Wednesday, June 20, 2007

Alahai Menteri Pelajaran Ku !!!!!!!



Melihat 'ketewasan' melulu dan 'tiada motivasi diri' dan tiada alasan konkrit menolak usul ini daripada Menteri Pelajaran, nampak sudah sampai beliau terlalu 'letih' dan tidak terdaya untuk melayan 'tusukan cadangan' bertalu-talu daripada pelbagai pihak. Dengan cadangan demi cadangan bagi 'memperkasakan' institusi pendidikan atau pelajaran di negara kita. Terbaru adalah cadangan supaya Sastera Melayu dijadikan sebagai subjek wajib.


Menteri Pelajaran dilaporkan khasnya, Kementerian Pelajaran tidak bercadang menjadikan Sastera dalam bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib di sekolah. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, cadangan tersebut mustahil untuk dilaksanakan memandangkan sesi persekolahan sudah padat dengan pelbagai aktiviti.


Menurutnya, dan mengakui bahawa walaupun identiti budaya dan bangsa menjadi teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), ia tidak bermakna mata pelajaran tersebut perlu diserapkan ke dalam sukatan pelajaran sekolah.



‘‘Kita kena kaji dari segi masa, kalau nak masukkan semua mata pelajaran memang mustahil.
‘‘Kalau dilambakkan juga semuanya, tidak pasti para pelajar mampu memahami apa yang dipelajarinya,’’ katanya.



Beliau mengulas cadangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) baru-baru ini agar mata pelajaran Sastera dalam bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib di sekolah.Cadangan itu bagi pelajar dari tingkatan satu sehingga tingkatan enam.



Hishammuddin memberitahu, banyak cara boleh dilaksanakan sekiranya mahu generasi muda mempunyai rasa cinta yang mendalam terhadap budaya bangsa sekali gus membina negara bangsa.



‘‘Mungkin pendekatan lain secara proaktif boleh dilakukan di sekolah di mana ia dapat dilaksanakan dengan cepat dalam tempoh terdekat,’’ katanya.



Nah tidak keterlaluan, Dato Hishammuddin terfikir dan mula berfikir tidak mahu 'merobotkan' pelajar dan masa 'emas' diperlukan juga anak-anak (peljar) mendekati dan didekati oleh ibubapa. Kalau itu yang difikirkan beliau kan baik dan bagus, diharapkan itulah yang difikirkan.



Sebalik, penulis dimaklumkan oleh seorang sahabat yang bertindak menjadi pegawai pengiring ke satu Program Remaja Belia Asi di Singapura. Dimaklumkan dalam pasukan Belia Malaysia yang dianggotai oleh semua kaum iaitu pelajar Melayu, Cina dan India. Apa yang menarik melalui perhimpunan itu diadakan pertandingan pelbagai segi termasuklah Urusetia(panel) penilai iaitu wakil2 panel dari Singapura , antara yang dibangkitkan adalah berkaitan soal hak dan keistimewaan Orang Melayu. Lebih menarik kata rakan penulis soalan2 provokasi ini ditanya kemudian dijawap oleh seorang pelajar Cina, yang ternyata mempertahankan dasar2 itu dengan hujah-hujah yang menarik dan amat matang sekali.



Bagi beliau, pelajar Cina Malaysia ini ternyata seorang pelajar yang hebat pengetahuan sejarah. Jelas, beliau ternyata sudah diintegrasikan sebagai warganegara . Justeru menambah sesuatu yang memperkuatkan jati diri dengan memaksa subjek sastera Melayu bukannya rugi daripada disogok dengan pendidikan muzik, pendidikan seks.....

No comments: