Kisah yang dipaparkan dalam HM negara beberapa hari lalu, antara lain kaitanakn kes ..Lari kerana ada kaitan sihir...
Berikuta ini kata laporan pertama ...
“Saya keluar rumah atas kerelaan sendiri dan tiada kaitan dengan unsur sihir atau sebarang ajaran sesat,” kata Dr Al Jannah Mohd Mingan, 32, bekas doktor yang ‘ghaib’ bersama bayinya berusia lapan bulan dari rumah ibu bapanya di Kampung Pinang, Klang, 2 Mei lalu.
Wanita yang dikaitkan dengan Ustaz Zul dan pernah menghilangkan lebih dua tahun sebelum ditemui semula di Kuala Terengganu, kira-kira dua bulan lalu, menyatakan demikian menerusi sepucuk surat yang dialamatkan kepada Editor Harian Metro, semalam.Surat bertulisan tangan bertarikh 7 Mei diterima Harian Metro semalam, didakwa ditulis oleh Al Jannah.Ia turut melampirkan salinan fotostat MyKad wanita itu, tetapi tidak mempunyai alamat atau nombor telefon untuk dihubungi.Surat itu mempunyai cop Pejabat Pos Bukit Raja, Klang, bertarikh 9 Mei lalu.Menerusi surat itu, Al Jannah menerangkan sebab sebenar dia lari dari pangkuan keluarganya.Berikut adalah kandungan surat berkenaan:Assalamualaikum w.b.t.Tuan/Puan Editor“Tujuan saya menulis surat ini secara peribadi kepada pihak tuan adalah untuk menjelaskan perkara sebenar berkenaan kenyataan yang diberikan keluarga saya mengenai kehilangan saya yang beberapa kali tersiar di akhbar tuan.Untuk pengetahuan pihak tuan, saya keluar dari rumah atas kerelaan saya sendiri dan tiada kaitan dengan sebarang unsur-unsur sihir seperti pukau atau mana-mana ajaran yang kononnya sesat. Saya keluar dari rumah ibu bapa saya kira-kira jam 8 malam melalui pintu dapur bersama anak saya kerana tidak tahan ‘deraan emosi’ yang terpaksa saya hadapi di rumah ibu bapa saya.Tuan editor, semasa menjemput saya pulang dari Kuala Terengganu dua bulan lalu, ayah saya berjanji untuk menyelesaikan masalah keluarga secara baik. Beliau berjanji bahawa saya boleh balik kepada suami saya selepas tiga hari.Tetapi, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Apabila suami saya datang ke rumah ibu bapa saya, suami saya dihina dan dimaki hamun oleh mak saya.Bermacam-macam cara ibu bapa usahakan supaya saya dan anak berpisah dengan suami. Saya dilarang menghubungi suami. Telefon bimbit saya mereka rampas. Saya tidak diizinkan keluar rumah kecuali berteman dan ‘selamat’ pada pandangan mereka.Setiap hari saya dipaksa minum dua jenis air. Satu air penenang hati yang dibekalkan pak cik saya dan satu lagi air jampi bomoh di Tanjung Karang supaya saya dapat melupakan suami saya.Tuan editor, saban hari, saya dimarahi dengan kata-kata menyakitkan hati. Tidak cukup dengan itu, anak saya yang masih kecil pun mereka hina dan maki hamun.Tuan editor, ayah saya pernah memaksa dan beberapa kali mengugut saya supaya membuat pengakuan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bahawa saya dalam keadaan ‘tidak sedar’ seperti disihir oleh suami semasa majlis pernikahan kami... Saya terpaksa membuat pengakuan itu kepada seorang ustaz di pejabat Jais Klang kerana ketika itu ayah dan pak cik saya juga ada bersama-sama saya.Tuan editor, saya berhenti kerja bukan kerana saya bernikah dengan suami tetapi kerana tidak mahu ibu bapa menemui saya. Mereka pasti akan mengganggu saya sekiranya mereka tahu di mana saya bekerja.Tuan editor, saya amat berharap sekiranya pihak tuan sudi memperbetulkan salah faham yang berlaku. Semuanya adalah berpunca daripada masalah keluarga. Tiada kaitan dengan unsur-unsur luar. Segala jasa baik pihak tuan amat saya hargai. Saya dahulukan dengan jutaan terima kasih.Sekian, wassalam.Yang benar,(Al-Jannah Bt Mohd Mingan)750830-10-5884
1 comment:
nampak sangat kena sihir, kenapa kalau sebelum ni pakai tudung labuh segala( seorang yang taat), belajar medic( kan bijak menilai) boleh tiba2 hilang dan tinggalkan mak bapak sewenang2 nya. kalau sebelumni tak pernah kena dera ke membesar dengan baik, takkan mak ayah baru marah concern ( yelah ko lari kahwin duduk dengan lelaki , beberapa lelaki) ko dah tak tahan.
ni article tipu ni. ni mesti ustaz zul . group ajaran sesat tu yang tulis
Post a Comment