Wednesday, January 04, 2023

UMNO BAKAL DIPULIHKAN ?

Nama pun berpolitik. Ia sentiasa berubah dan diubah. Macam la juga hari tu sebelum pru15. Macam-macam No DAP No Anwar No Komunis ..mcm2 no 


Buang pengkhianat dalam UMNO, sertai kempen ‘Asal bukan Zahid’


Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya atuk Tun Faisal Ismail Aziz menyokong kempen 'Asal bukan Zahid' digerakkan ketua-ketua bahagian UMNO di seluruh negara.


Semua ketua bahagian UMNO, ketua Pemuda, Puteri dan perwakilan diajak menyertai kempen ‘Asal bukan Zahid’ bagi memperbaiki kerosakan parti akibat tangan pengkhianat dan penggerak jajaran baharu.

Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Datuk Tun Faisal Ismail Aziz membuat seruan itu setelah UMNO kini semakin ditolak oleh bangsa Melayu dan Islam, khususnya selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan PRU-15.


Dalam satu kenyataan, beliau yang sebelum ini pernah mencabar Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersumpah atas nama Allah berkaitan isu klip audio yang tular, dan surat sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata UMNO perlu dibersihkan daripada pengkhianat dan rejim lama.\


“UMNO sudah dilihat rosak dan semakin ditolak oleh masyarakat Melayu dan Islam. Ambillah kesempatan untuk bersihkan parti daripada pemimpin-pemimpin pengkhianat dan penggerak jajaran baharu.


“Old regime must go. Gunakan sebaik-baik undi anda untuk pastikan pemimpin yang gagal dalam PRU-14, yang ditolak oleh rakyat yang sudah menjadi liabiliti kepada parti, digantikan dengan pemimpin yang lebih bersih, yang diterima rakyat, yang boleh membawa pembaharuan terhadap UMNO.

“Zahid perlu digantikan. Pemimpin pembodek dia juga mesti digantikan supaya UMNO akan lebih diterima rakyat dan kembali kepada perjuangan asal.


“Berubah atau dikuburkan dalam PRU-16,” katanya mengulas kempen ‘Asal bukan Zahid’ yang dikatakan digerakkan oleh kira-kira 100 ketua UMNO bahagian di seluruh negara secara senyap terhadap Zahid.


Sebuah portal sebelum ini melaporkan, kempen ‘Asal Bukan Zahid’ bermula apabila beberapa Ketua UMNO Bahagian berjumpa Bendahari Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Hussien agar mengambil tanggungjawab memulihkan UMNO.


Selain itu, laporan berkenaan juga menyebut bahawa sebahagian lagi telah berjumpa Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menuntut perkara yang sama.

Portal berkenaan memetik sumber mendakwa ketua UMNO bahagian terbabit mendesak perubahan drastik dalam UMNO namun mereka tidak bergerak sebagai kumpulan yang besar.

Mereka mahu ketiga-tiga pemimpin ini bekerjasama menukar kepimpinan UMNO yang dilihat gagal membantu pemulihan parti itu.

Pemerhati politik pula berpendapat kempen ‘Asal Bukan Zahid’ itu kian mendapat sokongan berikutan tindakan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu membawa UMNO menyertai kerajaan bersama PKR dan DAP.


Setakat ini difahamkan terdapat kira-kira 50 orang Ketua Umno Bahagian telah menyatakan sokongan kepada Hishammuddin bagi bertanding jawatan Presiden UMNO bagi menggantikan Zahid.

Malah diberitahu sudah beberapa siri pertemuan Ketua UMNO Bahagian bersama kumpulan Hishammuddin, Ismail Sabri dan Khairy sudah diadakan.


Kekalahan teruk UMNO pada PRU-15 membuatkan akar umbi mahukan gelombang perubahan dalaman parti dan juga teraju baharu bagi memberi nafas serta imej segar kepada parti supaya kembali relevan di hati rakyat.

No comments: