Bila datang takdirNya, maka gugurlah tadbir manusia. Ditakdirkan negara kita adalah negara bermasyarakat majmuk, ditakdirkan juga masyarakatnya hidup aman damai. Kemerdekaan berserta kemakmuran yang berlimpah ruah sehingga sekarang. Sepatutnya kita wajar bersyukur dengan keadaan ini, semua kurniaan ALlah SWT kepada kita semua.
Minggu lepas UMNO sebuah parti Melayu kaum majoriti negara ini mengadakan perhimpunan. Perhimpunan atau persidangan ini antara lain kerja besarnya bagai yang dilapor adalah sebagai menjadi pelindung dan melindungi hak2 Melayu. sederet dengan itu juga maka berderet2 lah agenda Melayu yang mahu dilindungi merangkumi ekonomi, sosial, politik, pendidikan dan juga agama.
Kita sebagai rakyat dan UMNO sebagai sebuah parti Melayu berhak lindungi apa yang sepatutnya dilindungi. Itu adalah sebahagian tanggungjawab parti itu kepada ahli2nya. Maka inilah tujuan orang untuk masuk parti UMNO. Apa pun oleh kerana UMNO adalah tunjang kepada kuasa dan teras kepada pemerintahan BN. Maka sepatutnya lah kita harapkan UMNO/BN dapat meagendakan agenda 2 yang lebih besar untuk dicapai. Biarlah kita Melayu UMNO dilihat sebagai orang Melayu Islam yang besar jiwanya, kerana bersama2 dengannya ada Islam yang dibawa bersama2nya.
Melihat gegaran dan gempak yang dibawa , rata2 pimpinan UMNO utamakan perjuangan Melayunya. Ini tidak salah. Sewajarnya sebagai teras BN, UMNo perlu bercakap dengan membentuk integrasi nasional yang nampak remeh tetapi besar maknanya menjelang 50 tahun kita sudah merdeka.
Peristiwa perbalahan antara kaum, di negara2 luar seperti Sri Lanka, Timur Leste, dan lain2 tidak membawa sebarang makan lagi walaupun negara itu makmur dan kaya raya. Nilai perpaduan kaum tidak terbentuk dengan sendiri , ia perlu diusahakan dengan membina dan membentuk dasar2 yang konstruktif. tambahan pula keadaan kita semakin meruncing nilai2 keagamaan semakin lama semakin merosot. Jika hal ini tidak ditangani mulai sekarang dengan cermat tidak mustahil ia akan menjadi bom jangka.
Justeru itu, aduhai para pemimpin2 ku, mulai lah dari sekarang bina lah kekuatan dengan sendi2 ini, kerana kita mahu keharmonian ini tidak akan berkekalan tanpa kita berusaha untuk mendapatkkannya. jaminan keharmonian bukan boleh dibuat2, malahan dengan situasi masyarakat dan kaum 2 dinegara ini merasai mereka dipinggirkan atau terpinggir. Allah SWT amat kasih kepada umat yang mengasihiNya.
Abah .... sayang dengan apa yang ada
No comments:
Post a Comment