Thursday, December 14, 2006

Tahniah PBSNT dahului negeri lain

Syabas dan tahniah kepada Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBST) negeri Terengganu kerana mengambil langkah yang tepat. Dalam banyak cabang pendidikan dan didikan tidak mengira batas masa dan sempadan. Cara berfikir beginilah semoga kita dapat keberkatan hidup dengan kerja buat di dunia untuk menuju akhirat kelak. Dengan berita ini.......

Perlawanan bola dianjak 45 minit hormati waktu solat

KUALA TERENGGANU: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersetuju dengan permintaan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu untuk mengubah semula masa perlawanan Liga Malaysia di negeri itu dari 8 malam ke 8.45 malam bagi menghormati waktu solat Isyak.Setiausaha PBSNT Abdullah Salleh berkata bahawa sebelum ini FAM membuat ketetapan baru mengenai masa perlawanan Liga Malaysia, yang bermula 16 Sabtu ini, iaitu semua perlawanan bermula pada 8 malam berbanding 8.45 malam sebelumnya.

"Ekoran itu, beberapa negeri termasuk Terengganu membuat rayuan agar jadual perlawanan dikembalikan kepada 8.45 malam sebagai menghormati waktu Isyak," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Abdullah berkata bahawa secara tidak langsung, perubahan jadual perlawanan itu akan melegakan peminat Terengganu untuk datang ke stadium pada setiap kali perlawanan.Beliau juga berkata PBSNT tidak bercadang untuk menaikkan harga tiket perlawanan Liga Malaysia untuk musim baru ini.

Abdullah berkata persatuan mengambil keputusan mengekalkan harga lama RM20 bagi tempat berbumbung dan RM10 untuk tempat terbuka sebagai menghargai sokongan peminat."Ini bermakna sudah empat tahun berturut-turut PBSNT tidak menaikkan harga tiket Liga Malaysia," katanya.

Sebagai mematuhi arahan FAM, persatuan itu juga tidak akan mengeluarkan sebarang pas bermusim untuk Liga Malaysia musim depan.

Terengganu memulakan kempen Liga Malaysia dengan menentang Kedah dalam pertandingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 20 Dis ini.
Dalam soal kebenaran dan kebaikan, kita jangan tengok siapa juara, tolak soal politik dan pilihan tindakan yang betul. Begitulah juga baru2 ini isu pakaian seksi yang diuar2kan oleh MPKB-BI, maka kaedah yang sama hendaklah digunapakai kerana masalahah umum lebih besar daripada kepentingan dan keperluan individu.
Jika dia orang nak berpakaian seksi, pakailah di rumah pamerlah apa2 yang patut, kalu nak pamer kat tempat awam bukan sahaja rosakkan diri dia yang berpakaian begitu tapi merosakkan orang ramai, dosa orang melihat dan terliur tu banyak, takut tak selesai masa mati keeesokkannya.
Abah.... sokong jangan tak sokong

No comments: