Monday, May 06, 2013

Ketua Pembangkang TOLAK keputusan PRU13


Anwar Tolak Keputusan PRU13

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan beliau tidak menerima keputusan Pilihan Raya 2013 selepas beliau mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merencana undi untuk memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).

Dikala angka semakin banyak masuk, pemimpin de facto PKR itu mengatakan Pakatan Rakyat (PR) tidak akan mengiktiraf keputusan kerana mendakwa beberapa kerusi panas dicemari dengan penipuan besar-besaran.

“Pada ketika ini, kita tidak menerima keputusan,” kata Anwar dalam satu sidang akhbar yang penuh dengan pemberita tempatan dan antarabangsa.

2 comments:

Hamba Allah said...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Yang Maha Pengasih.
Assalamuallaikum...

Mari kita fikir sejenak.. apakah Islam & Melayu menang? Ya ... buat masa ini. Dan mungkin berubah sekiranya kita masih fikir dan bertindak mengikut emosi.

Adakah PAS berjaya dalam Pakatan Rakyat ? Dah tentu tidak sama sekali.. kemenangan PAS jatuh merudum.

Siapa yang berjaya dalam PR? Dah tentu DAP....

Adakah BN tidak di sokong lagi? Ya dan tidak... Ya BN merosot...tapi hanya kepercayaan CINA pada BN merosot. Kepercayaan melayu pada BN bertambah. BN menang sebab UMNO...Dan UMNO itu melayu dan Islam.... Sebab tu PAS jatuh merudum sebab melayu sudah lari ke UMNO.

Jadi, sekarang bukan masa untuk bertelagah siapa yang lebih Islam atau siapa yang lebih melayu!!! Buat apa kita beria-ria mengatakan BN kalah tapi kita juga gugur. Yang menangnya DAP dan orang cina!! Cina dah menunjukkan bahawa mereka hanya pentingkan DAP, bukannya UMNO atau PAS..Mereka ini menentang Islam secara jelas.

Nik Aziz and Haji Hadi serta Ulama PAS...berfikirlah secara ISLAM!. Inilah masanya untuk orang PAS dan orang UMNO berfikir secara ISLAM... kepentingan Umat Islam dan melayu. Letak ketepi semua dendam kesumat demi Islam.

Kita semua mesti ingat... PAS belum layak memerintah. Walaupun PAS menang semua pon tak boleh memerintah, apatah lagi sekarang. Analyze lah keputusan pilihanraya 2013 dengan sedalam-dalamnya. Buka lah mata...

Percayalah... jika kita masih berfikiran ke partian... ISLAM akan gugur di bumi Malaysia tercinta ini.

JANGANLAH SATU MASA NANTI ANAK-ANAK KITA MENJADI NASRANI DAN MAJUSI DI SEBABKAN KITA !!! ANAK-ANAK KITA YANG MASIH ISLAM.. MELUDAH PUSARA KITA SEBAB KEANGKUHAN KITA.

Tepuk Dada Tanya Iman.

Wassalam...

pak teh said...

Dari kata-kata uan menunjukan tuan seorang Islam yang sayangkan PAS, tuan mahu PAS keluar dari PR dan bergabung dengan umno atas semangat Islam. PAS tidak keluar dari BN tetapi ditendang keluar, begitu juga semasa BA, yang keluar adalah DAP. Walaupun tak menang ini menunjukan Allah memberi peluang untuk PAS membaiki diri dan ahli. Masih terdapat kekurangan yang perlu di atasi seperti setiap ahli perlu bangun solat tengah malam mithalnya. Memperbanyakan solat/amalan sunat dan menghindar keduniaan semata2 dan lain-lain lagi. Dalam kesempitan PRU yang dikekang pemerintah PAS dan PR beranggapan kami tetap menang jika berlawan di atas gelanggang yang sama rata.