Sunday, May 19, 2013

Adam Anda Kebanggan Kami - Teruskan Perjuangan Rakyat

Adam cekal dan kuatkan semangat anda, kami rakyat yang perihatin bersama-sama dengan anda iringi doa, supaya ALlah campakkan kekuatan untuk anda terus bertahan.

Bagi kami anda adalah 'lambang' pemuda yang telah dan sedang diuji dengan apa yang anda perjuangkan. Perjuangan dan jalan yang anda pilih adalah tidak sia-sia. Walaupundi mata ramai seolah-olah merasakan perjuangan anda sia-sia kerana melawan gajah anda ibarat kancil yang kerdil sahaja.

  • Polis cari bukti kes Adam Adli
  • dikemaskini Sepasukan polis membawa Adam Adli ke satu pejabat yang sering dikunjungi aktivis pelajar tersebut di Bangsar Utama, Kuala Lumpur untuk mengesan bahan bukti berhubung siasatan yang dijalankan ke atas anak muda itu. 

Bertindak Betul - Rakyat

Harap PDRM dapat bertindak betul, dan jangan hanya boleh pakai dengan satu lontaran 'cakap' oleh Tuanki Abdul Aziz. PDRM sudah membuat dan terus menghukum. Siapa yang mahu melancarkan Malayia Spring

Biarlah pihak polis dapat bertndak betul, jangan mempanik keadaan antara Himpunan Menyatakan Sikap secara aman dan terkawal dan kini penaja Malaysia Spring adalah Tuanku Aziz sendiri.

Kenapa masih lagi menunding ke sana sini. Semua pihak terbuka. Dan masing-masing dengan kerja masing-masing. Malah adalah kerja pembangkang lah akan membangkang mana-mana yang mereka rasakan tidak adil, telus dan ketidakadilan itu pula dapat dibuktikan.

Oleh itu jangan bakul sampahkan soal keadilan, ketelusan, 

Polis siasat Malaysia Spring

Khalid Abu Bakar
KUALA LUMPUR 18 Mei - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan dengan nama Malaysia Spring seperti yang didakwa bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim semalam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, PDRM telah menilai dan memandang serius dakwaan itu kerana perkara tersebut boleh menggugat keharmonian serta kesejahteraan awam.
Katanya, beliau sendiri telah mengarahkan pegawai-pegawainya untuk membuat laporan polis berhubung rancangan mengadakan Malaysia Spring supaya satu kertas siasatan dibuka bagi mengkaji kebenaran di sebalik dakwaan Tunku Abdul Aziz.
"Pendedahan yang dikatakan Tunku Abdul Aziz dianggap sesuatu yang amat serius kerana melibatkan ancaman terhadap keharmonian rakyat negara ini.
"Polis tidak boleh bertoleransi dengan mana-mana pihak yang cuba merancang sesuatu yang berkaitan rusuhan dan keganasan.
"Oleh demikian saya sendiri meminta pegawai saya untuk membuat laporan polis supaya siasatan sepenuhnya tentang konspirasi Malaysia Spring dijalankan, seterusnya tindakan tegas diambil terhadap pihak-pihak yang didakwa mahu menjayakan perkara seumpama itu," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan Tunku Abdul Aziz mendakwa pembangkang sudah lama merancang konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan sekiranya mereka kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Dakwa beliau, seorang pemimpin tertinggi DAP pernah membayangkan demonstrasi terlampau seperti Arab Spring bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada.
Tunku Abdul Aziz mendakwa, Penasihat Seumur Hidup DAP, Dr. Chen Man Hin pernah menyatakan sokongan kepada Bersih 3.0 selain membayangkan demonstrasi itu sebagai permulaan kepada Malaysia Spring pada 26 April tahun lalu.
Mengulas lanjut, Khalid memberitahu, beliau juga akan mengarahkan pegawainya bertemu dengan Tunku Abdul Aziz untuk mengumpul maklumat tentang konspirasi menggulingkan kerajaan.
"Kita akan berjumpa terus dengan beliau untuk mengambil setiap informasi yang beliau ada tentang konspirasi ini. Jika benar apa yang didedahkan Tunku Abdul Aziz semalam, tentu sekali maklumat itu akan membantu polis menjalankan siasatan berhubung perkara itu nanti," katanya.
Dalam pada masa sama, Khalid turut meminta pihak-pihak lain yang mempunyai maklumat tentang perkara itu ke depan dan berhubung dengan pihak polis dalam membantu siasatan.
"Kita menyeru mana-mana individu yang mengetahui tentang konspirasi menggulingkan kerajaan supaya datang menyalurkan maklumat kepada polis.
"Bongkar perkara sedemikian kerana itu mampu menyelamatkan negara daripada sebarang anasir yang mahu menjejaskan keharmonian serta kesejahteraan yang telah lama wujud di Malaysia.
"Polis juga tidak akan bertoleransi dengan perkara sebegitu, kita akan siasat sedalam-dalamnya dan mengambil tindakan terhadap mereka yang mahu menghuru-harakan negara," katanya.


ArtikUtusan Melayu (M) Bhd 




Saturday, May 18, 2013

Apa yang saya dapat banggakan dengan ayah saya seorang ahli Umno tegar ?

Selepas PRU13 parti yang menang mulai membalas, mencantas dan mengugut rakyat. Reaksi ugutan dan ancaman awal adalah melalui lontaran ucapan Menteri Dalam Negeri yang baru. Beliau nampak nya mahu mempamerkan ketegasan dalam tindakan nya dan kini menegaskan hukuman bakal diterima kepada mereka yang enggan akur atau menerima keputusan rakyat pada PRU13 yang lepas. Jika masih lagi enggan menerima keputusan yang sudah rakyat buat tempoh hari.

Bermula dengan meminta mana-mana pihak tau individu yang tidak berpuashati supaya  nyahkan diri mereka yang tidak bersetuju dengan apa yang ada dalam negara ini, dengan meminta supaya rakyat seramai 56 % itu supaya berpindah ke luar negara. Kerana negara ini adalah milik 44.4 % yang mengundi UMnoBn tempoh hari. Jika begitulah maksudnya seperti apa yang beliau ungkapkan.

Walhal, kemerdekaan negara ini dan nikmati yang dikecapi oleh Umno selama hampir 60 tahun adalah sumbangan sama daripada para pejuang datuk nenek dan ibubapa kami yang setia dari dulu kini dan selamanya. 

Apakah kami anak-anak cucu pasca merdeka selepas penjajahan dan era UmnoBn tiada hak dalam negara ini. Adakah hak kekal kami adalah akur dan setia untuk selama-lamanya dengan Umno Bn. Walaupun tatakelola negara bawah UmnoBn yang lama itu negara menghampiri kemuflisan, mahu terus dipertahankankan ? 

Sebenarnya , mereka yang mengundi 56 % kepada pembangkang itu adalah antaranya adalah anak-anak ibubapanya Umno tegar. Penulis sendiri arwah ayah adalah seorang ahli Umno tegar sampai akhir hayat nya masih kekal bersama Umno. Apa sumbangan Umno kepadanya ? Pingat jauh sekali , tanah , haram tiada sekangkang kera pun ? Apa yang anak-anak ayah saya dapat banggakan dengan ayah saya yang kuat menyokong Umno ?



Thursday, May 16, 2013

Jangan Marah Rakyat Benci Kamu ? -

Bagaimana pemikiran seorang menteri kabinet MInda Kelas Pertama, boleh bercakap semacam itu dan nampak macam orang yg bebal dan putus asa.

Menyuruh rakyat yg tidak bersetuju dengannya dan kerajaan dokonganya 'nyah' atau berpindah ke negara lain, adalah lebih rasis daripada rasis sendiri.

Kenapa menteri ini bengap dan singkat pemikirannya. Ini lah menteri kabinet yang menambahkan masalah. 

Dalam semua rakyat berdukacita dengan keputusan PRU13 yang tidak memihak kepada pilihan mereka. Dan mereka merasakan kemenangan UmnoBn adalah kemenangan 'jalan yang menipu' . Timbul kesedaran rakyat yang bangkit dan zahirkan sokongan kepada kumpulan yang rasa mereka ditipu dan tertipu pada PRU13 yg lepas.

Adakah dengan hanya rakyat berkenaan berhimpun semacam itu, menteri 1hari dilantik itu sudah panik dan rasa tercabar kementeriannya. Beliau terasa kredibilitinya sebagai seorang menteri baru dilantik telah dicabar dan tercabar.

Malah dengan 'gertakan' , ugutan sedemikian menyebabkan rakyat jadi semakin marah. Api kemarahan dan kebencian rakyat, bukannya dibuat oleh pembangkang tetapi oleh puak menteri yg berkenaan.

Jadi, jangan marah jika rakyat membenci kamu ?




Zahid: Berhijrah jika tidak mahu terima sistem p'raya
6:05PM Mei 16 2013
Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari.

Beliau yang baru dilantik mengetuai kementerian dalam negeri mensasarkan perkara itu kepada golongan pengikut parti politik yang berpakaian serba hitam dalam kempen bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13.

“Pemimpin-pemimpin parti pembangkang khususnya PKR dan DAP telah mengelirukan anak-anak muda Cina dan para pengikut yang buta politik untuk berpakaian serba hitam sebagai tanda protes terhadap keputusan PRU-13 yang dianggap memihak kepada mereka mengikut undi popular,” katanya.


NONE
Jika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka,” katanya dalam tulisan di akhbar Utusan Malaysia.


Tambahnya, Malaysia tidak mengiktiraf undi popular tetapi majoriti mudah seperti yang diamalkan dalam sistem Westminster.

Pakatan Rakyat berjaya meraih undi popular sebanyak 51.78 peratus berbanding dengan pencapaian BN sebanyak 48.22 peratus.

Ahmad Zahid berkata golongan penyokong tersebut sepatutnya menerima sistem  politik dan pembentukan kerajaan seperti diperuntukkan dalam perlembagaan, sekiranya mereka benar-benar setia kepada negara ini.

“Mereka juga hendaklah mengakui hakikat kekalahan dan penolakan rakyat se bagaimana yang terdapat dalam sistem first past the post yang terpakai buat sekian lama di negara ini.

“Perhimpunan haram yang dianjurkan secara road show hanya merupakan escapism untuk lari daripada menerima hakikat kegagalan pembangkang untuk menguasai Putrajaya,” katanya.




Monday, May 13, 2013

Tak Cukup Lagikah Mau Pegang Kuasa - Jawaban Pengundi Cina

Fokus rakyat kini diheret bersama secara terarah selepas PRU13, dengan mempolimekkan tsunami undi Cina dalam pilihan tetap mereka daripada  berterusan selama ini kepada Bn kini beralih kepada PR pula. Kedua, adalah peranan SPR yang didakwa mencuri kemenangan daripada tangan PR. Yang mengundang protes spontan ketua Pembangkang DSAI dengan adakah Himpunan Black 505 baru-baru ini. Tujuannya adalah bagi menyatakan  bantahan umum terhadap 'sikap' SPR dalam memainkan peranan sebagai institusi pelaksana proses pilihanraya di negara ini.

Kejutan undi Cina yang lakukan lonjakan saujana secara mendadak menghadiahkan banyak kerusi kepada PR mengundang masalah besar kepada kerajaan yang sedia ada yang mana dilabelkan sebagai kerajaan yang mencuri kemenangan rakyat . Kekurangan kerusi Bn secara ketara kepada 133 daripada 222 telah meruntun jiwa pemimpin mereka. Rata-rata kawasan yg diwakili oleh calon Cina- samaada MCA dan Gerakan kalah teruk dan jatuh merudum prestasi daripada sebelumnya.

Cerminan kekalahan ini jelas kerana kawasan campuran pengundi Melayu Cina India sejak 1959 tidak lagi dapat menjamin atau memihak lagi kepada kerajaan yg memerintah. Kaum Cina dipersalahkan secara membabi buta. Walhal secara sedar atau tidak UmnoBN sudah makan atau telah menuai hasil 'sokongan' masyarakat Cina sampai ke PRU11. Dari segi pengiraannya adalah selama 55 tahun Cina undi dan beri UmnoBn perintah.

Persoalannya Tak Cukup Lagikah UmnoBn mahu pegang kuasa. Jangan persalahkan masyarakat Cina, Umno kena salahkan diri mereka sendiri ? Pembaca sendiri ada banyak pilihan jawapan yang mana penulis tidak perlu perturunkan.

Kini, pengundi Cina 'cepat sedar' dan 'celik' maklumat, Masyarakat Cina adalah masyarakat yang terbuka, sejarah China sendiri membuktikan sedemikian rupa.

Jika diukur pencapaian, sejak merdeka sehingga kini hampir 60 tahun. KPI kerajaan Malaysia capai atau tidak apa yang disasarkan. Dalam menyaingi negara-negara jiran dari segi ekonomipun kita alah.

Jika kakitangan kerajaan dan macam-macam kerajaan 'kerah dan perah' tenaga mereka. Masing-masing siap dengan "Kad Laporan' yang perlu dicapai, diawasi dengan ketat oleh ketua jabatan.

Maka siapa yang pegang Kad Laporan Kerajaan Malaysia. Jawapannya adalah rakyat. Adakah kerajaan marah rakyatnya lebih cerdik daripada diri dia sendiri ?




Saturday, May 11, 2013

Kemenangan Yang Dirompak -DSAI

aaa\

Anwar: 'Adakah saya gagal dalam PRU?'
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN, NOOR SHAZURA ZUKI.
11 Mei 2013
Anwar
Anwar yang mengenakan kot berwarna hitam menjelaskan pendirian susulan keputusan PRU13 Ahad lalu. PASCAPILIHAN Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menyaksikan pelbagai perkara termasuk insiden pengundi hantu menarik perhatian media. Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian tidak berpuas hati dan menganggap perikatan itu sepatutnya sudah menang. Ikuti temu bual Anwar bersama wartawan Sinar Harian dan Sinar Harian Online SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN dan NOOR SHAZURA ZUKI.

SINAR HARIAN ONLINE: Datuk Seri, nampaknya berbanding 2008, Datuk Seri terima keputusan pilihan raya. Semalam (Ahad lalu), Datuk Seri memberikan pandangan yang sebaliknya walaupun bilangan kerusi Parlimen meningkat. Mengapa?

 ANWAR: Kerana kita dah menang... kemudian dirompak kemenangan itu dari BN dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ini kita perkukuh dengan bukti kehadiran orang Bangladesh, Myanmar mengundi, pegawai SPR mengeluarkan kertas undi ke luar, pemadaman lampu. Kes di Lembah Pantai terpaksa di kawal begitu keras sekali, kalau tidak kita tewas. Ini hanya lambang penipuan dan politik samseng. Kalau tidak ada dukungan yang kuat, semangat anak-anak muda di Lembah Pantai, Nurul Izzah akan tewas.

Gerombolan yang terlibat dalam penipuan itu terlalu kuat dengan pengaruh dan kaya. Bukti lain yang besar ialah, undi awal, undi pos, termasuk yang dari media.

Saya sudah tahu kerana mereka mengundi... tak kan 12 peratus saja diberi kepada kita. Keduanya, undi itu diberi kepada pejabat pos, melalui pejabat pos. Bukannya SPR. SPR beri pejabat pos, pejabat pos kepada media.

Media undi, pos beri kepada SPR, baru kita boleh pantau. Jadi, pemantauan itu hanya berlaku pada peringkat akhir. Kita tengok pada undi-undi daripada luar negara, itu 70 hingga 80 peratus memilih PR yang dinyatakan.

Tetapi apabila buka undi semuanya, kita 12 hingga 15 peratus. Ini semua berapa undi media, 50,000. Undi pos, 230,000. Undi awal jumlah keseluruhan mungkin dalam 200,000. Jadi besar. Kalau tidak dipantau, maka kecurangan berlaku.

SINAR HARIAN ONLINE: Nampaknya, Datuk Seri menggunakan istilah kemenangan dirompak. Adakah Datuk Seri masih tidak mahu menerima keputusan PRU13 walaupun ada peningkatan bagi pihak PR?

ANWAR: Ya. Bukan soal peningkatan. PR sudah menang. Cuma pendekatan kita seperti yang kita tahu harus mengikut beberapa proses undang-undang, sama ada... saya bincang dengan Pas terutamanya dengan PKR, apakah kita buat petisiyen pilihan raya untuk beberapa kawasan. Tiap kali kalau kira semula, kita tewas semua. Atau keduanya, bantahan. Seperti mana yang dicadangkan oleh badan-badan bukan kerajaan.

Kemenangan dirompak
SINAR HARIAN ONLINE: Ke mana nak pergi selepas ini? Pilihan yang Datuk Seri ada bagi PR? Nampaknya kecurigaan itu (berterusan)...

ANWAR: Kalau hak kita dirompak, kita minta hak kita semula. Kalau tidak diberikan, maka ada cara-cara. Sepatutnya, bukan dibuat oleh SPR yang ada sekarang ini. Yang ini suruhanjaya cawangan Umno. Ia mesti suruhanjaya bebas dan adil.

Sebab ini hak dari Perlembagaan, sebagai seorang Muslim atau rakyat Malaysia ia tak boleh buat penipuan yang terang-terang bercanggah dengan semangat Perlembagaan dan melanggar undang-undang. Tapi kalau tanya, semua dia kata tak ada. Ini dakwat kekal, tak boleh basuh.

Pembohongan yang ditertawakan oleh semua rakyat. Kalau dulu semasa undi pos, sebahagian orang saya tengok yang tergolong dalam 'social network' Umno ini yang diupah mengatakan tengok ini penipuan PR.

Sekarang apa jurucakap Umno cakap tentang dakwat kekal? Tidak ada jawapan. Kerana mereka boleh pulang dan basuh. Di Permatang Pauh, tak kurang dari puluhan orang yang tunggu saya, sebab saya akan melawat pusat mengundi, tunjuk tangan dia. Saya kata, bila nak undi. Dia kata dah undi. Dia boleh basuh. Tengok dalam Facebook tapi apa jawab SPR? Oh tidak mungkin. Ini semua alat pembangkang.

Saya beri 42 nama (warga) Bangladesh, Indonesia yang undi pos atas nama tentera dan polis. Seminggu sebelum pilihan raya, dari senarai sah 2013 SPR. Mahu bukti apa lagi? Sepatutnya SPR tidak perlu tanya bukti, tanya hati nurani mereka apakah mereka ini, perasuah atau penjenayah?

SINAR HARIAN ONLINE: PR akan hantar memo (memorandum) secara rasmi?
ANWAR: Memo apa? Mereka tak baca. Memo apa lagi yang perlu? Siapa yang tidak tahu bahawa dakwat kekal itu tak kekal? Siapa yang tidak tahu berlaku percanggahan dalam senarai pengundi? Siapa yang tidak tahu bahawa orang Bangladesh datang mengundi?


SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana desakan itu akan dibuat?
ANWAR: Petisyen pilihan raya itu adalah untuk proses penipuan. Tapi SPR ini, bagi saya ia perlu ditukar.  Kalau Datuk Najib kata sekarang ini kita harus ada penyatuan semula.

Bagi saya, kalau begitu, saya akan beri yang terbaik. Melainkan kempen kita ini secara sivil... anda bacalah Utusan. Sivil ke biadab? Tonton TV3, RTM. Nasib baik Sinar boleh tahan sedikit. Kadang-kadang kritik, tak apa. Kalau tak setuju, kritik. Kebebasan media. Tapi tidaklah sampai menghina orang, mengaibkan orang terus-menerus. Tak bagi ruang langsung. Ini kita kata pilihan raya bebas dan adil? Begitu bodoh kalau ada yang berpandangan sebegitu.

SINAR HARIAN ONLINE: Adakah PR akan boikot angkat sumpah, ahli-ahli Parlimen?
ANWAR: Yang itu kita sedang fikirkan sebab kita tak mahu ambil atau memilih cara yang saya nampak bukan menimbulkan keresahan. Jadi, kita kena timbang juga. Sebab itu, saya tidaklah menghalang kerajaan untuk meneruskan kerja, nanti kita tak ada kerajaan pula.

Tapi janganlah kerajaan itu boleh terus-menerus menipu dan rasuah macam sedia kala. Menghina orang dan menggunakan jentera kerajaan untuk mendera orang.

SINAR HARIAN ONLINE: Datuk Seri, komen sedikit tentang peningkatan kerusi DAP?
ANWAR: Itu yang disebut Datuk Seri Najib, tsunami politik. Ini saya rasa satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dari seorang pemimpin yang uar-uarkan 1Malaysia. Di Kelantan, Melayu semua dan Pas pertahankan dua pertiga kerusi. Di Terengganu Melayu, kawasan Melayu, dan Pas menambah kerusi dari satu kerusi Parlimen jadi empat. Kawasan saya (PKR, Azmin Ali), Gombak majoriti Melayu dan kita menang dengan mudah. Jadi, untuk mengatakan begitu...ya betul, etnik Cina ada suara dukungan yang ada juga etnik Melayu.

Yang ada kemungkinannya ialah jenis penipuan lebih itu banyak di kawasan yang dianggap campuran atau Melayu kerana majoriti yang diperoleh PR tidak besar. Agak lebih mudah untuk buat penipuan. Kalau nak dibuat penipuan di Bukit Bintang, dia kena bawa orang Bangladesh 10 kapal terbang pun tak cukup. Ini hanya dilakukan oleh SPR. Sebab itu kalau dilihat, orang yang marginal 6 itu, Bangladesh itu banyak muncul di kawasan marginal. Ada lah satu dua terselit masuk ke Bukit Bintang dan Permatang Pauh.

Tak wajar (dilabel tsunami cina). Maknanya pertentangan. Satu, dia kata kita rekonsiliasi, kemudian dia kata kita tsunami Cina, kenyataan ini tidak konsisten, tidak wajar. Kalau betul pun kemarahan orang Cina, tanyalah sebab apa. Sebab apa ada kebangkitan kemarahan masyarakat Cina?


SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana masa depan politik negara berdasarkan keputusan PRU13?
ANWAR: Ya, saya dukacita kerana masa depan negara itu tercemar. Sudah 50 tahun merdeka, kita gagal mengamalkan politik yang bersih dan pilihan raya yang bebas dan adil. Ia dijamin dalam perlembagaan ini merampas hak rakyat.


SINAR HARIAN ONLINE: Tahun lepas Datuk Seri pernah kata kalau Datuk Seri gagal dalam pilihan raya, Datuk seri mungkin akan berundur dari politik.
ANWAR: Adakah saya gagal dalam pilihan raya kali ini? Ada peningkatan kerusi, kita menang. Soal keputusan saya itu, seandainya pilihan raya itu bersih, malah saya sudah berbincang dengan teman-teman di beberapa universiti utama untuk, jawatan pun sudah sedia untuk saya, tak realistik.  Kalau pilihan raya itu okey dan kita tewas, nak pergi Uitm mereka tak boleh terima.
Buat masa sekarang tidak. Buat masa sekarang saya harus jalankan tanggungjawab untuk memastikan proses pilihan raya itu, kecurangan itu diperbetulkan.

SINAR HARIAN ONLINE: Pada tahun 2008, Datuk Seri menjadi Ketua Pembangkang tapi kali ini dari segi komposisi kerusi, DAP mengatasi PKR.
ANWAR: Dari dulu pun kerusi DAP mengatasi PKR. Saya memang menawarkan diri untuk undur tapi kedua-dua, DAP dan Pas minta saya teruskan.
Saya ada beritahu tadi... tidak ada masalah sebenarnya jika YB Kit Siang (Lim Kit Siang) menjadi ketua pembangkang. Kelayakan dia, pengalaman dia. Saya boleh tumpu pada kerja-kerja lain. Setakat ini, DAP dan Pas berpendirian saya harus teruskan tapi saya akan bincangkan lagi. Jangan pula tulis Anwar letak jawatan... belum belum.

Masa depan Pakatan Rakyat

SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana masa depan Pakatan Rakyat selepas ini Datuk Seri?
ANWAR: Baik. Kita meningkat dan kerjasama baik. Semalam dengan pimpinan DAP, tadi kita jumpa Dap dan Pas, semalam pun jumpa Dap dan Pas. Saya hubungi Ustaz Hadi secara personal, berbincang panjang soal ini. Juga dengan Lim Guan Eng. Hubungan itu masih baik.


SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana kerusi MB Selangor?
ANWAR: Kerusi MB Selangor itu memang kita bagi sedikit masa dan kita runding dengan baik. Sebab itu saya dapatkan Lim Kit Siang, Ustaz Hadi. Tidak seperti mana yang berlaku pada tahun 2008, ada satu kelompok yang berebut dengan keadaan ini, saya syukur keadaan lebih baik. Tapi memang perkara ini dibincangkan. Hari ini atau esok kita selesaikan.


SINAR HARIAN ONLINE: Kemungkinan besar Tan Sri Khalid?
ANWAR: Saya tak ada masalah Tan Sri Khalid. Tapi masalahnya... bukan masalah tapi perlu satu perbincangan. Apakah ada calon lain, ke muka nama lain, nak teruskan?

SINAR HARIAN ONLINE: Apakah Datuk Seri sedih kerana PR kehilangan satu negeri, di Kedah?
ANWAR: Ya, tapi kita nak tahu juga sejauh mana kecurangan itu menyebabkan kekalahan kerusi-kerusi di situ. Ataupun ada masalah-masalah lain. Macam kekalahan Kulim Bandar Baru, saya tidak percaya itu berlaku tanpa proses yang curang. Kerana sambutan yang kempen itu luar biasa.

SINAR HARIAN ONLINE: Apakah strategi PR itu sendiri silap apabila tak beri tumpuan pada kerusi-kerusi yang dimenangi?

ANWAR: Tidak juga. Kita menang kerusi-kerusi dengan baik. Fuziah, Azmin, Surendran. Cuma, apabila calon-calon dulu yang lompat dan tidak menjalankan tanggungjawab. Prestasi kawasan cukup lemah. Sedangkan sebab dia lompat itu sebab saya bagi isyarat bahawa kamu tidak boleh mempertahankan rekod dan prestasi kawasan itu lemah. Itu kadang-kadang ada menjejaskan. Tapi kalau kehadiran Saifuddin di Kulim, itu lain. Sebab saya tahu, Kulim itu kejiranan saya. Saya tidak fikir boleh kalah.

SINAR HARIAN ONLINE: Di sebalik serangan berterusan oleh musuh selama ini, adakah Datuk Seri mahu memberi mesej kepada penyerang-penyerang supaya berhenti semua itu?

ANWAR: Kita bagi mesej ini, hanya pada orang yang (tidak) tahu batas akhlak dan politik yang sivil. Jadi saya tidak peduli... tengok badan-badan yang Tibai lah, apa... mereka diupah untuk mencerca. Kadang-kadang kerana begitu lucah dan kotornya, dia tahu pimpinan Umno tak sanggup buat begitu, sebab itu akan buat orang tak suka. Dia upah. Saya selalu sebut.

Saya kata, saya boleh pilih nak buat begitu kerana saya pernah pimpin negara ini. Banyak maklumat sampai pada saya. Tapi saya tak sanggup aibkan orang kerana ia melibatkan orang lain. Itu tidak menjamin mereka menghentikan. Dalam ucapan saya sebut, peralihan kuasa ini juga peralihan nilai etika, sistem akhlak. Maknanya, kita tak boleh apabila ada kuasa ia sebagai sijil atau kesempatan untuk menyerang orang tanpa pertimbangan.

Semua orang TAHU Nan hebat ..

Tiadalah jiwa yang PALING besar melainkan jiwa MB Pahang. Di kala semua pemimpin UmnoBn menyalahkan orang Cina, dan Utusan kata 'Apa Orang Cina Mau lagi' , Maka di Pahang ada seorang MB yang amat besar jiwanya, (kerana hampir dipotomng telinga, Bentong jatuh ke tangan DAP potong telinga ku) 

Ideanya bagus, laksananya biarlah tetapi usahanya dan inisiatif ideanya ada. Bravo Nan, mungkin Najib dan Umno lain TERKEDU dengan Nan

Penulis kagum dengan Pengerusi SPR , kerana sekarng beliau lebih dan amat popular daripada mana-mana Menteri Kabinet yang bakal dan akan dilantik.




MB Pahang: Jawatankuasa khas perkukuh perpaduan bakal ditubuh

9 Mei 2013
Adnan Yaakob
Datuk Seri Adnan Yaakob
PEKAN - Datuk Seri Adnan Yaakob yang dilantik semula sebagai Menteri Besar Pahang akan memfokus kepada aspek penyatuan kaum di negeri ini berikutan trend pengundi Cina yang memihak kepada pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas.
Beliau berkata bagi merealisasi hasrat itu, sebuah jawatankuasa khas akan ditubuh bagi memperkukuh perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum.
"Kita memandang ke hadapan, melipat buku, biarkan dalam lipatan sejarah apa yang telah berlaku, dan terus memandang ke hadapan untuk mewujud perpaduan kaum.
"Sekarang ini, kita harus cari jalan bagaimana meningkatkan persefahaman di kalangan masyarakat di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang di Istana Sultan Abu Bakar hari ini.
Mengulas lanjut, Adnan berkata jawatankuasa itu akan dibarisi beberapa pegawai kerajaan bagi memastikan integrasi kaum berterusan di kalangan masyarakat.
Menyentuh kehilangan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) milik Barisan Nasional (BN) pada PRU13, beliau berkata parti gabungan itu akan membuat bedah siasat berhubung kekalahan berkenaan.   
Beliau juga akan mencari satu mekanisme bagi memastikan kaum Cina di Pahang mempunyai perwakilan jika MCA menolak untuk memegang jawatan dalam kerajaan negeri.
Dalam pada itu, Adnan berkata barisan exco negeri akan dilantik Khamis depan(16 Mei).
Terdahulu, majlis mengangkat sumpah turut dihadiri kerabat Diraja Pahang, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Saffian Ismail dan Anggota DUN Inderapura Datuk Shafik Fauzan Sharif.
Bagaimanapun, tiada seorangpun wakil pembangkang hadir pada majlis itu. - Bernama

MANIFESTO BN - Barang Naik (BN) biasalah tuuuu...

Macam biasalah tarif elektrik NAIK, harga barang keperluan MULAI dinaikkan, harga Minyak RON97 MULAI naik, dan akan menyusul lagi barang-barang yang lain lah....INILAH JANJI DALAM MANIFESTO BN.



Tunaikan janji PRU13
NORSHIKIN MOHD SALLEH
10 Mei 2013
A Rahman
A Rahman
SENAI - Kerajaan yang dipilih pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) hendaklah menunaikan janji manifesto menerusi pelaksanaan yang lebih berkesan.

Presiden Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM), A Rahman Mahadi berkata, selepas mendapat mandat daripada rakyat, kerajaan harus mengotakan janji seperti mana dalam manifesto pilihan raya.

Dalam pada itu, beliau juga mahukan parti politik yang tewas supaya akur dengan keputusan kerana dalam setiap pertandingan pasti ada yang menang dan kalah.

“Kami di PPPMM dan selaku rakyat Malaysia zaman pasca PRU 2008 berpendapat, kita semua telah menyaksikan lima tahun hidup rakyat telah dibebani kempen politik.

"Setiap hari dengan semua isu dan perkara harian dijadikan modal politik khususnya dalam kalangan mereka yang mahukan ‘good governance’.

“Jadi keputusan PRU13 ini adalah menjadi jawapan suara rakyat,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Thursday, May 09, 2013

Sisi pandang daripada Zaki Shukor Soal DEMOKRASI

dddd


Nazaknya Sebuah Demokrasi Oleh Zaki Shukor
9 May 2013
“Demokrasi sudah mati!”

Satu frasa yang meningkat naik sejak keputusan penuh Pilihan Raya Umum ke-13 diumumkan lewat malam tadi. Ramai menganggap insiden yang berlaku sepanjang proses demokrasi ini dijalankan mencemarkan terma demokrasi dalam konteks Malaysia. Insiden pengundi hantu, dakwat kekal tidak berkualiti, peti undi disembunyikan, penambahan peti undi, ketiadaan elektrik di pusat pengiraan undi, dan macam-macam lagi dilihat sebagai satu titik hitam dalam sejarah politik Malaysia.
Iya, saya tidak nafikan perkara sedemikian berlaku. Insiden yang dikatakan berlaku itu bukan sahaja khabar angin yang disebarkan kosong melalui media sosial, malah beberapa laporan polis telah dibuat berkaitan insiden terbabit.


Bagaimanapun untuk mengatakan bahawa “Demokrasi sudah mati” saya kira agak keterlaluan. Waima tercemarnya proses demokrasi ini, tidak bermakna ianya sudah mati. Mengapa saya katakan demikian? Ayuh kita lihat dari sudut pandangan positif.


Tepat jam 5.00 petang semalam selepas semua pusat mengundi ditutup, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaporkan bahawa seramai 12,885,434 pengundi (80 peratus) keluar mengundi. Hal ini merupakan jumlah paling besar dalam sejarah Malaysia, juga antara yang paling besar dalam sejarah dunia. Hal ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia semakin lama semakin bersungguh-sungguh untuk berpartisipasi dalam proses demokrasi sebegini.


Juga melalui usaha berterusan badan bukan kerajaan untuk mendidik masyarakat berkaitan dengan proses demokrasi ini sedikit sebanyak memberikan impak yang positif terhadap peratusan keluar mengundi pada pilihan raya umum kali ini. Semoga usaha sebegini berterusan bagi memastikan partisipasi rakyat yang menyeluruh dalam politik Malaysia. Dalam hal ini, rakyat menang.

Walaupun pada pilihan raya kali ini kita tidak dapat melihat transisi kuasa pemerintahan, kita dapat melihat kekuatan pihak pembangkang yang semakin bertambah. Hal ini dibuktikan melalui pertambahan kerusi Parlimen, DUN, dan juga penembusan kubu kuat parti pemerintah oleh pihak pembangkang. Sehubungan itu, perkara ini akan menyebabkan pihak kerajaan akan lebih berhati-hati dan lebih bersungguh-sungguh dalam melaksanakan kerja pentadbiran kerajaan .

Pihak kerajaan juga akan lebih mendengar suara rakyat dan cuba sedaya upaya untuk melunaskan setiap perkara yang dinyatakan dalam “AKUJANJI” agar tidak diserang oleh pihak pembangkang sama ada dalam Dewan Rakyat, mahu pun secara terbuka. Secara peribadi, saya berpendapat sekiranya tidak wujud pembangkang yang berkesan sebagaimana yang dijalankan oleh pihak Pakatan Rakyat sejak 2008, rakyat tidak dapat melihat proses semak dan imbang yang berkesan, sekaligus, transparensi dalam kerajaan tidak berlaku. Sekali lagi kemenangan oleh rakyat.

Bagi mengatakan bahawa demokrasi di Malaysia sudah berkubur itu sedikit keterlaluan. Namun, saya tidak menafikan bahawa proses demokrasi di Malaysia ini tercemar dek kerana peristiwa yang tidak diingini. Insiden yang berlaku memang jelek. Sebagai rakyat, saya mengecam semua insiden yang mencemarkan proses demokrasi di Malaysia, tidak kiralah dalangnya daripada pihak parti pemerintah, mahupun parti pembangkang. Insiden sebegini tidak seharusnya dibiarkan berlaku.


Saya bersetuju, 5 Mei 2013, merupakan satu lagi titik hitam dalam sejarah politik Malaysia. Insiden yang berlaku hampir membunuh demokrasi Malaysia, yang saya kira sudah nazak dan perlu alat bantuan untuk terus hidup, iaitu rakyat. Rakyat perlu sedar tentang perkara ini dan tidak memandang remeh terhadap apa yang berlaku. Tindakan perlu dijalankan. Pendidikan pilihan raya harus diperkasakan. Semoga kita dapat bergerak ke arah demokrasi yang lebih matang. – Roketkini.com




Monday, May 06, 2013

Ketua Pembangkang TOLAK keputusan PRU13


Anwar Tolak Keputusan PRU13

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan beliau tidak menerima keputusan Pilihan Raya 2013 selepas beliau mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merencana undi untuk memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).

Dikala angka semakin banyak masuk, pemimpin de facto PKR itu mengatakan Pakatan Rakyat (PR) tidak akan mengiktiraf keputusan kerana mendakwa beberapa kerusi panas dicemari dengan penipuan besar-besaran.

“Pada ketika ini, kita tidak menerima keputusan,” kata Anwar dalam satu sidang akhbar yang penuh dengan pemberita tempatan dan antarabangsa.

Saturday, May 04, 2013

Temerloh diserang ' Tentera Talut atau Jalut "

TEMERLOH:  Info - info panas dan semua rakyat memainkan peranan masing-masing kerana tidak tahan lagi dengan penipuan kerajaan semntara UmnoBn.

Terbaru diberitakan bas PLKN berdekatan dengan sini, sedang diperalatkan untuk dijadikan kenderaan rasmi angkut pengundi ke Pahang. Destinasi tidak diketahui.

Para pekerja hotel sekitar Temerloh memaklumkan kehadiran mat bangla secara luar biasa ke Parlimen ini

Diharap semua jentera , gunakan apa sahaja saluran untuk disebar luaskan

Malam ini, runtuhan duit akan ditaburkan ke semua rumah pengundi melalui pelbagai cara dan kaedah

Wahai pengundi ambil apa sahaja yang diberikan, jangan goyah dengan undi anda

Wednesday, April 24, 2013

Hari keLIMA wajah media selepas penamaan calon

Serangan media hari ke 4 - PRU 13

Dalam BH:-

1- Hukum Pembangkang pada PRU 13 ; tuduh ceroboh Lahad Datu satu sandiwara -PM
2- Anwar pandai bercakap teta[i tidak pandai bekerja - rencana BH
3- Bn Selangor pastikan keamanan dipelihara -PM
4-Kerajaan PAS Kedah lulus E -TPM
5-Pertelagahan bukti calon PR tiada kredebibiliti -TPM
6-Pembangkang kemaruk kuasa mahu jadi PM- PM
7-Nizar didakwa memberi 200 hektar kpd penyokong - Zambry Kadir
8-Pembangknag gagal selesai isu kerusi
9-Nurul Izzah cakap kosong selama 5 tahun - Nong Chik
10-Taktik tentera tidak sesuai untuk kempen - Zaini
11-bn kutuk kempen tidak bertamadun - Gerakan PP
12-RM17b milik 1MDB masih dalam akaun- jurucakap (tiada nama wakili MDB)
13-


Dalam SINAR Harian (edisi Pahang)
1-5Mei medan tolak pembankang -Najib
2-Langkah Mat Taib silap - Maslan
3-Bukti pembangkang tiada kredidiabiliti -Najib
4-Kesal kalimah Allah di bahagian bawah kain rentang - Pengundi Kuantan
5-

Dalam Utusan
1- tidak sempat beli kerana lambat sampai di temerloh pagi ini

Nota:
Boleh digunakan oleh penceramah PR menjelaskan isu berkenaan
DISAMPING BERKEMPEN MENERANGKAN TAWARAN PR ...


Hari keempat wajah media selepas penamaan calon

Di bawah adalah antara beberapa kutipan ringkas media pro Umno dalam kempen PRU 13

Utusan Malaysia media paling tegar memuatkan antara tajuk kecil dan utama berita-beritanya adalah :-

1- Matlamat negara terbantut jika PR menang
2- PR bakal bercerai pada bila-bila
3- Anwar engggan salam dengan calon Bn di Permatang Pauh
4-Semua SAR disuntik dana
5-Anwar angan-angan menjadi PM
6- DAP pinggirkan ahli Melayu
7-Budaya bongkar aib dimulakan oleh pembangkang
8-NGO selar sikap pembangkang kerana mahu hapuskan produk 1Malaysia

Manakala di frong page BH
1-Imam Madinah iktiraf BN

Berita provokasi minda terhidang , dan para pengundi amat terusik dengan serangan berbentuk begini. Sementara kumpulan pembangkang hanya 'mampu' dan tidak sempat menjawab melalui media sosial mereka dan akbar 'nyamuk' kerana edaran terbatas

Para pengundi dirayu membuat pilihan yang betul