Sunday, May 19, 2013

Bertindak Betul - Rakyat

Harap PDRM dapat bertindak betul, dan jangan hanya boleh pakai dengan satu lontaran 'cakap' oleh Tuanki Abdul Aziz. PDRM sudah membuat dan terus menghukum. Siapa yang mahu melancarkan Malayia Spring

Biarlah pihak polis dapat bertndak betul, jangan mempanik keadaan antara Himpunan Menyatakan Sikap secara aman dan terkawal dan kini penaja Malaysia Spring adalah Tuanku Aziz sendiri.

Kenapa masih lagi menunding ke sana sini. Semua pihak terbuka. Dan masing-masing dengan kerja masing-masing. Malah adalah kerja pembangkang lah akan membangkang mana-mana yang mereka rasakan tidak adil, telus dan ketidakadilan itu pula dapat dibuktikan.

Oleh itu jangan bakul sampahkan soal keadilan, ketelusan, 

Polis siasat Malaysia Spring

Khalid Abu Bakar
KUALA LUMPUR 18 Mei - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan dengan nama Malaysia Spring seperti yang didakwa bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim semalam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, PDRM telah menilai dan memandang serius dakwaan itu kerana perkara tersebut boleh menggugat keharmonian serta kesejahteraan awam.
Katanya, beliau sendiri telah mengarahkan pegawai-pegawainya untuk membuat laporan polis berhubung rancangan mengadakan Malaysia Spring supaya satu kertas siasatan dibuka bagi mengkaji kebenaran di sebalik dakwaan Tunku Abdul Aziz.
"Pendedahan yang dikatakan Tunku Abdul Aziz dianggap sesuatu yang amat serius kerana melibatkan ancaman terhadap keharmonian rakyat negara ini.
"Polis tidak boleh bertoleransi dengan mana-mana pihak yang cuba merancang sesuatu yang berkaitan rusuhan dan keganasan.
"Oleh demikian saya sendiri meminta pegawai saya untuk membuat laporan polis supaya siasatan sepenuhnya tentang konspirasi Malaysia Spring dijalankan, seterusnya tindakan tegas diambil terhadap pihak-pihak yang didakwa mahu menjayakan perkara seumpama itu," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan Tunku Abdul Aziz mendakwa pembangkang sudah lama merancang konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan sekiranya mereka kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Dakwa beliau, seorang pemimpin tertinggi DAP pernah membayangkan demonstrasi terlampau seperti Arab Spring bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada.
Tunku Abdul Aziz mendakwa, Penasihat Seumur Hidup DAP, Dr. Chen Man Hin pernah menyatakan sokongan kepada Bersih 3.0 selain membayangkan demonstrasi itu sebagai permulaan kepada Malaysia Spring pada 26 April tahun lalu.
Mengulas lanjut, Khalid memberitahu, beliau juga akan mengarahkan pegawainya bertemu dengan Tunku Abdul Aziz untuk mengumpul maklumat tentang konspirasi menggulingkan kerajaan.
"Kita akan berjumpa terus dengan beliau untuk mengambil setiap informasi yang beliau ada tentang konspirasi ini. Jika benar apa yang didedahkan Tunku Abdul Aziz semalam, tentu sekali maklumat itu akan membantu polis menjalankan siasatan berhubung perkara itu nanti," katanya.
Dalam pada masa sama, Khalid turut meminta pihak-pihak lain yang mempunyai maklumat tentang perkara itu ke depan dan berhubung dengan pihak polis dalam membantu siasatan.
"Kita menyeru mana-mana individu yang mengetahui tentang konspirasi menggulingkan kerajaan supaya datang menyalurkan maklumat kepada polis.
"Bongkar perkara sedemikian kerana itu mampu menyelamatkan negara daripada sebarang anasir yang mahu menjejaskan keharmonian serta kesejahteraan yang telah lama wujud di Malaysia.
"Polis juga tidak akan bertoleransi dengan perkara sebegitu, kita akan siasat sedalam-dalamnya dan mengambil tindakan terhadap mereka yang mahu menghuru-harakan negara," katanya.


ArtikUtusan Melayu (M) Bhd 




No comments: