Marilah kita sama-sama hayati dan renungkan setiap persoalan ini untuk memastikan adakah kita ini menjalani kehidupan seharian kita sebagai seorang Muslim....
1. Adakah anda solat subuh berjemaah setiap hari?
2. Adakah anda memelihara setiap solat anda?
3. Adakah anda hari ini telah membaca AI-Quran?
4. Adakah menjadi rutin bagi anda membiasakan diri membaca wirid dan zikir selepas solat?
5. Adakah anda melaksanakan solat-solat sunat rawatib, ba'diyah dan qabliyah?
6. Adakah hari ini anda khusyuk dalam solat dengan merenungi dan memahami setiap bacaannya?
7. Adakah anda sentiasa ingat mat! dan alam kubur?
8. Adakah anda ingat akan hari kiamat dan hari akhirat dan segala peristiwa dan kedahsyatannya?
9. Adakah anda sentiasa berdoa kepada Allah memohon dimasukkan ke dalam syurga? Kerana barang siapa yang memohon akan syurga Allah, maka syurga itu akan berdoa"Ya Allah, masukkan lah ia ke dalam syurga''
10. Adakah anda sentiasa berdoa kepada Allah memohon supaya diselamatkan dari neraka? Kerana barang siapa yang memanjatkan doa tersebut,maka neraka itu akan berdoa "Ya Allah, selamatkanlah dia dari api neraka"
11. Adakah hari ini anda berdoa kepada Allah supaya Allah menetapkan hati mu dalam agama-Nya?
12. Adakah hari ini anda beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya di atas segala dosa anda?
13. Adakah hari ini anda menangis lantaran takut kepada Allah S.W.T.?
14. Adakah anda memanfaatkan waktu-waktu terkabulnya doa dan pada saat itu anda memohon kepadaNya?
15. Adakah anda sentiasa menambahpengetahuan anda tentang agama? ,
16. Adakah anda berdoa memohon keampunan untuk setiap Muslimin dan Muslimat kerana sesungguhnya memohon keampunan saudara mu yang beriman merupakan satu hasanah?
17. Adakah anda sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan?
18. Sudahkah anda meninggalkan rasa benci kerana diri anda dan berusaha membenci sesuatu kerana Allah?
19. Sudahkah anda menjauhkan sifat takabbur,sombong dan riyak'?
20. Adakah anda berbuat baik dan berbakti kepada kedua orang tuamu?
21. Sudahkah anda bertaubat kepada Allah dengan taubat yang seikhlasnya pada setiap waktu di atas dosa-dosa dan kesalahan yang telah anda lakukan?
Abah....Marilah kita renungkan bersama-sama.
No comments:
Post a Comment