Wednesday, June 20, 2007

Tahniah DPP - menjadi jurubicara ummah Malaysia


Syabas dan tahniah Pemuda PAS, yang bertindak setidak-tidak menjadi jurucakap ummah, bangkit membela Islam, lahirkan kebencian (selemah2 iman iaitu benci dalam hati terhadap kemungkaran).


Jangan kerana kita sedap, jangan kerana negara kita demokrasi, jangan kerana terlalu 'enak' degan kehidupan yang Allah kurniakan kita jadi 'gemuk', leka dan tidak cakna kepada perkembangan dunia luar. Penyakit ketidakpedulian negara sudah sebati, malahan rakyatnya telah dididik agar tidak perlu menjaga tepi kain orang. Hadis Melayu yang dicanai dan disemai selama puluhan tahun kini sudah menjadi sebati dalam jiwa dan minda masyarakat.


Bertindak dan berfikir dengan membiarkan apa-apa sahaja berlaku di dunia luar, kita jawab sepertimana dialog dalam filem P Ramle ini sebagai ' cubaan .....! Cubaaan...!


Hari ini, Laungan ‘hancur Salman, jahanam British’ bergema depan Suruhanjaya British.


“Hidup!hidup! Hidup Islam. Hancur!hancur!hancur Salman Rushdie. Jahanam!jahanam Britain,” demikian antara laungan yang kedengaran di hadapan Pejabat Suruhanjaya Tinggi British, di Jalan Ampang hari ini.

Laungan yang diketuai Exco Pemuda PAS, Ustaz Ridhuan Mohamad Nor yang diikuti oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk anggota NGO dan Barisan Alternatif itu sebagai tanda bantahan terhadap penganugerahan gelaran ‘Sir’ yang diberikan Kerajaan British kepada Salman Rushdie.Perhimpunan berlangsung dengan aman walaupun kira-kira 40 anggota Polis serta Polis Simpanan Persekutuan (FRU) sudah kelihatan lebih awal berkawal di hadapan Suruhanjaya tersebut.

Turut menyampaikan ucapan sebagai tanda bantahan ialah Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Norazli Musa; Setiausaha Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Ahirah Al Jundi; Wakil Gamis, Zulkhairi serta Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi.

Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi serta Ketua Penerangan Dewan Muslimat, Salbiah Wahab turut serta dalam perhimpunan tersebut

Kira-kira 12.30 tengahari tadi Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayob bersama Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli serta Setiausaha Pemuda, Ahmad Sabki Yusof menyerahkan memorandum bantahan tersebut kepada Ketua Bahagian politik, ekonomi dan diplomasi awam, Pesuruhjaya British di Malaysia, James Paver.

Sebelum itu, sebaik ketibaan Salahuddin di hadapan bangunan suruhanjaya tersebut, kelihatan seorang anggota polis cuba menyoal siasat beliau sebelum dibenarkan masuk.
Memorandum bagi pihak Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang antara lain menyatakan kekesalan di atas penganugerahan yang membawa gelaran ‘Sir’ kepada Salman Rushdie.
“Umat Islam telah melupakan Salman Rushdie dua dekad yang lalu. Kita sudah tidak kenal lagi siapa dia selepas beliau menulis buku bertajuk ‘The Satanic Versus’. Sejak itu kita tidak lagi mengenal Salman Rushdie.
“Tetapi tiba-tiba kita melihat satu tindakan yang tidak bertanggung jawab oleh Kerajaan British yang telah menganugerahkan gelaran ‘Sir’ ini kepada Salman Rushdie. Saya juga bertanya kepada pihak Pesuruhjaya British tadi apakah sebab utama Salman dianugerahkan gelaran tersebut, tetapi mereka tidak memberikan jawapannya,” jelas Salahudin sebaik sahaja memorandum diserahkan.

Jelas Salahudin lagi, tindakan tersebut juga merupakan satu provokasi yang sengaja dibuat untuk mengapi-apikan semangat permusuhan antara umat Islam dengan pihak lain.
PAS juga katanya akan menunggu perkembangan selanjutnya daripada pihak Pesuruhjaya Tinggi British bagi menyampaikan kepada umat Islam apakah sebab sebenar Salman Rushdie mendapat penganugerahan tersebut.

Sementara itu, Salahudin yang ditemui selepas perhimpunan bersurai mengharapkan Parlimen Malaysia dapat memberi ruang untuk umat Islam melahirkan pendirian sebagai sebuah negara yang mengakui sebagai negara Islam.
“Jika tidak ada maklum balas serta jawapan yang munasabah, kita akan memikirkan cara yang terbaik untuk menyatakan bantahan kita ini,” katanya.
Pada 16 Jun lalu, Salman Rushdie berada dalam senarai penerima anugerah tertinggi Britain yang membawa gelaran “Sir” sempena ulang tahun kelahiran Ratu Elizabeth II yang ke-81.
“Saya berasa begitu teruja dengan anugerah ini kerana ia menunjukkan hasil karya saya diiktiraf,’’ kata Rushdie dalam satu kenyataan.
Penulis yang dianggap menghina seluruh umat Islam menerusi novel itu terpaksa hidup dalam persembunyian sejak pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Khomeini mengeluarkan fatwa pada 1989 agar dia dibunuh.
Fatwa berkenaan masih sah sehingga kini dan Rushdie akan menerima “kad ucapan Valentine” dari Teheran pada setiap 14 Februari bagi mengingatkannya bahawa “kesalahannya masih lagi belum dimaafkan.”
Barat menganggap Rushdie sebagai antara penulis terhebat kurun ke-20 dan terkenal menerusi karya yang melangkaui realisme pemikiran dan sejarah.
Selain Rushdie, pengintip Rusia yang berkhidmat untuk England, Oleg Gordievsky turut tersenarai menerima anugerah berkenaan.
——-> SALINAN MEMORANDUM YANG DIHANTAR KEPADA PESURUHJAYA TINGGI BRITISH DIMALAYSIA
June 20, 2007

His Excellency,
The British High Commissioner to Malaysia,
Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Sir,

MEMORANDUM OF PROTEST AGAINST BRITISH RECOGNITION OF SALMAN RUSHDIE
On behalf of the Islamic Party of Malaysia (PAS) we register our utmost regret and disgust at the British Government decision to award Salman Rushdie the title ‘Sir’. At a time when a lot of effort has been put in to bridge the gap between Islam and the west, the decision of your government has sent the opposite message.

Salman Rushdie is not a literary genius. His work is very limited and confined to a narrow and twisted view of one of the great religion in the world namely Islam. He made a name not just within the literary circle but the whole world by penning a blasphemous novel, Satanic Verse, that angered Muslims worldwide. His only contribution to society is the creation of hatred among people of different religions. His other writings were flops. The last that we expect from civilized people of the world is recognition of his divisive work.

The honorary award by the British Government is indeed a confirmation that Rushdie’s work in insulting Islam is not just his personal contempt against Islam but an effort supported by certain government in the west. For a British Government to sponsor such a deliberate anti-Islam stance will only further deepen ill-feelings between Islam and the west. It is almost unthinkable that the British Government had failed to consider the sensitive nature of this issue.

We have only respect for the stature and public standing of previous recipients of the British ‘knighthood’. However, the inclusion of Rushdie will only taint the image of this exclusive hall of fame. In the name of peace and mutual respect, we demand that the award be withdrawn, and the British Government distant itself from provocateur like Salman Rushdie.
Thank you.

Yours sincerely,
DATO’ SERI HAJI ABDUL HADI AWANGPAS President.

No comments: