Masjid adalah salah sebuah institusi suci masyarakat Islam yang berperanan mencorakkan dan memasyarakat para penduduk setempat. Sebab itulah natijah hijrah Rasullah saw terus membina dan mendirikan masjid sebagai satu kerja yang uatama dan pertama. Kerana disitu ada kekauatan. Masjid berperanan bukan sahaja sebagai tempat ibadat semata-mata, tetapi boleh dipelbagaikan seperti pusat sosial setempat, tempat bermesyuarat, tempat aktiviti2 keilmuan dan pelbagai guna baik sebenarboleh dilakukan dalam kita mempertingkatkan syiar Islam.
Sebenarnya kekuatan masjid bergantung kepada penguasanya iaitu pihak pengurusannya. Justeru itu di negara kita masjid2 dan surau ditadbir urus oleh jawatankuasa setempat dengan mendapat restu jabatan2 agama ditiap2 negeri. Jawatankuasa pengurusan masjid2 akan dilantik atau terlebih dahulu mendapat restu pejabat agama daerah2 masing2 bagi suatu2 masa.
Maka dalam hal ini, pihak yang bertanggungjawab hendaklah berhati2 dan cermat dalam menentukan pihak yang direstui itu diberi restu bagi mengurus atau mentadbir masjid. Jika tersilap restu akan berlaku 'perpecahan' dalam kariah atau masyarakat setempat yang tidak kecil kesannya. Kesan perpecahan ini kekadang berpanjangan serta berlaruta-larutan dan ada sehingga terbawa2 sampailah ke peringkat 'mati'lah bagi individu2 tertentu yang terlibat dalam proses direstui ini.
Penulis bukannya apa, sekadar mahu paparkan baru2 ini tidak semena2 telah dilantik sebagai setiausaha salah sebuah masjid di sini. Cara dan kaedah lantikkan pun macam misteri sahaja, penulis dimaklumkan awak dah dilantik sebagai su, maka penulis ambil inisiatif membuat risikan, melalui risikan penulis maka dapatlah maklumat bahawa jawatankuasa dan imam tidak berpuashati dengan tugas dan tanggungjawab yang setiausaha lama sedia dan dah jalankan buat masa ini, jadi cara mudah mereka adalah dengan menyingkirkan su lama dan memilih penulis. Sebenarnya penulis bukan apa, penulis sendiri dengan su lama ada hubungan sebagai rakan yang saling kenal mengenali. Oleh itu cara penyingkiran misteri dengan pemecatan yang sedemikian rupa boleh mengundang padah dari segi hubungan penulis dengan rakan lama penulis ni.
Oleh itu adalah baik serta wajar pihak pejabat agama menamakan, buat perlantikan secara pakej , tersusun dan namakan jawatankuasa baru, tetapkan tempoh masa dan perbaharui tempoh masa berkhidmat secara hitam putih. Biarlah hal2 organisasi keagamaan ini ditadbir urus secara berkesan dan bersistematik, kita tak mahu bila urus agama buat lebih2 kurang aje.
Perhatian secara berhemah pejabat agama dengan cara turun padang atau panggil dan bersemuka terus antara mereka sebenarnya dapat menyelesaikan banyak masalah masyarakat setempat. Mungkinkah dengan sikap alpa seperti di atas menjadi salah satu sebab kenapa dang mengapakah masjid2 kita menjadikan sukar diimarahkan ? Cubalah kita fikir-fikirkan....
Abah .... balah mudah berbaik !!!
No comments:
Post a Comment