektar dengan melibatkan 4 PBT di selatan Johor.
PAS Negeri Johor telah membawa usul ke Muktamar PAS Ke 53 di Putik Kelantan, daripada pendedahan mereka dan seperti dilaporkan dalam harakah print, walaupun tidak detail kajian mereka, setidak-tidak kita sudah merasai betapa kita akan tertipu lagi dalam mana-mana perjanjian yang ditandatangani dengan kerajaan Singapura. Banyak pemimpin negara kita yang ditolak dan diansurkan oleh mereka dengan pemimpin Singapura, banyak berlembut dan beralah yang dikendurkan melalui perjanjian yang ditandatangani akan kesannya terasa memakan bangsa dan negara 20 tahun akan datang.
Kerjaan nampak untung pelaburan dan angka peluang pekerjaan sejumlah 800 ribu menjelang 2057. Tambahan pula FDI yang diterima negara adalah yang terendah berbanding dengan negara-negara serantau, kalah di belakang India pun. Penulis yang mempunyai rakan yang pernah tinggal di JB selama 6 tahun, melihat penguasaan harta tanah oleh warga Singapura kini amat membimbangkan, berbanding dengan nasib katanya para setinggan Melayu di JB, yang masih berbangga dengan menaikkan 'bendera besar BN' setiap kali pilihanraya. Nasib dan masa depan mereka seperti kata tokoh guru dan budayawan di atas.
Perjuangan mereka yang 'kais pagi makan pagi' dan kais malam makan malam' masih terkial-kial. Negara kebajikan yang ditawarkan oleh BA tidak langsung lekat dijiwa dan hati nurani mereka, kepercayaan dan keyakinan rakyat cukup kuat dan menebal, sukar diganggu gugat dengan pujukan kuasa manusia, hatta walaupun sudah dilandai banjir besar tsunami, bala Allah ini.
No comments:
Post a Comment