Monday, June 18, 2007

‘Britain hina umat Islam’ -- Iran bantah gelaran ‘Sir’ kepada Rushdie


Hanya Iran sahaja nampak konsisiten, membantah kes Salman Rushdie yang menghina nabi. Bagaimana dengan Pengerusi OIC, dan negara-negara umat Islam yang lain, nampaknya kita (Malaysia) tidak layak untuk jadi pengerusi. Bagaimana hendak menggerakkan bantahan, betapa kita terlalu sayangkan hubungan ekonomi dan hal-hal ekonomi daripada maruah agama dan nabi. Lihatlah betapa umat Islam (ibarat buih) diakui betapa pengecut dan bacul. Demi kepentingan kuasa dan menjaga hati Barat terutama AS dan konco2, kita sanggup mebiarkan umat Islam diinjak-injak dan dihina.




Usahalah kita yamg memimpin tindakan jauh sekali, sekadar menyatakan sokongan terhadap apa yang dibuat oleh Iran pun kita tidak mampu.




Nah maka, Iran hari ini mengutuk keputusan Britain untuk menganugerahkan gelaran ‘Sir’ kepada penulis kontroversi, Salman Rushdie yang terpaksa hidup dalam persembunyian selama 10 tahun selepas Ayatollah Khomeini mengeluarkan fatwa mengarahkan dia dibunuh.





Jurucakap Kementerian Luar, Mohammad Ali Hosseini berkata, keputusan untuk memberikan penghormatan tertinggi Britain kepada Rushdie, penulis novel kontroversi Surah- Surah Syaitan itu, merupakan penghinaan kepada seluruh umat Islam.





“Memberi penghormatan kepada orang yang termasuk di kalangan mereka yang paling dibenci dalam masyarakat Islam menjadi bukti nyata sikap Islamofobia para pegawai tinggi Britain,” kata Mohammad pada satu sidang media.





Rushdie terpaksa bersembunyi selepas Khomeini mengeluarkan fatwa pada 1989 mengarahkan umat Islam membunuh penulis itu kerana novel tersebut menghina Islam.Kerajaan Teheran pada 1998 menyatakan ia tidak menyokong fatwa itu tetapi tidak dapat menariknya balik.





Rushdie berkata, dia menerima “kad ucapan Valentine” dari Iran pada 14 Februari setiap tahun untuk memberitahunya Teheran belum melupakan fatwa tersebut.“Anugerah itu menunjukkan gerakan untuk menghina umat Islam bukan wujud secara kebetulan tetapi merupakan gerakan terancang yang mendapat sokongan beberapa negara Barat,” kata Mohammad.





Britain mengumumkan keputusannya untuk menganugerahkan gelaran ‘Sir’ kepada Rushdie semalam dan beberapa tokoh lain termasuk wartawan CNN, Christiane Amanpour dan seorang ejen talam dua muka KGB.

No comments: