Sunday, January 07, 2007

Walaupun Pendidikan sarat dengan Dasar Pendidikan Negara, termasuklah bermula Laporan Barnes, Fenn Wu, Rahman Talib, Penyata Razak dan Laporan JK Kabinet melihatkan kita mahukan kesempurnaan serta menyeluruh.
Sebenarnya membangun bersama2 dasar itu, cuma dapat diterap sebahagian daripada kehidupan. Bagaimana pula dasar kita dengan bidang2 atau displin portfolio lain seperti Pelancongan, Buruh dan sebagainya. Setakat kesepaduan dunia pendidikan bersepadu dasarnya secara jelas dan detail, rangkuman manusia yang terdidik dan sempurna melalui proses pendidikan negara hendaklah diteruskan dengan sokongan2 dasar2 dari pelbagai kementerian dalam menghala tujukan rakyat di negara ini.
Justeru sudah sampai masa, pendetailan dasar2 hendaklah dikaji semula bincang dan bentuk bagi mencakupi semua aspek kehidupan rakyat. Terbaru adalah contohnya seperti ini yang dikehendakki rakyat.... Syorkan kepada kerajaan supaya mensyaratkan kepada kilang-kilang mengambil paling kurang seorang guru agama Islam bagi mengajar pekerja-pekerja Islam tentang agama mereka, supaya pekerja-pekerja kilang tidak terus jahil tentang agama. Ini adalah satu contoh sahaja. Sebabnya negara yang sudah 20 tahun menumpukan industri nampak pincang rakyat daripada segi nilai dan moral. maksimum 24 tahun melalui insan dalam dunia pendidikan , maka impaknya belum terkesan, ombak atau krisis moral/akhlak ibarat taufam tsunami melanda akhlak para rakyat negara kini yang makin terhakis.

Hatta , terbaru seorang mufti sudah tidak mahu dan sanggup membuat kerja2 intipan bagi memberkas pasangan yang berkhalwat. Jelas orang agama atau pihak berkuasa agama sendiri sudah mulai diresapi dengan budaya 'fact and figure', kerana ia mahu spt hasil darab 2x2 jawapannya 4 , kan kukuh tu. Jadi nilai, etika, norma kan itu bersifat subjektif tidak ada bentuk nilai dan kaedah pengukuran. Logikanya begitu, nah nampak jelas sekarang pemikiran tu dah masuk dan kini akan jadi budaya dan akhir akan membudayakan budaya masyarakat. Inilah gelombang lebih parah lagi daripada tsunami.
Oleh itu, penulis yang terlibat dalam latihan industri sebagai kerja2 akhir atau tugasan akhir semasa mahu menamatkan belajar dulu. Sebelumnya pernah terlibat dan bekerja sebagai buruh , kita lihat pihak berkuasa sudah tidak ada kawalan atau hilang kuasa bagi memantau kilang2 yang tidak dibuat undang2 dan peraturan bertulis. Cuma pihak berkuasa setakat boleh bertindak jika pekerja tidak didaftar dengan KWSP atau EPF, Lain2 lemah hatta pampasan pekerja yang dianayai dan dibuang dgn sewenang2 terkadang pihak berkuasa kecundang. Maka tidak pelik dan hairan macam mana kilang2 industri kecil dan besar beroperasi tanpa lesen dan kebenaran, api dan air tetap disalurkan maka halallah operasi mereka. Dala hal ini mana dia kesepaduan mereka, apa guna mensyuarat majlis tindakan daerah, apa mereka bincang, apa mereka buat, apa mereka lapor - jika semua kerja didasarkan kerana Allah dan ikhlas kita rasakan tidak berbangkit perkara2 ini. Bersambung ....
Abah.... baru kenal dunia

Saturday, January 06, 2007

Nilai Pendidikan Masa Kini ?

Masa dan zaman sentiasa berubah, begitu juga dengan dunia realiti pendidikan. Muktahir ini masa yang dihabiskan oleh para pelajar sekolah2 harian di seluruh negara semakin diansur dan beransur2kan penuh mengikut waktu pejabat iaitu 7.30 ke 4.30 ptg. Jeritan dan pandangan sudah banyak dilontarkan. Justeru, kini tiadalah istimewa profession perguruan dan masa sudah berakhir , maka tiadalah bezanya atau perbedaan para guru dengan kakitangan kerajaan yang lain. dari segi hak dan kepentingan guru tidaklah boleh membantah kerana sudah terakru pegawai yang menurut perintah, maka kini roh dan semangat guru pun macamlah kakitangan kerajaan yang lain.
Bagi penulis sendiri, yang terlibat secara langsung melihat realiti ini dari segi kesan dan kesan jangkapanjang. Satu ketika dulu rakyat teramai amat amarah kerana mereka yang memilih profession ini adalah sebagai pilihan terakhir, macam2lah kesannya kata mereka, nampak sekarang sudah tidak berbangkit, ia dah jadi cerita2 lama. Bagi penulis sepatutnya sebelum dilaksanakan sesuatu dasar biarlah dilaksanakan dengan berhati2, atas niat dan matlamat ia berkesan dan beri keuntungan, kerana manusia dididik bukan atas dasar mencari keuntungan, maka pepatah melayu biar lambat asal selamat, hendaklah diguna pakai. Selalunya manusia mudah dan memang menjadi satu bandingan sejarah bila sipolan jadi anu dan ini ,dia buat itu dan ini, para pembuat dasar jangan terlalu bangga dan berkerja ke arah itu, mereka hendaklah jadi orang besar ,buat dan dilaksana pada zaman dengan betul, jangan leka dan mimpi serta lali ukuran pujian tertentu yang bersifat subjektif, rata2 dasar pendidikan hari ini gagal mendidik dan memanusiakan manusia. Kita makin terhakis dan dihakis dengan nilai2 murni tidak lagi jadi instrument pengreddan pendidikan, pendidikan hari ini lebih bersifat atau orentasi peperiksaan.
Manusia yang mendidik dan dididik adalah manusia bukan robot. Para pembuat dasar boleh masuk apa saja aktiviti dan program melasakkan minda dan rohani, adakah dengan padatkan masa dengan jumlah masa dan subjek yang diterima boleh lahirkan insan yang seimbang dari aspek rohani, jasmani,intelek dan emosi.
Lihatlah 10 tahun lagi apa yang kita hasilkan pada masa ini, demikianlah kata2 Tn Guru MB (2007 - 2015).

Friday, January 05, 2007

Hampir 80% makanan dan minuman umat Islam dihasilkan oleh bukan Islam


Umat Islam di Malaysia tidak harus cepat melatah dan marah-marah apabila timbul isu makanan tidak halal yang dihasilkan oleh pengusaha bukan Islam. Hampir 80% makanan dan minuman yang digunakan oleh orang Islam dikeluarkan oleh pengilang bukan Islam.


Perkara ini terjadi kerana kelemah umat Islam sendiri. Umat Islam masih lagi bergantung kepada bukan Islam untuk keperluan harian dan cukup selesa dengan budaya makan gaji.


Demikian dinyatakan oleh Ustaz Ahmad Tajudin seorang pendakwah dan usahawan muslim dalam ceramahnya di sini.


Menyentuh tentang isu logo halal beliau berkata,"umat Islam tidak harus sangat bergantung kepada logo halal."


Menurut beliau lagi pihak peniaga tidak harus dipersalahkan. Mereka merupakan golongan yang pandai mengambil peluang yang dibiarkan oleh orang Islam. Orang bukan Islam menggunakan logo halal ini bagi mengaut keuntungan sebanyak mungkin.

Beliau memberikan contoh bagaimana logo halal yang digunakan oleh pengeluar kuih bulan. Penggunaan logo halal pada kuih bulan dapat meningkat jualan syarikat itu kepada 40 juta biji sebulan.Tetapi bila ada pihak yang mempertikaikan bagaimana status halal itu diberikan kepada syarikat tersebut jualan merudum kepada 4 juta biji sebulan.


Ahmad Tajudin menegaskan lagi, umat Melayu Islam perlu mempunyai ilmu tentang makanan dan minuman bagi membebaskan diri daripada ditipu oleh pengilang bukan Islam yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata.


Beliau menjelaskan lagi umat Islam wajib menghasilkan produk sendiri yang berstatuskan konsep "Halalan Thoyyiba."


Menurut beliau lagi kilang yang hanya suci dari segi lahir sahaja tidak mencukupi untuk mengubah watak peribadi, akhlak maupun anutan terhadap agama. Hasilnya manusia sekadar kenyang sahaja.Tidak berlaku perubahan terhadap jiwa raga dan ruhani untuk patuh dan tunduk kepada Allah.





Oleh SHAKIR MD TAHA

Pegawai Media Teras



UKM mahu kaji kemajuan sains, teknologi Melayu


Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin mahu UKM mengkaji kemajuan orang Melayu dari sudut sains dan teknologi bagi mengetahui kelebihan bangsa itu sehinggakan menarik minat Barat untuk menjajah.Beliau berkata sudah tiba masanya para penyelidik di negara ini mengalihkan fokus kajian mereka daripada aspek sastera kepada aspek teknologi zaman dahulu yang dikuasai orang Melayu."Bayangkan setiap tumbuhan, orang Melayu dahulu tahu kegunaannya dan setiapnya pula ada diberi nama Melayu. Ini menunjukkan orang Melayu itu sendiri bersifat saintifik."Kita tidak mahu orang Melayu hanya dikenali melalui kesenian halus, budaya atau sastera sedangkan mereka juga hebat dalam pelbagai bidang lain," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan sambutan 35 tahun Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma) di sini, hari ini.Atma sebelum ini dikenali sebagai Institut Bahasa, Kesenian dan Kebudyaan Melayu, dan ditubuhkan pada 1972.Prof Dr Sharifah Hapsah berkata orang Melayu pada satu masa dahulu juga bersifat global dan mereka mengembara ke serata dunia sebagai kelasi.Pada sidang akhbar yang sama, Pengarah Atma Prof Dr Shamsul Amri Baharudin berkata institut itu mampu meneroka sejarah teknologi bangsa Melayu walaupun menerima banyak cabaran seperti kekurangan bahan.Sambil mengakui kehebatan bangsa Cina yang lebih dikenali kerana rekod yang mereka simpan sejak ribuan tahun dahulu, beliau berkata: "Orang Melayu pun buat tetapi di kawasan Asia Tenggara ini rekod dalam bentuk kertas kita hanya boleh tahan dalam dua bulan sebelum dimakan anaianai."Beliau berkata hanya sedikit bahan mengenai teknologi bangsa Melayu termasuk cara mereka membina bangunan dan rumah yang masih ada, iaitu yang direkodkan pengembara luar melalui manuskrip dan lukisan.Prof Dr Shamsul Amri berkata Atma akan cuba mencari manuskrip dan lukisan lama dari luar negara yang menceritakan mengenai ketinggian ilmu orang Melayu pada zaman dahulu.Beliau yakin banyak rahsia masih tersembunyi dalam sejarah kemajuan Melayu sehingga menyebabkan orang Barat tertarik untuk datang ke rantau ini."Orang Melayu mengembara, belayar. Terpaksa awet makanan untuk bekalan tetapi apa rahsianya, kaedah sains yang bagaimana digunakan? Sesuatu yang menyebabkan orang luar datang ke rantau ini," katanya. BERNAMA

kakitangan dan gaji kakitangan?

Senyum lebar kakitangan kerajaan baru masuk Fasa 1 saja. Maklumlah ikut laporan ini..............
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mempertahankan kewibawaan 1.2 juta kakitangan awam dalam melaksanakan tugas dan setimpal dengan permohonan semakan semula pakej gaji yang akan dikemukakan kepada kerajaan.

Sehubungan itu, Cuepacs meminta pihak tertentu yang mempersoalkan mutu kerja kakitangan awam merujuk kepada laporan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) mengenai prestasi sektor awam.Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata Mampu yang menilai keupayaan kakitangan awam dan hasilnya dapat dilihat sekarang seperti pembangunan yang dinikmati di pusat pentadbiran negara Putrajaya, di sini.
Beliau berkata, jabatan dan agensi kerajaan melalui prosedur ketat membabitkan prestasi dan kecekapan kerja seperti Petunjuk Utama Prestasi (KPI) dan pematuhan standard piawaian antarabangsa seperti ISO 9002.“Cuepacs yakin kerajaan memberi perhatian serius berhubung cadangan semakan menyeluruh pakej gaji dan kebajikan kakitangan awam berdasarkan reaksi Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Sidek Hassan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Sidek di pejabatnya di sini, semalam.Beliau yang mengetuai pegawai tertinggi Cuepacs dalam pertemuan pertama dengan Sidek itu, berkata Cuepacs memaklumkan surat sudah diutus kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi membolehkan memorandum semakan pakej gaji kakitangan awam diserah kepada Perdana Menteri.
Omar berkata, Cuepacs berpuas hati pertemuan dengan Sidek memberikan hasil positif serta menunggu masa sesuai bertemu Abdullah.“Memorandum semakan pakej gaji kakitangan awam sudah 99 peratus siap, cuma kita hendak perkemaskan lagi.“Cuepacs sudah mengutus surat kepada Perdana Menteri dan sedang menunggu jawapan. Kita dimaklumkan, Perdana Menteri sudah pulang dan kita harap selepas jumpa KSN, kita dapat jumpa PM,” katanya.Baru-baru ini, Cuepacs dilaporkan menggesa kerajaan meneliti permohonan menaikkan antara 10 hingga 40 peratus gaji kakitangan awam, terutama kumpulan sokongan berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Sehubungan itu, satu memorandum mengenai pelarasan gaji itu yang dikatakan tidak pernah berubah sejak 15 tahun lalu, dilaporkan akan dihantar kepada Perdana Menteri.Cuepacs juga dilaporkan menolak Skim Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) iaitu skim faedah persaraan yang dicadangkan kerajaan bagi menggantikan skim pencen sedia ada kerana menganggap ia berbeza dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memerlukan kakitangan awam mencarum.
Semua ini maklumlah , kita punyai kerajaan yang perihatin katakan, cukai jalan turun bagi kenderaan 1000cc ke bawah turun RM10 bagi setahun. maknanya kerajaan atas sikap itu saja dah rugi 250juta setahun, banyak tuuu... tapi kos tu sekali anjur mansoon cup di Terengganu aje baru2 ni.
Apapun penulis kesian kat ibu2 kat kampung atau orang kampung2 yang anak2 tak ada jadi kakitangan , tak dapat nak tumpang 'durian runtuh ' tersebut , maka terkudap2lah dia orang , tapi dengar khabor sawit RM300 lebih setan dan getah masih sekitar RM2.20 sekilo. Maka orang kampung kenalah kerja kuat2, tapi la ni ramai dah mat2 indon tawan kampung2 dan ladang, nampak gaya tinggal kudapan lah agaknya.
Penulis .... hilang kaki ada tangan, hilang tangan ?

Wednesday, January 03, 2007

Konsert Oh Konsert

Muzik dan manusia tak dapat dicerai tanggalkan, kita cakaplah macam2 kesan ibarat mencurah air di daun keladi, ia tetap subur dan akan terus disuburkan. walaupun terbaru kita dilanda banjir besar , manusia dan kita tetap tidak insaf dan sedar. Hidup mesti diteruskan , inilah moto yang akan keluar bila kita berhujah seperti di atas.

Terkini, selepas 7 hari dalam tahun baru negara akan dihidangkan dengan gala hiburan rock atas nama, S2 Celebration Concert' yang akan berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur Jumaat ini bermula jam 8 malam. Tiket-tiket bernilai RM82 (duduk) dan RM47
Khabarnya Kumpulan rock terkemuka negara, Search hari ini menarik diri di saat-saat akhir daripada menyertai 'S2 Celebration Concert' yang sepatutnya menggandingkan kumpulan tersebut dengan kumpulan rock nombor satu Indonesia, Slank. 'S2 Celebration Concert' adalah konsert khas yang dianjurkan oleh Tiga Events Sdn Bhd untuk meraikan 25 tahun pembabitan Search di dalam industri muzik, serta meraikan juga 23 tahun penglibatan Slank di arena seni Indonesia.
Apa yang menariknya jika betullah, Search tarik diri saat-saat akhir dari S2 Celebration ConcertKonsert tersebut yang bakal berlangsung Jumaat ini di Stadium Merdeka Kuala Lumpur bagaimanapun menyaksikan kumpulan Spider menggantikan tempat Search yang dikatakan menarik diri berikutan beberapa masalah teknikal serta ekoran pembatalan konsert kedua tersebut di Johor Bharu yang sepatutnya berlangsung Ahad ini.
Jelas mereka seperti yang dilaporkan, "Kami sepatutnya mengadakan dua buah konsert tersebut di Kuala Lumpur dan Johor, tetapi kami terpaksa batalkan konsert di Johor kerana banjir. "Pembatalan tersebut adalah salah satu sebab mengapa Search mahu menarik diri dari konsert tersebut, selain beberapa masalah teknikal yang tidak dapat diatasi.

"Mereka sampaikan hasrat itu kepada kami Isnin lepas kerana tidak bersedia untuk membuat persembahan ketika negara mengalami masalah bencana alam, iaitu banjir di Johor. Kami memang terkejut, tetapi kita menghormati keputusan mereka," ujar Pengarah Urusan Tiga Events Sdn Bhd, Alia HM Jally ketika dihubungi.
Apa pun kita ucapkan syabas kepada kumpulan Search kerana masih perihatin buat masa ini dengan mangsa banjir dan keadaan banjir, walaupun simpatinya tidak ditujukan kepada pelajar2 tahfiz al alami alor star yang terbunuh kemalangan. Rasa perihatin patut menjalar ke dalam semua pak menteri yang kaya raya dan taukeh koporat derma dan sumbangan terus kepada mahad tahfiz, bukannya setiap bulan tapi sekali saja untuk beri mereka 'hidup' dengan zakat dan derma tuan2 yang kaya raya, khabarnya tiket konsert tu RM87 ke RM63 .
abah ....nak juga tau memilih

Mati Kutip Derma dan Mati Rempit

Selalunya dalam keluarga anak2 jika cukup makan, biasanya dia tak akan merayau atau berkeliaran tak keruan. Hal ini boleh kita kaitkan dengan berita sedih berhubung Pusat Tahfiz Amal di Alor Star yang dipercayai menggunakan pelajarnya di bawah umur untuk berniaga,
Melalui kerjasama polis dan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) kita mahu pastikan sama ada pengurusan pusat berkenaan melakukan kesalahan menggunakan pelajarnya untuk berniaga.
Dalam kejadian 2.50 pagi Jumaat lalu, lima pelajar berusia antara 12 hingga 13 tahun pusat berkenaan meninggal dunia manakala tiga lagi cedera selepas van dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 355.7 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Sungkai.Muhammad Abu Dehya Chin Mohd Syukri Chin, 12, Muhammad Al-Ghazali Zulkifli, 12, Mohd Fadhullah Yusuff, 12, Mohd Miqdad Amir, 12, dan Anas Shazwan Ani, 13, meninggal dunia di tempat kejadian.Ketika kejadian, mereka dalam perjalanan pulang ke Alor Star selepas dipercayai menjalani latihan perniagaan di bandar raya K Lumpur.
Bagi penulis, sebenarnya faham sangat, NGO atau persatuan atas nama kebajikan ini bergerak secara sukarela. Mereka yang kendalikan perkara2 macam ni adalah terdiri orang2 yang ikhlas tapi tak dak harta. Oleh kerana demi keperluan adalah lebih mudah dan mulia meminta2 kepada orangramai yang perihatin daripada meminta2 kepada YB dan kerajaan. Kita tahu negara kita mewah dan kaya raya, kerajaan 'ikhlas' nak bantu tak dek kerenah birokrasi , mana2 NGO bergerak atas nama Islam sentiasa dicurigai untuk dibantu, maka payahlah mereka nak dapat bantuan. Tak usah kata pelajar2 yang hendak belajar ni, hatta baja padi yang sah terang petani tersebut ada sawah padi atau kebun pun dianak tirikan , sementelahan pulak lah pelajar dan belajar tahfiz memang nampak payah. Kekadang payah urusan nya itu lebih senang niaga kelender atau jual barang sahaja.
Kita tahu dan faham para menteri semua ikhlas nak membantu , tapi dek orang keluling kelalng yang nampak berkuasa dan rekemen yang kuat payah lah. nanti keluar ayat macam ni, bantu anjing yang terseppit, orang yang suap dikerekah tangan oleh orang yang membantunya tu, macam2lah ..!!!!
Kita alu2kan maka bantulah depa ni, kita mau pelajar2 ni dok belajar, kerajaan buatlah mahad tahfiz kat alor star, satu negeri satu mahad, lengkapkan hak asas2 ni, rentilah projek naik ke bulan tu, cukuplah dengan menara KLCC, jambatan2 dan lebuhraya2 yang tol selalu naik tu, tengok2lah kehendak rakayat, bina2lah modal insan sama, jangan harap ke institusi sekolah saja
Abah... fikir2kanlah

Monday, January 01, 2007

Universiti 2007

Mulai 1 Januari 2007, 6 kolej universiti dinaik taraf menjadi universiti penuh. Ini menjadikan jumlah universiti kerajaan kepada 18 buah. Harapan kita biarlah universiti yang ada dipenuhi oleh orang Melayu supaya lebih ramai lagi orang Melayu berilmu dan tajam daya pemikirannya. Tidak lagi wujud ada orang Melayu yang menjadi 'hamba' kepada bangsa tertentu. Terbaru sudah ada anak muda perempuan Melayu menjadi hamba seks kepada ekspatriat asing yang berada di Malaysia..Tunggu ceritanya nanti di link yang akan datang...
IPTA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM), SHAH ALAM, SELANGOR.
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM), BANGI, SELANGOR.
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM), SERDANG, SELANGOR.
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM), GOMBAK, SELANGOR.
UNIVERSITI MALAYA (UM), LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR.
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM), MINDEN, PULAU PINANG.
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM), SINTOK, KEDAH.
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM), SKUDAI, JOHOR.
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI), TG MALIM, PERAK.
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS), KOTA KINABALU, SABAH.
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS), KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA, NILAI, NEGERI SEMBILAN (nama lama kolej universiti islam malaysia -kuim).
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU, MENGABANG TELIPOT, TERENGGANU (kolej universiti sains dan teknologi malaysia -kustem).
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG, KUANTAN, PAHANG (kolej universiti kejuruteraan dan teknologi malaysia -kuktem).
UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN, PARIT RAJA, JOHOR (kolej universiti teknologi tun hussein onn -kuitttho).
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS, KANGAR, PERLIS (kolej universiti kejuruteraan utara malaysia -kukum).
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA, AYER KEROH, MELAKA (kolej universiti teknikal kebangsaan malaysia -kutkm).
UNIVERSITI DARUL IMAN (UDM), GONG BADAK, TERENGGANU.



UNIVERSITI SWASTA



MULTIMEDIA UNIVERSITY (MMU), BUKIT BERUANG, MELAKA.
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR (UNISEL), BERJUNTAI BISTARI, SELANGOR.
UNIVERSITI KUALA LUMPUR (UNIKL), BANDAR WAWASAN, JLN SULTAN ISMAIL, KUALA LUMPUR.
UNIVERSITI NOTTINGHAM KAMPUS MALAYSIA (UNiM), SEMENYIH, SELANGOR.
UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI MALAYSIA (MUST), KELANA JAYA, SELANGOR.
UNIVERSITI TEKNOLOGI CURTIN, SARAWAK (CUSM), MIRI, SARAWAK.
UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (UTP), TRONOH, PERAK.
UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN), KAJANG, SELANGOR.
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA (OUM), JLN TUN ISMAIL, KUALA LUMPUR.
UNIVERSITI TERBUKA WAWASAN, PULAU PINANG.
UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK (UNITAR), KELANA JAYA, SELANGOR.
UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (UTAR), JLN GENTING KLANG, KUALA LUMPUR.
UNIVERSITY COLLEGE SEDAYA INTERNATIONAL (UCSI), CHERAS, KUALA LUMPUR.
UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA (IMU), BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR.
SWINBURNE UNIVERSITY OF TECHNOLOGY, KUCHING, SARAWAK.
SUNWAY UNIVERSITY COLLEGE, BANDAR SUNWAY, SELANGOR.
MONASH UNIVERSITY SUNWAY MALAYSIA (MUSM), BANDAR SUNWAY, SELANGOR.
LIMKOKWING UNIVERSITY COLLEGE OF CREATIVE TECHNOLOGY, CYBERJAYA, SELANGOR.
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI DAN PENGURUSAN MALAYSIA (KUTPM), SHAH ALAM, SELANGOR.
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI ANTARABANGSA TWINTECH (IUCTT), BANDAR SRI DAMANSARA, KUALA LUMPUR.
KOLEJ UNIVERSITI TAYLOR'S, SUBANG JAYA, SELANGOR.
KOLEJ UNIVERSITI SAINS PERUBATAN CYBERJAYA(CUCMS), CYBERJAYA, SELANGOR.
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS), BANDAR SERI PUTRA, SELANGOR.
KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH, ALOR STAR, KEDAH.
KOLEJ UNIVERSITI INFRASTRUKTUR KUALA LUMPUR (KLIUC), KAJANG, SELANGOR.
KOLEJ UNIVERSITI ANTARABANGSA INTI, NILAI, NEGERI SEMBILAN.
KOLEJ UNIVERSITI ANTARABANGSA COSMOPOINT, JALAN RAJA LAUT, KUALA LUMPUR.
HELP UNIVERSITY COLLEGE, PUSAT BANDAR DAMANSARA, KUALA LUMPUR.

Thursday, December 28, 2006

Budaya membisu ancam keberkesanan mesyuarat

Benar bagai dikatakan oleh Pena Budiman dan Salleh Khalid dr Sg Petani berkenaan sindrom bisu para pegawai kerajaan semasa mesyuarat. Maka usaha dan tekad untuk memperbetulkan mestilah ada, sindrom ini sudah jadi budaya masa kini. Justeru itu, usaha tangani dan memulihkan nya akan mengambil masa yang lama.
Maka generasi, atau barisan pelapis kepimpinan yang ada untuk masa depan akan jauh berbeda bila anak didik kita yang melalui pendidikan teras bawah KBSR dan KBSM yang mentadbir. Saya kira generasi ini akan lebih hebat dari semua serba serbinya.
Abah...masa akan sampai
Pena Budiman dan Salleh Khalid sendiri adalah segenerasi dengan penulis, maka sikap malu alah rendah diri segan, hormat, . Selain itu para pegawai atasan kita yang terdidik dengan sistem 'masak' dengan Barat amat egois, penuh keakauan, tak payahlah pegawai kecil nak terlibat dalam membuat dan menentu dasar, kalau kita sekadar wakil atau tutut hadir statusnya, jika beri pandangan kita akan diserga h aje. maka tunggulah sindrom bisu ke depan ni tak ada dah....
Bacalah keluhan Salleh Khalid tentangnya....

SETELAH membaca rencana bertajuk Apabila membisu menjadi satu budaya dalam ruangan Pena Budiman, Utusan Malaysia 23 Disember 2006, saya rasa terpanggil untuk sama-sama berkongsi pandangan dan pengalaman.
Secara ringkasnya rencana itu mengutarakan ‘fenomena’ mendiamkan diri oleh kebanyakan pegawai yang menghadiri sesuatu mesyuarat, sedangkan mesyuarat itu sendiri seperti sedia maklum adalah bertujuan sebaliknya.
Fenomena seumpama itu dikatakan berlaku bukan sahaja pada mesyuarat di peringkat dalaman sesuatu jabatan tetapi juga di luar, yakni antara jabatan-jabatan.
Saya bersetuju dengan pandangan dan kenyataan yang diutarakan itu. Ini adalah berdasarkan kepada pengalaman dan pemerhatian saya sendiri.
Atas kapasiti saya sebagai ‘ketua jabatan’ di peringkat daerah bagi sebuah agensi kerajaan selama lebih dua puluh tahun, saya telah mendapat kesempatan menghadiri pelbagai mesyuarat kerana terlibat dengan berbagai jawatankuasa yang dibentuk.
Pernah beberapa kali ketika bertugas di peringkat negeri saya diarah mewakili ketua jabatan peringkat negeri dan kadangkala sebagai anggota ‘turut hadir’ sahaja.
Apa yang saya perhati dan dapat rasakan, kegiatan bercakap di dalam sesuatu majlis mesyuarat adalah bergantung secara langsung atau tidak langsungnya kepada kedudukan gred perjawatan seseorang .
Ini jelas apabila kebanyakan yang aktif mengambil bahagian bercakap atau melontarkan pandangan di dalam sesuatu majlis mesyuarat terdiri daripada mereka yang mempunyai kedudukan gred yang tinggi atau mereka yang ada ‘kedudukan sosial’ yang lebih baik.
Sedangkan mereka yang terdiri daripada kumpulan gred perjawatan lebih rendah, kurang mengambil bahagian atau mungkin akan ‘membisu’ seribu bahasa, melainkan jika diperlukan di dalam mesyuarat.
Fenomena itu besar kemungkinan adalah disebabkan oleh perasaan rendah diri atau wujudnya perasaan ‘segan’ atau ‘malu’.
Sekiranya ini boleh dijadikan asas, maka tidak syak lagi bahawa perbezaan gred perjawatan dan disertai pula dengan perasaan rendah diri atau rasa segan merupakan punca kepada wujudnya budaya membisu di dalam sesuatu mesyuarat.
Perasaan sebegini memang amat biasa berlaku dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia, lebih-lebih lagi di kalangan orang-orang Melayu.
Ini mungkin kerana mereka telah dibudayakan sedemikian rupa melalui proses sosialisasi institusi keluarga dan masyarakat.
Barangkali ini tidak ada pada masyarakat lain, terutama sekali di luar negara.
Oleh itu tepatlah seperti apa yang disebutkan di dalam rencana tersebut bahawa fenomena membisu ini tidak berlaku pada mesyuarat-mesyuarat di luar negara, sebaliknya masing-masing mengambil bahagian dengan penuh aktif untuk bercakap dan memberikan pandangan.
Seperti mana lazimnya di negara kita, setiap mesyuarat perlu diwakili oleh ketua jabatan atau agensi masing-masing yang menganggotai sesebuah jawatankuasa yang diwujudkan.
Malahan sesetengah jawatankuasa tertentu kehadiran ketua jabatan sangat penting kerana memudahkan membuat keputusan bila diperlukan di dalam mesyuarat.
Mereka yang berada pada kedudukan gred yang lebih tinggi atau status sosialnya lebih tinggi, sudah tentu ia merupakan suatu sumber keyakinan diri untuk memberi pandangan.
Justeru ia akan menjadi penggerak untuk bercakap lebih banyak.
Suasana seumpama ini jika sekalipun tidak berlaku pada semua mesyuarat atau tempat, namun apabila ia berlaku kesannya kepada fungsi dan matlamat mesyuarat itu sendiri akan tersasar.
Oleh itu bagi mengelakkan daripada berlakunya fenomena membisu ini berpanjangan di dalam mana-mana majlis mesyuarat di negara kita, saya berpendapat satu anjakan paradigma diperlukan.
Antaranya, semua anggota perlu digalakkan menggunakan kesempatan serta ruang untuk bercakap dan memberi pandangan mereka tanpa segan silu dan tanpa mengambil kira gred perjawatan dan kedudukan masing-masing.
Ini penting supaya suasana mesyuarat kelihatan lebih ‘hidup’ dan aktif di mana semua anggota ada ruang untuk memberikan pandangan.
Peranan utama di dalam menjuruskan suasana ini tentu tidak lain lagi daripada pengurusi mesyuarat.
Merekalah yang sebenarnya memegang kunci tersebut.
Pada masa yang sama, saya rasa mereka yang berkedudukan di peringkat gred yang lebih rendah perlu juga membuang segala perasaan rendah diri dan segan untuk memberikan pandangan serta bercakap.
Di samping itu, mereka juga wajar menyiapkan diri dengan hujah-hujah yang baik dan lebih ‘memukau’.

Justeru, selain mempunyai kemahiran yang tinggi di dalam bidang tugas sendiri, kemahiran lain juga diperlukan.
Ini termasuklah kemahiran menguasai pengetahuan am yang luas, kemahiran bercakap secara formal di depan khalayak dan sebagainya.
Kemahiran-kemahiran ini akan membantu membina keyakinan diri ketika berhujah.
Semua ini boleh ditimba melalui pembacaan, latihan dan perbincangan.
Di sini saya rasa kursus pengucapan awam sangat penting kepada pegawai-pegawai, terutama kepada mereka yang dilantik atau berpotensi untuk menjadi ‘ketua’ di peringkat daerah, unit atau seumpamanya.

Pilihanraya Kecil DUN Batu Talam Ke 2 !!!!!!!

Al Fatihah, Pahang kehilangan lagi wakil rakyat. Bermakna pilihanraya kecil kali ke 2 tempat yang sama selepas 50 tahun BN memerintah Pahang. Jika sifirnya tepat dan makluman oleh Speakar Pahang , pilihanraya kecil akan diadakan pada 27 Februari 2007.
Pilhanraya akan diadakan lewat atau awal bergantung kepada SPR. DUN Batu Talam bergema lagi pilihanraya kecil kali ke 2. Bagi PAS yang bakal dan akan meletakkan calon kena memikrikan strategi baik. kebiasaan di Pahang boleh diluarbiasakan, lihat mood rakyat dengan kenaikan harga barang dan bebanan tol. Minda pengundi Batu Talam , adalah ukuran sejauhmanakah 'kemaraha' rakyat.
Selamat Berpilihanraya .......

27 Dis. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, Datuk Tengku Paris Tengku Razlan, 66, meninggal dunia sebaik sahaja penerbangan ihsan yang membawanya mendarat di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, Kelantan pada pukul 6.15 petang ini.
Allahyarham yang menderita penyakit barah paru-paru dan usus sejak setahun lalu sepatutnya diterbangkan ke kediamannya di Taman Shahbandar, Jalan Cheroh, Raub menggunakan helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu.
Bagaimanapun, cuaca buruk untuk ke Raub telah menyebabkan beliau terpaksa diterbangkan ke Hospital Gua Musang.
Menurut anak sulungnya, Tengku Saiful Bahri, 43, bapanya yang sebelum ini mendapat rawatan di Hospital Pakar Kuala Terengganu (HPKT) sejak empat hari lalu mula berada dalam keadaan tenat sejak petang semalam.
‘‘Melihatkan keadaan arwah, kami sekeluarga membuat keputusan untuk membawanya pulang ke rumah kami di Raub tetapi sewaktu beliau diterbangkan keadaan cuaca sangat buruk sehingga memaksa helikopter yang membawa bapa saya mendarat di IPD Gua Musang.
‘‘Arwah menghembuskan nafas terakhirnya selepas 2 hingga 3 minit pesawat Nuri mendarat iaitu kira-kira pukul 6.15 petang ini,” katanya ketika dihubungi di sini petang ini.
Tengku Saiful berkata, ibunya, Raja Noraziah Raja Yunan, 64, berada di sisi Allahyarham sewaktu beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Jelasnya lagi, sebelum ini, arwah pernah dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan selama tiga hari sebelum dibawa ke Kuala Terengganu bagi mendapatkan rawatan alternatif, Homepathy.
Tambah Tengku Saiful, disebabkan bapanya itu memerlukan rawatan pemindahan darah, Allahyarham kemudiannya dimasukkan ke HPKT.
‘‘Bagaimanapun, sewaktu dirawat di hospital tersebut keadaan bapa saya bertambah tenat,” ujarnya.
Tengku Paris memenangi kerusi Batu Talam selama dua penggal sejak tahun 1999 dan pada pilihan raya 2004 lalu, beliau menewaskan calon Pas, Dr. Mohamed Nilam Abdul Manap dengan majoriti 2,761 undi.
Beliau mendapat sebanyak 5,414 undi manakala lawannya pula menerima 2,653 undi.
Allahyarham memperoleh enam cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama Raja Noraziah iaitu Tengku Saiful Bahari, Tengku Shahrizan, 36, Tengku Hairul Niza, 33, Tengku Nazatul Shima, 30 dan pasangan kembar, Tengku Ahmad Farid dan Tengku Aziati, 27.
Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kampungnya tengah malam ini dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hulu Gali, Raub selewat-lewatnya petang esok.

Tuesday, December 26, 2006

Antara Banjir

Banjir membawa musibah ? Tangkap penyangak banjir, PAS tak sensitif dengan penderitaan rakyat dan sebagainya
Itulah antara beberapa judul berita. Hasilnya kita dapat banyak pengajaran dan iktibar. Pertama kita hidup tidak boleh rasa leka, banjir atau musibah lain adalah benda2 yang luar jangka , ini adalah pengajaran Allah belaka.
Kedua lahir golongan penyangak banjir kata PM, sebenarnya penyangak ini tidak lahir dengan sendiri mestilah ada sebab dan akibatnya. Golongan penyangak ini adalah golongan muda antara 17-30 tahun yang diberkas oleh polis. Ini memberi jawapan betapa sistem pendidikan yang dilalui adalah yang membentuk dan menghasilkan para penyangak ini. Jika penulis nak bandingkan dengan tahap didikan dulu dan sekarang , tak lah boleh dibuat bandingan nanti undur ke belakang pulak. Maka bolehlah kita fikir-fikirkan.
Abah .... nak mengaborkan
Ketiga Pemuda PAS berhimpun dan tak sensitif kerana asyik main politik dan berpolitik tak kira masa. Kita kesian UMNO baru nampak pemuda, kenapa dia tak gunakan sepenuhnya jentera kerajaan ke tahap 100 peratus, macam mana masa pilihanraya lepas2. Tak kan ini pun nak bagi tau. Sebenarnya baiklah jika depa berhimpn daripada jadi penyangak banjir. Dak gitu...

Monday, December 25, 2006

25 pesanan luqmanul hakim


01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

03 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 - selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.
18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yg akan mendatangkan cela pd dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.
Sekian, Wassalam.

Belajar berbahasa

Apa sudah jadi?: Awalan di- atau Kata Sendi Nama 'di'?[ ]

Kementerian Pelajaran telah pun mengisytiharkan Sistem Ejaan Rumi Baharu pada 1970.
Melalui Pedoman Ejaan Rumi Baharu yang diedarkan telah dijelaskan bagaimana mengeja semua bentuk kata sama ada kata sendi nama mahupun kata awalan.Namun, sehingga hari ini kekeliruan masih berlaku dalam pengejaan kata sendi nama ‘di’ dan kata awalan di-. Lebih mengaibkan, kesalahan tersebut berlaku di premis yang tidak sewajarnya berlaku, iaitu di salah sebuah bangunan di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia.Perkataan di- dalam “Di larang Makan dan Minum …’, seharusnya dieja bercantum kerana di- dalam perkataan ‘dilarang’ ialah awalan.
Sementara di dalam perkataan “Sila gunakan pintu disebelah” seharusnya dieja terpisah, iaitu ‘di sebelah’ kerana ‘di’ dalam perkataan tersebut ialah kata sendi nama yang boleh berdiri sendiri dan harus dieja terpisah.Klik DBP mengucapkan syabas kepada pengirim gambar kesalahan bahasa ini, kerana walaupun beliau merupakan pelajar luar negara, tetapi beliau prihatin akan usaha DBP memartabatkan bahasa kebangsaan.
Abah... masih lagi belajar