Thursday, December 28, 2006

Pilihanraya Kecil DUN Batu Talam Ke 2 !!!!!!!

Al Fatihah, Pahang kehilangan lagi wakil rakyat. Bermakna pilihanraya kecil kali ke 2 tempat yang sama selepas 50 tahun BN memerintah Pahang. Jika sifirnya tepat dan makluman oleh Speakar Pahang , pilihanraya kecil akan diadakan pada 27 Februari 2007.
Pilhanraya akan diadakan lewat atau awal bergantung kepada SPR. DUN Batu Talam bergema lagi pilihanraya kecil kali ke 2. Bagi PAS yang bakal dan akan meletakkan calon kena memikrikan strategi baik. kebiasaan di Pahang boleh diluarbiasakan, lihat mood rakyat dengan kenaikan harga barang dan bebanan tol. Minda pengundi Batu Talam , adalah ukuran sejauhmanakah 'kemaraha' rakyat.
Selamat Berpilihanraya .......

27 Dis. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, Datuk Tengku Paris Tengku Razlan, 66, meninggal dunia sebaik sahaja penerbangan ihsan yang membawanya mendarat di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, Kelantan pada pukul 6.15 petang ini.
Allahyarham yang menderita penyakit barah paru-paru dan usus sejak setahun lalu sepatutnya diterbangkan ke kediamannya di Taman Shahbandar, Jalan Cheroh, Raub menggunakan helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu.
Bagaimanapun, cuaca buruk untuk ke Raub telah menyebabkan beliau terpaksa diterbangkan ke Hospital Gua Musang.
Menurut anak sulungnya, Tengku Saiful Bahri, 43, bapanya yang sebelum ini mendapat rawatan di Hospital Pakar Kuala Terengganu (HPKT) sejak empat hari lalu mula berada dalam keadaan tenat sejak petang semalam.
‘‘Melihatkan keadaan arwah, kami sekeluarga membuat keputusan untuk membawanya pulang ke rumah kami di Raub tetapi sewaktu beliau diterbangkan keadaan cuaca sangat buruk sehingga memaksa helikopter yang membawa bapa saya mendarat di IPD Gua Musang.
‘‘Arwah menghembuskan nafas terakhirnya selepas 2 hingga 3 minit pesawat Nuri mendarat iaitu kira-kira pukul 6.15 petang ini,” katanya ketika dihubungi di sini petang ini.
Tengku Saiful berkata, ibunya, Raja Noraziah Raja Yunan, 64, berada di sisi Allahyarham sewaktu beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Jelasnya lagi, sebelum ini, arwah pernah dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan selama tiga hari sebelum dibawa ke Kuala Terengganu bagi mendapatkan rawatan alternatif, Homepathy.
Tambah Tengku Saiful, disebabkan bapanya itu memerlukan rawatan pemindahan darah, Allahyarham kemudiannya dimasukkan ke HPKT.
‘‘Bagaimanapun, sewaktu dirawat di hospital tersebut keadaan bapa saya bertambah tenat,” ujarnya.
Tengku Paris memenangi kerusi Batu Talam selama dua penggal sejak tahun 1999 dan pada pilihan raya 2004 lalu, beliau menewaskan calon Pas, Dr. Mohamed Nilam Abdul Manap dengan majoriti 2,761 undi.
Beliau mendapat sebanyak 5,414 undi manakala lawannya pula menerima 2,653 undi.
Allahyarham memperoleh enam cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama Raja Noraziah iaitu Tengku Saiful Bahari, Tengku Shahrizan, 36, Tengku Hairul Niza, 33, Tengku Nazatul Shima, 30 dan pasangan kembar, Tengku Ahmad Farid dan Tengku Aziati, 27.
Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kampungnya tengah malam ini dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hulu Gali, Raub selewat-lewatnya petang esok.

No comments: