Saturday, December 23, 2006

BM dan Pandangan Bekas Menteri Pelajaran

Bekas Menteri Pelajaran bimbang masa depan bahasa Melayu

KUCHING 22 Dis. – Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di negara ini akan terancam jika sistem pembelajaran masa kini terus membenarkan penggunaan bahasa lain untuk diajar dalam subjek tertentu di peringkat sekolah.

Bekas Menteri Pelajaran, Tun Abdul Rahman Yakub yang bertanggungjawab melaksanakan sistem pendidikan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada tahun 1970 berkata, jika diteruskan bahasa Melayu hanya digunakan sebagai subjek untuk lulus peperiksaan sahaja dan tidak dapat dipertingkatkan lagi peranan bahasa tersebut.

‘‘Saya tak setuju dan tetap berpegang bahawa bahasa pengantar utama tetap bahasa Melayu tetapi tak salah kita guna sedikit bahasa Inggeris kerana Inggeris pun ada pinjam bahasa lain, ada Greek dan Arab,’’ katanya kepada Bernama di sini.

Abdul Rahman, 78, yang menyandang jawatan Ketua Menteri Sarawak dari 1970 hingga 1981 dan Yang Dipertua Negeri Sarawak selama lima tahun bermula 1981, mengambil contoh negara di Asia seperti China, Jepun dan Korea yang telah mencapai kemajuan menggunakan bahasa ibunda sendiri.

‘‘Kita ambil contoh China dan Jepun, masing- masing maju dalam pelbagai bidang antaranya senjata dan teknologi malah lebih berjaya berbanding negara maju di Barat. Kenapa kita tidak melihat kejayaan tersebut?’’ katanya.

Abdul Rahman berkata, pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara dilakukan setelah kajian mendalam dilakukan berikutan perlunya mengangkat bahasa itu bukan hanya sebagai bahasa kebangsaan malah sebagai bahasa ilmu.

Beliau berkata, hasil kajian mendalam tersebut, Kabinet Persekutuan pada ketika itu bersetuju dengan pelaksanaannya.

Malaysia dah capai negara maju, nak kata macam mana sekadar bimbang boleh lah. Tapi apa pun adalah juga keluhan bekas2 menteri, namapak menteri2 diam aje, alahi nak jaga tembolok mana nak bersuara , biarlah telungkup negara aku peduli apa?

Alahai ... Malaysia Tanahair ku.....!!!!

No comments: