Membaca paparan Mastika bulan Oktober sebenarnya mencetuskan pelbagai persoalan yang berbaur-baur. Ada beberapa isu yang menarik serta boleh mencuit perasaan penulis apabila menelusuri laporan Mastika tersebut. Pertama gejala murtad semakin parah dan sudah menjadi perkara biasa tidak lagi luar biasa. Kedua isu pendakwahan Islam kepada bukan Islam dan pendekatan kepada orang islam sendiri.
Jika disoroti kembali isu murtad yang berlaku di Terengganu seperti yang dilaporkan. Individu yang terlibat adalah wanita2 yang teranaiya serta miskin, tersisih dan disisih dalam menjalani kehidupan normal sebagai manusia. Ujian maha besar yang tidak termampu diharungi ini melibatkan segolongan ibu-ibu tunggal yang ramai anak, wanita isteri kedua yang diabaikan suami, golongan wanita yang didera oleh kaum lelaki. Pendek kata seperti yang didakwa kita tidak dapat menyalahkan mereka kerana mereka telah berusaha mengadu dan meminta pertolongan pada saluran2 seperti ke Pejabat Agama, JKM, masjid dan wakil2 rakyat serta orang berada, namun mereka bukan sahaja tidak dibantu tetapi diherdik, dihina juga dinista dengan kata2 yang didakwa menyinggung perasaan mereka. Dalam situasi ini atau pada masa yang sama pertolongan itu datang dari rumah ibadat (gereja) membantu dari sudut kewangan, kaunseling dan lain2 yang amat2 diperlukan pada waktu itu. Mereka bagai orang mengantuk disorong bantal, tidak mampu lagi untuk menolak. Mereka terpaksa menerima kerana insan atau pihak berwajib yang seagama tidak membantu disaat2 mereka perlukan bantuan dan sokongan bagiu meneruskan sisa2 kehidupan.
Secara sedar atau bawah sedar , inilah rentetan sikap kita, termasuk penulis juga memandang mudah terhadap orang miskin dan susah. Kita yang berpendapatan tetap, hidup agak selesa dan tidak merempat mengambil sikap dingin dengan permasalahan jiran dan kejiranan kita. Kita sibuk dan disibukkan dengan pelbagai permasalahan peribadi untuk dikejar dan dipenuhi, sehinggakan kita abai dan mengabaikan hak dan tanggungjawab kita kepada masyarakat teramai. terutama soal kebajikan mereka. Islam memang baik menyuruh umatnya agar menjaga tepi kain orang.
Sebenarnya kita mampu menyara rakyat jika kita semua perihatin. Tidak secara indidvidu tetapi cara institusi atau berorganisasi. Kalau diperingkat kampung kita ada masjid2 , rumah ibadat kita yang banyak duit , ratus dan puluh ribu patut bantu masyarakat macam di atas tadi secara berkala. Selain itu kita juga ada yang boleh bantu terus melalui JKM dengan sekali maklum sahaja kepada pihak terbabit. begitu juga dengan Pusat2 Zakat kita, Baitul Mal negeri, orang2 kaya patut berzakat, kalau difikirkan tak ada orang yang susah sebenarnya , jika semua pihak mainkan peranan spt NGO2 islam yang bergerak atas dasar kebajikan dengan GLC dan macam2 lagi institusi dapat membantu terus kepada orang seperti yang teranayia di atas.
Begitu juga keluhan seorang mualaf yang baru dekati Islam. Sebenarnya kita orang Islam tidak ada bentuk bantuan yang mampu disalurkan, kita tidak berbangga langsung dengan orang bukan melayu memeluk agama islam. Sebaliknya kita mudah menuduh bahawa mereka ini mempunyai niat2 lain memeluk Islam. Tomahan2 yang tidak berasas sebenarnya menyinggung perasaan, menyakitkan hati saudara baru kita. Seolah2 kita menjadikan islam itu sebagai Hak Milik kekal kita. Sepatutnya kita perbetulkan persepsi dan minda kita. cara fikir kita langsung tidak membantu dalam memperkembangkan agama Islam di negara ini.
Selain itu, pendekatan dakwah kita juga kepada anak2 kita tidak jelas. Kita terlalu berlepas tangan dan akan terbentuk dengan pelajaran dan pembelajaran sedia ada. Kita lebih bangga dan selesa dengan kejayaan anak2 dibidang akademik, roh dan moralnya kosong kita tak hiraukan.
Abah.... sokmo buat silap,
No comments:
Post a Comment