Saturday, March 04, 2023
KEMISKINAN MAHU DINOKTAHKAN ?
Wednesday, March 01, 2023
DEWAN RAKYAT BERGELORA ....
Tuesday, February 28, 2023
MP-MP DALAM DR ...SERIUS SIKIT
SESI PARLIMEN DAH DIBUKA...
Banyak sangat MP-MP daripada kedua-dua belah , main2 dan suka2 dalam Dewan Rakyat
Rakyat bayar gaji MAHAL dan pilih depa..Buatlah SERIUS ckt
Wednesday, February 15, 2023
Bravo -SALUTE .... SPRM
'SPRM tumpu rasuah skala besar, dulu sibuk tangkap ikan bilis'
Saturday, January 28, 2023
UMNO dr Tinta MSO
Pemecatan ahli, keberanian Zahid
![]() |
| Khairy, Hishammudin dan Razlan antara dipecat dan digantung. Foto: FMT |
SESUDAH SUBUH
Tindakan itu diambil untuk membersihkan parti berkenaan daripada anasir yang mengkhianti parti yang dianggap keramat selama ini, apabila cuba melakukan sabotaj dan pengkhianatan kepada parti.
Empat pemimpin tertinggi terbabit dengan tindakan itu dibuat dalam mesyuarat MT Umno malam tadi; mereka adalah bekas Ketua pemuda Khairy Jamnaluddin Abu Bakar yang dipecat terus daripada parti.
Pemimpin lain yang dikenakan tindakan digantung enam tahun, bekas Pemangku Ketua Pemuda yang juga bekas Nib Presiden Hishammmudin Hussein Onn, Naib Ketua Pemuda Shahril Hamdan Suffian, bekas Adun Tiram Mulizan Bujang dan bekas ahli Parlimen Jempol Salim Sharif. Lain-lain turut terbait ialah, lima ahli Umno Pasir Guang, sembilan ahli Umno Putrajaya, dua Tanjung Karang dan 26 ahli Umno dari Pahang.
Mereka didakwa melakukan pelbagai kesalahan termasuk menjadi calon bebas dalam pilihan raya lalu.
Pengerusi Umno Johor yang juga bekas MB Hasni Mohamad juga terbabit dengan tindakan itu apabila digugurkan sebagai pengerusi Umno Johor tempatnya diganti Khaled Nordin.
Seingat saya tindakan dibuat Umno semalam sejarah sepanjang penubuhan parti bernuansa Melayu itu. Sebelum ini Umno juga telah memecat bekas bekas Setiausaha Agungnya Annuar Musa dan menggantung beberapa ahli yang sekongkol dengan bekas ahli Parlimen Ketereh itu. Belum pernah Umno mngambil tindakan memecat ahli atas tujuan pembersihan secara beramai-ramai begitu.
Pada tahun 1987 Umno telah terbelah dua apabila tema B yang diwujudkan semasa perlawanan merebut jawatan prsiden Umno antara Tengku Razaleigh Hamzah dengan Dr Mahathir Mohamad kemudian bertindak menubuhkan parti Semangat 46 bagi menentang Umno dan Dr Mahathir.
Bagaimana pun tindakan mereka ketika itu bukan atas sifat mereka dipecat daripada parti, sebaliknya kerana Umno diisytiharkan sebagai tidak sah.
Peristiwa permecatan ratusan ahli malam tadi adalah satu sejarah buat Umno.
Tindakan itu seprtti mana diramalkan sejak awal sesuatu yang berat dilakukan Umno khasnya presiden Zahid Hamidi tetapi terpakasa dibuat untuk menyelamatkan Umno dan juga kerajaan Perpaduan. Keutuhan kerajaan Perpaduan sangat bergantung kepada kehormonian dalam Umno. Tindakan itu bolehlah disifatkan ia dibuat mengikut usul fikh dimana sedia menghadapi mudarat kecil demi mengelakkan mudarat lebih besar.
Jika para anasir itu dibiarkan dalam Umno ia berpotensi untuk mencelarukankan parti itu dengan tindakan mereka lebih mementingkan kepuasan dan sahwat politik daripada kepentingan parti dan negara.
Pucuk pimpinan Umno perlu menggambil tindakan itu apabila mereka yang dipecat itu disifat sebagai ansir boleh mencemar dan menimbulkan masalah kepada Umno. Tanpa menghuraikan lanjut sebab musabab mengapa mereka dipecat, setiap individu terbabit tahu dan mengerti serta merasa wajar mereka dipecapat.
Justeru mereka tidak perlu bersoal dan mengungkitkan termasuk mempertikaikan iakan apakah pemecatan mereka itu mnggunakan undang-undang rimba atau hantu.
Syabas kepada Zahid Hamidi atas apa yang berlaku. Meskipun beliau berat untuk menyaksikan keadaan itu berlaku dalam Umno ketika beliau menjadi presiden, tetapi itulah cara terbaik untuk beliau selamatkan parti.
Persoalan kini ke manakah arah dan tuju mereka yng dipecat itu? Sebagai orang politik tidak mungkin mereka mendiam diri, sebaliknya akan terus bangkit sekurang-kurangnya untuk memuaskan hati sendiri. Di sini untuk masa ini saya tidak sedia mengulas dan membaca nasib politik mereka. Cuma apa yang ingin ditegaskan mereka tidak akan mendiamkan diri. Kalau pemecatan itu sesuatu menyakitkan mereka pasti akan berusaha mengubati diri mereka.
Sebagai orang politik yang dinamik dan di dalam dirinya ada nafsu mereka akan tetap hidup dan berusaha untuk memasarkan diri mereka.
Khairy Jamaluddin mengulas pemecatannya mengatakan dia setia dengan Umno dan tidak kecewa, tidak tunduk dan tidak terkesan. Kata-kata itu menggambarkan jiwa besar dan keegoaannya sebagai ahli politik. Dengan memahami sifat dan keperibadian Khairy beliau pasti akan melakukan sesuatu dengan tindakan itu. Saya akan cuba memberi pencerahana di masa lain.
Cuma apa hendak disebut disini, mereka yang terbabit itu sekiranya sudah hilang kecintaan kepada Umno, ada ruang terbuka luas di luar sana. Jika mereka diibaratkan ikan, ada kolam dan lopak untuk mereka meneruskan kehidupan meskipun kena bernafas dalam lumpur. Mereka boleh menyertai Bersatu, atau Pas atau pun bergabung dengan rakan mereka yang lebih awal dipecat, Annuar Musa bagi menggerakan Ngo Mufakat Nasional (MN) untuk menukarnya menjadi parti politik.
Parti-parti Bersatu dan Pas atau Gerakan akan mengetuk pintu kalbu mereka, memberi salam untuk bnersama mereka. Apakah mereka sedia menyambutnya terserah kepada mereka. Pokoknya di luar sana ada kolam dan lopak untuk survival mereka. [wm.kl. 9:04 am 28/01/2023] * tanpa edit.
Thursday, January 19, 2023
LANGKAH PEMULIHAN UMNO....MUU
LANGKAH PEMULIHAN UMNO.....
Wednesday, January 18, 2023
Penubuhan MUU tepat pada masanya
JELANG DHUA
DALAM perhimpunan Agung Umno (Pau) yang baru berlalu presiden Ahmad Zahid Hamidi telah mengumumkan penubuhan Majlis Ulama Umno (MUU). Majlis ini dilihat mempunyai bidang kuasa lebih besar daripada biro agama yang sedia ada.
Tokoh agama Umno yang juga bekas ahli Parlimen Tumpat Dusuki Ahmad telah dipilih dan dilantik menjadi pengerusi majlis berkenaan. Keanggotaan penuh majlis itu dan strukturnya belum diumumkan.
Selain Dusuki, bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama (MSU) Pas Dr Khairuddin Aiman Razali juga disebut akan menganggotai majlis berkenaan. Dalam satu hantaran status dalam facebook presiden Umno Zahid Hamidi, perkara itu ada dibayangkan.
Khairuddin juga merupakan bekas ahli Parlimen Kuala Nerus dan di antara yang dilantik menjadi pegawai Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi. Diyakini Khairuddin dengan pengalaman dan ilmu dimiliki diberi tanggungjawab berkaitan dengan hal ehwal dan pengurusan agama.
Khairuddin adalah bekas tokoh dan agamawan dalam Pas yang dikatakan bertanggungjawab dalam merintis kerjasama Pas dengan Umno menerusi Muafakat Nasional (MN) menjelang pilihan raya umum ke-15 lalu. Bagaimana pun usahanya berjalan sekerat jalan sahaja, ia berakhirnya dengan beliau memohon untuk berhenti daripada menjadi ahli Pas.
Khairuddin dikatakan ada masalah peribadi menyebabkan usaha murninya mempersatukan Umno dengan Pas gagal apabila puncuk pimpinan Pas lebih selesa dengan Bersatu berbanding dengan Umno. Selepas kecewa nawaitunya tidak direstui beliau bertindak berundur daripada Pas secara terhormat.
Selepas berundur daripada menjadi ahli Pas, beliau terus berjinak dan bermesra dengan Umno sehinggakan dalam piraum lalu beliau bertanding atas tikit BN di parlimen Kuala Nerus. Cita-cita dan hasratnya ingin mempertautkan persaudaraan Islam amat kuat. Apakah Khairuddin sudah menjadi ahli Umno secara rasmi?
Idea atau ilham untuk membentuk majlis agama dalam Umno diperkirakan disumbang oleh pemikirannya. Tidak ramai mengenali Khairuddin dan peranannya dalam Pas selaku perancang politik bernuasa Islam yang baik dan pernah berjaya. Kekalahan golongan Prolib dalam muktamar Pas tahun 2014 kemudian menyebabkan kumpulan itu keluar beramai-ramai daripada Pas dan menubuhkan parti cap "A", (2015) katanya gara-gara perancangan diaturkan oleh bekas menteri Perusahaan, Peladangan dan Komoditi itu. Mengeluarkan golongan Prolib daripada Pas disifatkan sebagai rekod kejayaannya.
Peranan dan fungsi MUU
Berbalik kepada MUU yang telah ditubuhkan itu ia bakal mengubah landskap politik dalam Umno secara tidak langsung ia meletakkan agama sebagai fungsi penting dalam parti itu. Majlis itu akan meletakkan Umno sama lebel dengan parti Pas dari sudut organisasi. MUU akan setanding dengan Majlis Syura Ulama Pas yang menjadi kuasa penentu dalam hal ehwal berkaitan agama, hukum dan berijtihad tentang sesuatu diambil oleh Pas.
Justeru peranan MUU bukan sahaja setakat untuk menghimpun agamawan menyertai parti itu, menjalini ikatan persaudara Islam dengan dunia luar, atau memperkasakan agenda dakwah dan terbiah dalaman parti, untuk mempertahankan Umno daripada diserang sebagai kafir atau dibobokan sebagai parti yang unIslamic.
Dalam pada itu MUU ini juga akan bertindak sebagai badan tertinggi dalam parti itu untuk memberi nasihat dan fatwa berkaitan dengan hal ehwal agama. Majlis ini boleh menjadi rakan atau badan peruding dengan majlis-majlis lain seumpamanya demi menjaga maruah dan harakat agama.
Kalau biro agama sekadar menguruskan kegiatan keagamaan dalam parti itu, seperti "melepas batuk ditangga" tetapi majlis ini lebih jauh dan besar pernanan dan tanggungjawab daripada menjadi badan pemantau parti dalam hal ehwal agama dan memartabatkannya.
Kewujudan MUU ini tepat pada masanya kini, ketika penyebaran fahaman jahiliah yang songsang, sesat dan diluar syariah Islam dipergunakan secara meluas dalam politik. Sebuah parti politik bernuansa Islam tidak segan silu lagi memperalatkan agama untuk kepentingan politik mereka semata-mata sehingga tidak peduli mana yang haq dan batil. Penggunaan dan pengeksploitasian agama secarta rakus ini sangat merbahaya dan mengotorkan Islam itu sendiri.
Apa dicanang oleh parti ini melalui strategi menggunakan agama untuk memperkukuhkan partinya sangat bahaya dan ia boleh merosakkan perpaduan dan berlaku perpecahan ummah. Fahaman sesat ini tidak boleh dibiarkan kerana ia membantut usaha membangun bangsa negara. Dalam pada itu sikap dan tindakan melampau parti ini boleh mengelirukan orang bukan Islam dalam melihat dan menilai martabat dan darjat sebenar Islam.
Golongan paling terkesan dan termakan dengan dakyah politik menggunakan agama ini ialah golongan muda. Ini terbukti dalam pilihan lalu bila mana pengundi 18 tahun pertama kali mengundi telah membuat pilihan berdasarkan kempen yang berunsurkan agama yang membuat naratif jahiliah kalau undi selain daripada parti itu sebagai kafir dan masuk neraka.
Dalam hal ini MUU boleh berpernan menjadi badan yang akan merumuskan sesuatu keputusan atau kaedah membenteras fahaman sesat politik jahiliah ini. Dalam hal ini MUU boleh menggubal fatwa untuk dijadikan panduan dan asas kepada kerajaan atau pihak berwajib bertindak mengharam parti berkenaan atau setidak-tidaknya mencadangkan penggunaan nama atau perkataan "Islam" dalam parti itu dibuang.
Walaupun perkataan "Islam" digunakan sebagai akronim parti itu hanya sebuah nama dan perkataan bulan hakikintya, tetapi ia diselewengkan dan diberi pengertian sebagai ia adalah agama yang perlu ditaati dan jika melanggarnya sebagai berdosa besar.
Sudah sampai masanya parti politik yang menggunakan agama untuk mempengaruhi orang ramai sehingga melencung daripada ajaran dan syariah sebenarnya diambil tindakan.
Selain itu MUU juga perlu mencari kaedah atau pun mengemukakan cadangan kepada pihak berkuasa agar bertindak kepada mana-mana individu yang menjadi agen kepada mana-mana politik yang menjadikan elemen agama sebagai modal kempen bagi tujuan politik sempit. Golongan ini galak menggunakan podium masjid atau surau untuk merancuni pemikiran jemaah. [wm.kl.9:21 am 18/01/2023]
Wednesday, January 04, 2023
UMNO BAKAL DIPULIHKAN ?
Nama pun berpolitik. Ia sentiasa berubah dan diubah. Macam la juga hari tu sebelum pru15. Macam-macam No DAP No Anwar No Komunis ..mcm2 no
Buang pengkhianat dalam UMNO, sertai kempen ‘Asal bukan Zahid’
Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya atuk Tun Faisal Ismail Aziz menyokong kempen 'Asal bukan Zahid' digerakkan ketua-ketua bahagian UMNO di seluruh negara.
Semua ketua bahagian UMNO, ketua Pemuda, Puteri dan perwakilan diajak menyertai kempen ‘Asal bukan Zahid’ bagi memperbaiki kerosakan parti akibat tangan pengkhianat dan penggerak jajaran baharu.
Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Datuk Tun Faisal Ismail Aziz membuat seruan itu setelah UMNO kini semakin ditolak oleh bangsa Melayu dan Islam, khususnya selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan PRU-15.
Dalam satu kenyataan, beliau yang sebelum ini pernah mencabar Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersumpah atas nama Allah berkaitan isu klip audio yang tular, dan surat sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata UMNO perlu dibersihkan daripada pengkhianat dan rejim lama.\
“UMNO sudah dilihat rosak dan semakin ditolak oleh masyarakat Melayu dan Islam. Ambillah kesempatan untuk bersihkan parti daripada pemimpin-pemimpin pengkhianat dan penggerak jajaran baharu.
“Old regime must go. Gunakan sebaik-baik undi anda untuk pastikan pemimpin yang gagal dalam PRU-14, yang ditolak oleh rakyat yang sudah menjadi liabiliti kepada parti, digantikan dengan pemimpin yang lebih bersih, yang diterima rakyat, yang boleh membawa pembaharuan terhadap UMNO.
“Zahid perlu digantikan. Pemimpin pembodek dia juga mesti digantikan supaya UMNO akan lebih diterima rakyat dan kembali kepada perjuangan asal.
“Berubah atau dikuburkan dalam PRU-16,” katanya mengulas kempen ‘Asal bukan Zahid’ yang dikatakan digerakkan oleh kira-kira 100 ketua UMNO bahagian di seluruh negara secara senyap terhadap Zahid.
Sebuah portal sebelum ini melaporkan, kempen ‘Asal Bukan Zahid’ bermula apabila beberapa Ketua UMNO Bahagian berjumpa Bendahari Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Hussien agar mengambil tanggungjawab memulihkan UMNO.
Selain itu, laporan berkenaan juga menyebut bahawa sebahagian lagi telah berjumpa Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menuntut perkara yang sama.
Portal berkenaan memetik sumber mendakwa ketua UMNO bahagian terbabit mendesak perubahan drastik dalam UMNO namun mereka tidak bergerak sebagai kumpulan yang besar.
Mereka mahu ketiga-tiga pemimpin ini bekerjasama menukar kepimpinan UMNO yang dilihat gagal membantu pemulihan parti itu.
Pemerhati politik pula berpendapat kempen ‘Asal Bukan Zahid’ itu kian mendapat sokongan berikutan tindakan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu membawa UMNO menyertai kerajaan bersama PKR dan DAP.
Setakat ini difahamkan terdapat kira-kira 50 orang Ketua Umno Bahagian telah menyatakan sokongan kepada Hishammuddin bagi bertanding jawatan Presiden UMNO bagi menggantikan Zahid.
Malah diberitahu sudah beberapa siri pertemuan Ketua UMNO Bahagian bersama kumpulan Hishammuddin, Ismail Sabri dan Khairy sudah diadakan.
Kekalahan teruk UMNO pada PRU-15 membuatkan akar umbi mahukan gelombang perubahan dalaman parti dan juga teraju baharu bagi memberi nafas serta imej segar kepada parti supaya kembali relevan di hati rakyat.
Sunday, January 01, 2023
Monday, October 31, 2022
Saturday, October 29, 2022
pru 15- semoga dipermudahkan
PRU15: Senarai penuh calon PKR tanding kerusi Parlimen

ANWAR
Ibrahim dalam sidang akhbar ketika mengumumkan senarai calon yang akan
bertanding pada PRU15. - FOTO/MOHD. FARIZWAN HASBULLAH
- Oleh AHMAD FADHLULLAH ADNAN dan
ARIF AIMAN ASROL
- 29 Oktober 2022, 9:15 am
AMPANG: PKR menamakan 72 calon parti
itu yang akan bertanding atas tiket Pakatan Harapan
(PH) pada
PRU15 dalam satu majlis di padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), di
sini.
Advertisement
Calon yang terpilih dalam masa sama
diminta menandatangani borang Aku Janji yang difahamkan melibatkan persetujuan
pemulangan wang deposit pencalonan, potong elaun jika menang jadi wakil rakyat
dan setuju isytihar harta.
Bagaimanapun, tiga lagi kerusi kuota
PKR membabitkan kawasan Sungai Siput, Tapah dan Sembrong masih belum diputuskan
sama ada diwakili Parti Ikatan Muda Demokratik Malaysia (Muda) atau Parti
Sosialis Malaysia (PSM).
Ads by Kiosked
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim
ketika berucap menjelaskan, pimpinan terpaksa melalui proses yang rumit dan
melelahkan untuk memilih calon terbaik walaupun parti itu mempunyai barisan
calon berpotensi yang ramai.
Beliau berkata, individu yang tidak
terpilih bagaimanapun diharap dapat terus berpegang kepada ikrar mereka untuk
membela nasib rakyat.
Terdahulu, seramai tiga penyandang
Parlimen PKR digugurkan apabila nama mereka tidak disebut dalam majlis
pengumuman calon parti itu di sini.
Antaranya penyandang Parlimen Sungai
Petani, Datuk Johari Abdul Ghani; penyandang Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin
Abdullah dan penyandang Parlimen Sungai Buloh, R.Sivarasa. – UTUSAN
Berikut adalah senarai penuh 72 calon
Parlimen PKR bagi menghadapi PRU15:
P002 Kangar – Noor Amin Ahmad
P003 Arau – Fathin Amelina Fazlie
P005 Jerlun – Mohamed Fadzil Mohd.
Ali
P006 Kubang Pasu – Mohd. Aizuddin
Ariffin
P009 – Alor Setar – Simon Ooi Tze
Min
P010 Kuala Kedah – Azman Ismail
P011 Pendang – Zulkifly Mohamad
P014 Merbok – Nor Azrina Surip
P015 Sungai Petani – Mohammed Taufiq
Johari
P017 Padang Serai – M.Karupaiya
P018 Kulim Bandar Baharu – Saifuddin
Nasution Ismail
P022 Pasir Mas – Husam Musa
P025 Bachok – Nor Azmiza Mamat
P026 Ketereh – Rahimi L. Muhamud
P027 Tanah Merah – Mohamad Suparadi Md.
Noor
P029 Machang – Dr. Rosli Allani Abdull
Kadir
P032 Gua Musang – Asharun Uji
P034 Setiu – Mohamad Ngah
P038 Hulu Terengganu – Alias
Ismail
P039 Dungun – Mohasdjone @ Mohd. Johari
Mohamad
P040 Kemaman – Hasuni Sudin
P044 Permatang Pauh – Nurul Izzah Anwar
P047 Nibong Tebal – Fadhlina
Sidek
P052 Bayan Baru – Sim Tze Tzin
P053 Balik Pulau – Mohamad Bakhtiar Wan
Chik
P055 Lenggong – Jurey Latiff Mohd.
Rosli
P058 Bagan Serai – Siti Aishah Shaik
Ismail
P061 Padang Rengas – Muhammad Kamil
Abdul Munim
P063 Tambun – Datuk Seri Anwar
Ibrahim
P071 Gopeng – Tan Kar Hing
P073 Pasir Salak – Nik Omar Nik Abdul
Aziz
P075 Bagan – Datuk Shamsul Iskandar
Mohd. Akin
P077 Tanjong Malim – Chang Lih Kang
P081 Jerantut – Datuk Dr. Hassan Basri
Awang Mat Dahan
P082 Indera Mahkota – Zuraidi
Ismail
P083 Kuantan – Fuziah Salleh
P085 Pekan – Mohd. Naim Zainal
Abidin
P090 Bera – Abas Awang
P091 Rompin – Erman Shah Jaios
P093 Sungai Besar – Saipolyazan Mat
Yusop
P094 Hulu Selangor – Dr. Sathia Prakash
Nadarajan
P097 Selayang – William Leong
P098 Gombak – Datuk Seri Amirudin
Shari
P099 Ampang – Rodziah Ismail
P100 Pandan – Rafizi Ramli
P104 Subang – Wong Chen
P105 Petaling Jaya – Lee Chean
Chung
P107 Sungai Buloh – R. Ramanan
P109 Kapar – Abdullah Sani Abdul
Hamid
P112 Kuala Langat – G. Manivanan
P115 Batu – P. Prabakaran
P116 Wangsa Maju – Zahir Hassan
P118 Setiawangsa – Nik Nazmi Nik
Ahmad
P121 Lembah Pantai – Fahmi Fadzil
P124 Bandar Tun Razak – Datuk Seri Dr.
Wan Azizah Wan Ismail
P125 Putrajaya – Dr. Noraishah Mydin
Abdul Aziz
P129 Kuala Pilah – Noor Azman
P131 Rembau – Jufitri Joha
P132 Port Dickson – Aminuddin Haron
P140 Segamat – R. Yuneswaran
P141 Sekijang – Dr. Zaliha
Mustapha
P143 Pagoh – Iskandar Shah Abd.
Rahman
P144 Ledang – Syed Ibrahim Syed
Noh
P150 Batu Pahat – Onn Abu Bakar
P151 Simpang Renggam – Maszlee
Malek
P155 Tenggara – Zuraidah Zainab Mohd.
Zain
P158 Tebrau – Jimmy Puah Wee Tse
P159 Pasir Gudang – Hassan Karim
P160 Johor Baharu – Akmal Nasrullah
Mohd. Nasir
P164 Pontian – Mohd. Sayfaul Ariffin
Abdul Karim
P136 Tangga Batu – Rusnah Aluai
P137 Hang Tuah Jaya – Adam Adli Abd.
Halim
Sunday, October 16, 2022
Rakyat kaji dan tunggu banjir ke tidak, Depa duk kaji nk tanding dan menang berapa kerusi !!!
La ni rakyat tengah kira..banjir ke dak masa nk mengundi
Depa dok kaji berapa kerusi nk bertganding,
Depa dok kaji menang atau kalah BN
Friday, October 14, 2022
Alahai PRU !!!! Oh PRu
Pok Su Mail bagi tahu ...parlimen bubar kerana 12 menteri dalam kabinat yg wakil PN buat perangai, ganggu keharmonian kabinet
Macam, mana ni patut , yg kacau keharmonian kabinet dan kerajaan adalah MP pembangkang
tu lah ..pola fikir depa ..sanggup dan tidak sanggup ..antara rakyat dan jemaah menteri
Rakyat 32 juta orang, kabinet 76 orang je
tapi depa sanggup ...ambik hok kepentingan 76 dengan 32 juta orang
Thursday, October 13, 2022
PRU 15: TIBAI LAH
Pilihanraya TIBA lagi. Alahai PM/BN kenapa dan mengapa diadakan juga dalam masa terdekat dan tahun ini. nampak huru hara pengurusan kuasa negara.
Rakyat nak kata apa, kuasa dekat hangpa..Balun dan tibai... ikut sifir hangpa la. Biarlah rakyat MAMPUIH !!!!!
