Kerajaan kutip cukai RM293 billion . Sebaliknya membelanjakan program subsidi cuma RM29.1 bilion
Kerajaan yang ada suka bermain-main dengan angka. Malah dengan angka juga mereka berbangga dan membanggakan sesuatu. Juga melalui angka-angka juga mereka mengugut-ugut serta menakut-nakutkan rakyat.
Kerajaan yang ada suka bermain-main dengan angka. Malah dengan angka juga mereka berbangga dan membanggakan sesuatu. Juga melalui angka-angka juga mereka mengugut-ugut serta menakut-nakutkan rakyat.
Lihat laporan ini, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan mengutip cukai langsung sebanyak RM293.28 bilion bagi tempoh 2001 hingga 2006.Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, daripada jumlah tersebut, hasil kutipan cukai pendapatan bagi syarikat adalah sebanyak RM146.65 bilion.
‘‘Jumlah kutipan mengikut kaum dan sektor ekonomi pula tidak dimaklumkan kerana kutipan cukai pendapatan tidak dikategorikan mengikut pecahan tersebut oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” katanya.Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Loh Kok Seng (BN-Kelana Jaya) di Dewan Rakyat hari ini.
Kok Seng meminta Abdullah menyatakan jumlah hasil kutipan termasuk cukai pendapatan mengikut kaum serta sektor ekonomi sejak tahun 2001 dan meminta senarai lima syarikat terbesar dalam pembayaran cukai pendapatan mengikut syarikat milik kerajaan (GLC) dan sektor swasta bersama nilainya.‘‘Cukai pendapatan yang dibayar oleh lima syarikat GLC terbesar bagi tahun 2006 adalah sebanyak RM2.02 bilion, manakala sebanyak RM3.64 bilion telah disumbangkan oleh lima syarikat swasta terbesar pada tahun yang sama,” kata Perdana Menteri.Abdullah bagaimanapun tidak menyatakan nama-nama syarikat terbabit.
Sebaliknya sebagai bandingan Kerajaan cuma mengeluarkan peruntukan hanya sebanyak RM29.1 bilion dalam tempoh tiga tahun sejak 2004 bagi membantu rakyat melalui pelbagai program subsidi. Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, peruntukan itu adalah untuk membiayai subsidi antaranya padi, buku teks, bahan bakar seperti petrol, diesel dan gas cecair asli (LPG), tol dan program bantuan makanan.
Bagi perbelanjaan Sambutan Bulan Kemerdekaaan genap 50 tahun, diuar-uarkan dan dianggarkan sejumlah RM270 juta mahu dihabiskan. Berbanding menarik peruntukan subsidi buku teks kepada rakyat sekitar RM20 juta. dan sanggup membeli jet mewah bagi kegunaan 16 individu bertaraf VVVIP yang berharga 200 juta.
Menurutnya, peruntukan terbesar itu dikeluarkan bagi membiayai subsidi petrol, diesel dan LPG iaitu sebanyak RM21.42 bilion.‘‘Kerajaan melalui subsidi harga bahan itu berjaya menyumbang kepada kestabilan dan pengawalan harga barangan serta membantu mengurangkan kos operasi sektor pengangkutan awam dan perikanan yang turut melibatkan kepentingan awam.
‘‘Melalui program subsidi padi, kerajaan juga membantu rakyat secara langsung dengan mengurangkan beban petani dan ia mendorong mereka (petani) terus kekal dalam aktiviti penanaman padi,” katanya.
Hilmi berkata demikian ketika menjawab soalan Razali Ibrahim (BN-Muar) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.Menurut beliau, program subsidi itu fokus terhadap bantuan kepada golongan berpendapatan rendah dan meningkatkan kuasa beli rakyat serta mengurangkan jurang ekonomi.Razali kemudian bertanya adakah kerajaan berani membuat perubahan supaya menarik sebahagian subsidi yang tidak memberi manfaat, Hilmi menjawab;‘‘Perkara ini perlu kita bincang. Saya yakin jika kerajaan mengurangkan susidi, akan timbul pula banyak soalan dalam Dewan Rakyat ini.‘‘Perkara seperti ini harus kita (kerajaan) timbangkan sewajarnya mengikut keadaan semasa,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment