Monday, December 25, 2006

Belajar berbahasa

Apa sudah jadi?: Awalan di- atau Kata Sendi Nama 'di'?[ ]

Kementerian Pelajaran telah pun mengisytiharkan Sistem Ejaan Rumi Baharu pada 1970.
Melalui Pedoman Ejaan Rumi Baharu yang diedarkan telah dijelaskan bagaimana mengeja semua bentuk kata sama ada kata sendi nama mahupun kata awalan.Namun, sehingga hari ini kekeliruan masih berlaku dalam pengejaan kata sendi nama ‘di’ dan kata awalan di-. Lebih mengaibkan, kesalahan tersebut berlaku di premis yang tidak sewajarnya berlaku, iaitu di salah sebuah bangunan di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia.Perkataan di- dalam “Di larang Makan dan Minum …’, seharusnya dieja bercantum kerana di- dalam perkataan ‘dilarang’ ialah awalan.
Sementara di dalam perkataan “Sila gunakan pintu disebelah” seharusnya dieja terpisah, iaitu ‘di sebelah’ kerana ‘di’ dalam perkataan tersebut ialah kata sendi nama yang boleh berdiri sendiri dan harus dieja terpisah.Klik DBP mengucapkan syabas kepada pengirim gambar kesalahan bahasa ini, kerana walaupun beliau merupakan pelajar luar negara, tetapi beliau prihatin akan usaha DBP memartabatkan bahasa kebangsaan.
Abah... masih lagi belajar

No comments: