ANNAS menulis "Abu Abdullah bin Mandah Al-Hafizh di dalam 'Kitabul-Nafs War-Ruh' daripada bicara Muhammad bin Humaid,katanya : Telah berbicara kepadaku Abdul Rahman bin Mighraa' Ad-Dusi,berbicara kepadaku Al-Azhar bin Abdullah Al-Azdi,daripada Muhammad bin Ajlaan,daripada Salim bin Abdullah,daripada ayahnya,katanya : Umar bin Al-Khattab r.a. telah menemui Ali bin Abu Talib r.a. maka dia berkata kepada Ali
:"Wahai ayah Hasan ! Barangkali kau hadir dan kami tidak hadir,ataupun kami pula yang hadir dan kau tidak (yakni majlis Nabi s.a.w).Ada tiga perkara yang hendak kutanyakan kepadamu,barangkali kau ada maklumat mengenainya ? " Maka menjawab Ali bin Abu Talib r.a. :Apa dia,katakanlah ! Maka berkata Umar pula :"
Ada orang suka kepada seorang lain,padahal dia tidak pernah mendapat daripadanya sesuatu kebaikan pun.Demikian pula ada orang membenci seorang lain,padahal orang itu tidak membuat kejahatan pun kepadanya ? "
Berkata Ali : Benar itu ! Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. berkata :" Sesungguhnya roh-roh itu adalah laksana bala tentera yang banyak,mereka bertemu diudara sehingga mereka berasa bosan.Mana yang berkenalan di antara mereka itu berpadulah ia,dan mana di antaranya yang berselisih niscaya dia berpecah."
Maka ujar Umar :
" Ini satu perkara yang baru kutahu !" Kemudian Umar bertanya lagi :" Adakalanya seseorang itu sedang menyampaikan sesuatu perbicaraan,maka dengan tiba-tiba dia telah terlupa.Kemudian apabila ia sedang memikirkan tentang apa yang ia terlupa,tiba-tiba dia teringat pula apa yang dia terlupakan itu ?!" Berkata Ali : Ya,memang benar ! Dan aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. berkata :" Tiada banyak-banyak hati melainkan ada padanya semacam awan seperti awan yang menutup cahaya bulan.Sedang kita lagi melihat cahaya bulan yang terang-benderang itu,tiba-tiba datang sekawan awan lalu menutupnya,maka tergelaplah alam,kemudian apabila awan itu beredar,sekali lagi cahaya bulan itu menerangi alam tadi.Demikian pulalah dengan hati,sedang ia asyik berbicara,tiba-tiba datang semacam awan melindunginya,maka terlupalah orang yang punyai hati itu.Sesudah itu apabila awan itu terangkat,akan teringatlah dia semula." Maka Umar berkata : Ini yang kedua.Kemudian Umar seterusnya bertanya : " Adakalanya seseorang itu melihat sesuatu di dalam mimpinya,ada yang boleh dipercayai,dan ada yang mesti didustakan ?!
" Menjawab Ali lagi : Ya itu juga benar ! Aku mendengar Rasulullah s.a.w. berkata :" Tiada seorang hamba yang tidur nyenyak,melainkan ia meningkat dengan rohnya ke arah Arasy,mana yang terkejut di dekat Arasy itu,maka itulah yang dikatakan mimpi yang boleh dipercayai; dan mana pula yang terkejut jauh dari Arasy,maka itulah mimpi yang patut didustakan."
Maka berkata Umar lagi :" Sekarang sudah cukup tiga,sudah lama aku tanya orang tentangnya,barulah aku tahu.Syukurlah aku telah mengetahuinya sebelum aku mati."Berkata Bughyah bin Al-Walid : Telah berbicara kepadaku Safwan bin Amru,daripada Sulaim bin Amir Al-Hadhrami,katanya; telah berkata Umar bin Al-Khattab r.a. : " Aku hairan dengan mimpi manusia,adakalanya dia melihat sesuatu yang tidak pernah terlintas didalam hatinya,tetapi dia merasakan perkara itu seperti orang memegang sesuatu dengan tangannya.Adakalanya dia melihat sesuatu yang tidak pernah berlaku sama sekali."
Maka berkata Ali bin Abu Talib : Wahai Amirul Mu'minin ! Allah azzawajalla telah berfirman :"Allah yang mengambil jiwa (manusia) ketika wafatnya dan ketika tidurnya sebelum wafat,lalu ditahanNya jiwa yang telah wafat,serta dilepaskanNya jiwa yang lain sampai ke janji yang ditentukan." (Az-Zumar:42).Kata Ali seterusnya : " Roh-roh itu meningkat naik didalam tidurnya,maka apa yang dilihatnya ketika ia di langit maka mimpinya itu benar,dan apabila setelah dikembalikan ke jasadnya,ia telah ditahan oleh syaitan ketika ia berada di udara,maka dicampuradukkannya dengan dusta,maka apa yang dilihatnya itu semua batil."
Maka Umar pun merasa hairan sekali apabila mendengar huraian Ali itu.Berkata Ibnu Mandah : Ini adalah suatu berita yang masyhur,diriwayatkan daripada Safwan bin Amru dan lain-lain,yang diriwayatkan daripada Abu Darda'.Ath-Thabarani telah menyebut dari bicara Ali bin Abu Talhah,bahwasanya Abdullah bin Abbas r.a. telah berkata kepada Umar bin Al-Khattab r.a :
" Wahai Amirul Mu'minin ! Aku ada beberapa perkara yang hendak kutanyakanmu mengenainya ? " Kata Umar : Tanyalah apa yang kau hendak tanyakan ! Kata Ibnu Abbas lagi : Wahai Amirul Mu'minin ! Bagaimana seseorang itu boleh ingat,kemudian dia boleh lupa pula ? Begitu pula mimpi itu boleh dipercayai, atau didustakan ?
Maka menjawab Umar bin Al-Khattab :" Sesungguhnya di atas hati manusia itu ada kegelapan,seperti kegelapan awan yang menutup cahaya bulan.Apabila kegelapan itu menutup hatinya,maka akan terlupalah dia,kemudian apabila kegelapan itu terangkat,maka dia akan teringat semula apa yang dia lupakan itu.Adapun tentang mimpi,mana satu yang boleh dipegang,dan mana pula yang mesti ditolak,sebenarnya Allah Ta'ala telah berfirman di dalam Al-Quran : "Allah telah mengambil jiwa manusia ketika wafatnya dan ketika tidurnya sebelum wafat ! Maka siapa yang memasuki kerajaan langit,mimpi itulah yang boleh dipegang,dan mana yang diluar kerajaan langit,mimpi itu tiada boleh dipegang."
Bahan Rujukan dan Petikan Asal : Judul Asal Dalam Bahasa Arab (AR-RUH).Karya : IBNUL QAYYIM.Terjemahan : SYED AHMAD SEMAIT
abah ....cuba tazkirah diri sendiri
No comments:
Post a Comment