Thursday, December 14, 2006

Antara Tol dan Yuran Akseori Sekolah ?

Buat perbandingan kepenggunaan kita terhadap dua perkara di atas. Marilah kita berfikir secara rasional dan timbangtarakan, antara kedua2 yang mana lebih lorat dan melarat kepada kehidupan rakyat teramai dan golongan marhein .

Tol naik hingga RM1
Kadar tol di lima lebuh raya sekitar Lembah Klang dinaikkan antara 20 dan 60% berkuatkuasa 1 Januari depan. Lebuhraya terbabit ialah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Shah Alam, Lebuhraya Cheras-Kajang, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Koridor Guthrie.

Kadar baru kenderaan Kelas 1 (kereta) bagi LDP ialah RM1.60 (naik 60 sen), Lebuhraya Shah Alam RM2.20 (naik 70 sen), Lebuhraya Cheras-Kajang (Batu 9) RM1 dan (Batu 11) 90 sen (kedua-duanya naik 30 sen), Lebuhraya KL-Karak (Gombak) RM5 (naik RM1) dan (Bentong) RM3 (naik 50 sen), dan Lebuhraya Koridor Guthrie RM1.40 (naik 40 sen).
Lebuhraya

Kadar lama(RM) Kadar baru (RM) % Kenaikan Lanjutan konsesi (tahun)
LDP 1 .00 1.60 60 1
Lebuhraya Shah Alam 1.50 2.20 47 2
Cheras-Kajang (Batu 9) 0.70 1.00 43 6
Cheras-Kajang (Batu 11) 0.60 0.90 50 6
KL-Karak (Gombak) 4.00 5.00 25 -
KL-Karak (Bentong) 2.50 3.00 20 -
Koridor Guthrie 1.00 1.40 40

-Di LDP, kenaikan sebanyak 60% yang diluluskan kerajaan menjadikan kadar baru tol ialah RM3.20 (Kelas 2), RM4.80 (Kelas 3), 80 sen (Kelas 4) dan RM1.60 bagi kelas 5. Konsesi bagi lebuhraya itu pula dilanjutkan selama setahun kepada 34 tahun.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu ketika mengumumkan kenaikan kadar tol itu berkata bagi Lebuhraya Shah Alam pula kadar dinaikkan sebanyak 47% sementara tempoh konsesi pula ditambah dua tahun lagi kepada 30 tahun.

Kadar baru tol di lebuhraya itu ialah RM3.30 (Kelas 2), RM4.40 (Kelas 3), RM1.10 (Kelas 4) dan RM1.70 (Kelas 5).
Bagi Lebuhraya Cheras Kajang , kata Samy, kadar tol dinaikkan antara 43 dan 50%, menjadikan kadar baru di tol Batu 9 RM2 (Kelas 2 dan 3), 50 sen (Kelas 4) dan RM1 (Kelas 5) dan di Batu 11, kadar baru ialah RM1.80 (Kelas 2 dan 3), 50 sen (Kelas 4) dan 90 sen bagi kenderaan kelas 5.
Tempoh konsesi bagi lebuhraya itu juga dilanjutkan enam tahun kepada 38 tahun.
Di Lebuhraya Koridor Guthrie, yang dibina pada harga RM862 juta, pengguna perlu membayar RM2.80 (Kelas 2), RM4.20 (Kelas 3), 70 sen (Kelas 4) dan RM1.40 (Kelas 5). Kenaikan tol bagi lebuhraya itu ialah 40%. Di Lebuhraya KL-Karak pula, pengguna di Gombak perlu membayar RM10 (Kelas 2), RM15 (Kelas 3), RM2.50 (Kelas 4) dan RM5 (Kelas 5) berikutan kenaikan kadar tol sebanyak 25%.

Sementara di Bentong kadarnya meningkat 20% menjadikannya RM6 (Kelas 2), RM9 (Kelas 3), RM1.50 (Kelas 4) dan RM3 (Kelas 5). Kelas 1 adalah untuk kereta, Kelas 2 bagi lori kurang daripada satu tan, Kelas 3 lori besar dan treler; Kelas 4 teksi dan Kelas 5 bas.

Samy menjelaskan kerajaan tidak dapat lagi mengelakkan daripada membenarkan kenaikan itu. Beliau juga berkata kenaikan kadar tol itu bukannya yang terakhir.

"Kenaikan kadar tol tidak akan berakhir. Ini fenomena yang tidak boleh dijawab bila ia akan selesai. Kita selesai satu jalan, kita bina jalan baru sebab kita mahu memberi pembangunan pesat kepada negara ini," jelas.

Beliau menjelaskan kenaikan itu timbul berikutan penstrukturan semula penjanjian konsesi kerajaan untuk mengurangkan jumlah kadar kenaikan. Tambahnya, kadar kenaikan pula dikira mengikut jumlah pengguna di setiap laluan berkenaan sepanjang tahun ini."Jika kita membenarkan kesemua pemegang konsesi menaikkan kadar tol mengikut perjanjian, beban kepada kerajaan adalah lebih berat, " katanya.
Dalam kita ramai orang bijak mengurus, kita semakin ditekankan. Kita ingat lebih baiklah kita serahkan pengrurusan negara kepada Idris Jala aje...

No comments: