Hari ini isteri penulis mengomel ngomel rasa tidak puashati. Penulis bersama2 anak2 yang sedang dalam kereta terpinga2. kami tidak tahu apakah punca kenapa ibunya mengomel begitu.. hai mahal...hal mahal itulah yang terbit daripada mulut.
Sebenarnya isteri penulis adalah seorang kakitangan kerajaan. Hari ini dan hari2 yang lain adalah menjadi rutin menyediakan makanan tengahari dengan membeli sahaja lauk pauk di kedai. Bukannya apa tidak ada kesempatan dan masa, pertama kalau beli bahan mentah dan masak masakan hidangan tenaga hari alamat tak ke pejabat lah dia. Kedua adalah jimat kos dan masa jika membeli sahaja, ketiga menu masakan boleh diubah2 dari satu kedai ke kedai yang lain.
Maka perkara yang ketiga itulah yang terjadi, iaitu hari ini mengalih kedai kebetulan kerana nak menjemput anak daripada kelas tuisyen. Penulislah yang sebenarnya menyuruh isteri pergi ke kedai tersebut kerana faktor memegang hadis macam orang yahudi jauh setara mana tetap menyokong hak ahli dan hak jemaah.
Sebenarnya di bandar ini sudah menjadi kelaziman, jualan masakan nya mahal kekadang lebih mahal daripada KL sendiri. Penulis pun terfikir , inilkan penulis yang menetap lama di bandar ini boleh lah tersalah pilih dan memilih kedai, apa yang terjadi sekiranya hal ini 'terkena' kepada orang luar, tentulah mereka serik dan tidak lagi mahu singgah di bandar ini.
Justeru itu, kita2 khususnya pihak berkuasa hendaklah membuat pemantuan, ini adalah bidang kuasa mereka .sila pantau beri nasihat kepada para peniaga. pengalaman penulis semasa menuntut dulu kekadang kita pelajar2 Melayu tak cukup duit nak makan sedap dan 2 kali sehari, tetapi bila tanya pelajar Cina dia orang tak da masalah. kalau diBangi tu kedai Cina nasi putih (banyak), ayam goreng dan sayur harganya RM2.50 sahaja di kedai Cina. maknanya di sini ada konsep tolong bangsa secara tak langsung, kesian kepada budak disebut pelajar. Kenapakah keadaan ini boleh wujud di kalangan bangsa lain, tidak kita Melayu Islam.
Itulah sebabnya kebanyakan pelangan kita lebih senang dengan kedai mamak, kalau kat KL buka 24 jam, pelanggan tetap mereka tak berkira, mesra pelanggan dan harga boleh berkira. Jadi kalau kita nak bagi alasan minyak, barang datang mahal, harga2 barang ini tetap sama tapi kenapakah peniaga Cina dan mamak lebih maju.
Dato Menteri Besar, kalau nak jadikan negeri kita untuk tarik pelancong benda2 macam ni hendaklah 'dimodal insankan' para peniaga. Sama2 bantu di samping dapat keberkatan jangan bernioaga nak untung cepat dan besar tapi perniagaan tak kekal lama.
Penulis bukan apa dasar 2 negara membina rakyat kelas pertama amat bagus, tetapi kalaulah benda2 yang sekecil ini kita tak dapat didik para peniaga makanan. Begitu juga belum dilihat dalam sektor2 peniagaan yang lain perabot ke, runcit ke, dan sebagainya. Nampak para peniaga sewenang2 meletakkan harga sesuka hati tanpa kawalan dan pemantauan pihak berwajib. Dalam masa yang sama kita mahu majukan sektor pelancongan, mahu hidupkan kawasan timur sebagai koridor pelancongan rantau sebelah sini.
Sebenarnya apa yang berlaku di atas, bukanlah hendak disalahkan para peniaga 100%. Ini adalah kerana hasil didikan pimpinan mereka, para peniaga pun teringin juga nak pakai kereta mercedez benz, nak bina juga rumah atau istana hinggap paling kurang sikit kurang daripada Dato Z, kita tak boleh kata apa sebab itu... Dunia Kita Kata Kita
Abah... kesian kat ibu kat kampung
No comments:
Post a Comment