Saturday, October 29, 2022

pru 15- semoga dipermudahkan

 

PRU15: Senarai penuh calon PKR tanding kerusi Parlimen

ANWAR Ibrahim dalam sidang akhbar ketika mengumumkan senarai calon yang akan bertanding pada PRU15. - FOTO/MOHD. FARIZWAN HASBULLAH

  • Oleh AHMAD FADHLULLAH ADNAN dan ARIF AIMAN ASROL
  • 29 Oktober 2022, 9:15 am

 

 

 

 

AMPANG: PKR menamakan 72 calon parti itu yang akan bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) pada PRU15 dalam satu majlis di padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), di sini. 

Advertisement

Calon yang terpilih dalam masa sama diminta menandatangani borang Aku Janji yang difahamkan melibatkan persetujuan pemulangan wang deposit pencalonan, potong elaun jika menang jadi wakil rakyat dan setuju isytihar harta.

Bagaimanapun, tiga lagi kerusi kuota PKR membabitkan kawasan Sungai Siput, Tapah dan Sembrong masih belum diputuskan sama ada diwakili Parti Ikatan Muda Demokratik Malaysia (Muda) atau Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Ads by Kiosked

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap menjelaskan, pimpinan terpaksa melalui proses yang rumit dan melelahkan untuk memilih calon terbaik walaupun parti itu mempunyai barisan calon berpotensi yang ramai.

Beliau berkata, individu yang tidak terpilih bagaimanapun diharap dapat terus berpegang kepada ikrar mereka untuk membela nasib rakyat.

Terdahulu, seramai tiga penyandang Parlimen PKR digugurkan apabila nama mereka tidak disebut dalam majlis pengumuman calon parti itu di sini. 

Antaranya penyandang Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul Ghani; penyandang Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah dan penyandang Parlimen Sungai Buloh, R.Sivarasa. – UTUSAN

 

Berikut adalah senarai penuh 72 calon Parlimen PKR bagi menghadapi PRU15:

P002 Kangar – Noor Amin Ahmad

P003 Arau – Fathin Amelina Fazlie

P005 Jerlun – Mohamed Fadzil Mohd. Ali 

P006 Kubang Pasu – Mohd. Aizuddin Ariffin 

P009 – Alor Setar – Simon Ooi Tze Min 

P010 Kuala Kedah – Azman Ismail 

P011 Pendang – Zulkifly Mohamad 

P014 Merbok – Nor Azrina Surip

P015 Sungai Petani – Mohammed Taufiq Johari 

P017 Padang Serai – M.Karupaiya 

P018 Kulim Bandar Baharu – Saifuddin Nasution Ismail

P022 Pasir Mas – Husam Musa 

P025 Bachok – Nor Azmiza Mamat 

P026 Ketereh – Rahimi L. Muhamud 

P027 Tanah Merah – Mohamad Suparadi Md. Noor 

P029 Machang – Dr. Rosli Allani Abdull Kadir 

P032 Gua Musang – Asharun Uji 

P034 Setiu – Mohamad Ngah 

P038 Hulu Terengganu – Alias Ismail 

P039 Dungun – Mohasdjone @ Mohd. Johari Mohamad 

P040 Kemaman – Hasuni Sudin

P044 Permatang Pauh – Nurul Izzah Anwar

P047 Nibong Tebal – Fadhlina Sidek 

P052 Bayan Baru – Sim Tze Tzin 

P053 Balik Pulau – Mohamad Bakhtiar Wan Chik

P055 Lenggong – Jurey Latiff Mohd. Rosli 

P058 Bagan Serai – Siti Aishah Shaik Ismail 

P061 Padang Rengas – Muhammad Kamil Abdul Munim 

P063 Tambun – Datuk Seri Anwar Ibrahim 

P071 Gopeng – Tan Kar Hing

P073 Pasir Salak – Nik Omar Nik Abdul Aziz 

P075 Bagan – Datuk Shamsul Iskandar Mohd. Akin 

P077 Tanjong Malim – Chang Lih Kang

P081 Jerantut – Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan 

P082 Indera Mahkota – Zuraidi Ismail 

P083 Kuantan – Fuziah Salleh 

P085 Pekan – Mohd. Naim Zainal Abidin 

P090 Bera – Abas Awang 

P091 Rompin – Erman Shah Jaios

P093 Sungai Besar – Saipolyazan Mat Yusop 

P094 Hulu Selangor – Dr. Sathia Prakash Nadarajan 

P097 Selayang – William Leong 

P098 Gombak – Datuk Seri Amirudin Shari 

P099 Ampang – Rodziah Ismail

P100 Pandan – Rafizi Ramli 

P104 Subang – Wong Chen 

P105 Petaling Jaya – Lee Chean Chung 

P107 Sungai Buloh – R. Ramanan 

P109 Kapar – Abdullah Sani Abdul Hamid 

P112 Kuala Langat – G. Manivanan 

P115 Batu – P. Prabakaran 

P116 Wangsa Maju – Zahir Hassan 

P118 Setiawangsa – Nik Nazmi Nik Ahmad 

P121 Lembah Pantai – Fahmi Fadzil 

P124 Bandar Tun Razak – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail

P125 Putrajaya – Dr. Noraishah Mydin Abdul Aziz

P129 Kuala Pilah – Noor Azman 

P131 Rembau – Jufitri Joha 

P132 Port Dickson – Aminuddin Haron

P140 Segamat – R. Yuneswaran

P141 Sekijang – Dr. Zaliha Mustapha 

P143 Pagoh – Iskandar Shah Abd. Rahman 

P144 Ledang – Syed Ibrahim Syed Noh 

P150 Batu Pahat – Onn Abu Bakar 

P151 Simpang Renggam – Maszlee Malek 

P155 Tenggara – Zuraidah Zainab Mohd. Zain 

P158 Tebrau – Jimmy Puah Wee Tse 

P159 Pasir Gudang – Hassan Karim 

P160 Johor Baharu – Akmal Nasrullah Mohd. Nasir 

P164 Pontian – Mohd. Sayfaul Ariffin Abdul Karim 

P136 Tangga Batu – Rusnah Aluai 

P137 Hang Tuah Jaya – Adam Adli Abd. Halim

 

Sunday, October 16, 2022

Rakyat kaji dan tunggu banjir ke tidak, Depa duk kaji nk tanding dan menang berapa kerusi !!!

La ni rakyat tengah kira..banjir ke dak masa nk mengundi 

Depa dok kaji berapa kerusi nk bertganding,

Depa dok kaji menang atau kalah BN

Friday, October 14, 2022

Alahai PRU !!!! Oh PRu

Pok Su Mail bagi tahu ...parlimen bubar kerana 12 menteri dalam kabinat yg wakil PN buat perangai, ganggu keharmonian kabinet

Macam, mana ni patut , yg kacau keharmonian kabinet dan kerajaan adalah MP pembangkang

tu lah ..pola fikir depa ..sanggup dan tidak sanggup ..antara rakyat dan jemaah menteri

Rakyat 32 juta orang, kabinet 76 orang je

tapi depa sanggup ...ambik hok kepentingan 76 dengan 32 juta orang


Thursday, October 13, 2022

PRU 15: TIBAI LAH

Pilihanraya TIBA lagi. Alahai PM/BN kenapa dan mengapa diadakan juga dalam masa terdekat dan tahun ini. nampak huru hara pengurusan kuasa negara.

Rakyat nak kata apa, kuasa dekat hangpa..Balun dan tibai... ikut sifir hangpa la. Biarlah rakyat MAMPUIH !!!!!

Thursday, September 01, 2022

Rosmah bersalah, kena penjara 10 tahun, denda RM970 juta

 Rosmah bersalah, kena penjara 10 tahun, denda RM970 juta

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara terhadap Rosmah Mansor dan denda RM970 juta selepas didapati bersalah atas tiga tuduhan rasuah membabitkan projek tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak bernilai  bilion.


Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan.

Jika gagal membayar denda tersebut, Rosmah perlu menjalani hukuman penjara tambahan 30 tahun.

Zaini bagaimanapun membenarkan permohonan Rosmah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Rosmah yang hadir dengan memakai baju kurung berselendang kuning kelihatan menangis teresak-esak ketika berucap di mahkamah, sejurus sabitan dibaca di hadapannya.

Mengikut pertuduhan pertama, Rosmah, 71, didakwa meminta suapan untuk dirinya sendiri sebanyak RM187.5 juta, yang dibuat melalui bekas pegawai khasnya Rizal Mansor, iaitu 15 peratus nilai kontrak daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn. Bhd, Saidi Abang Samsudin.

Wang berkenaan sebagai balasan bagi membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta daripada Saidi sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek itu di No 11, Jalan Langgak Duta, Taman Duta , pada 7 September 2017.

Rosmah didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Sabit kesalahan, ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Bagi pertuduhan ketiga, Rosmah didakwa menerima suapan RM5 juta daripada Saidi menerusi Rizal kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan projek serupa di tempat yang sama di Jalan Langgak Duta.

Tuesday, August 30, 2022

PRU 15 -Laluan sukar semua parti

 

Ku Li - BN Berdepan Laluan Sukar Bentuk Kerajaan PRU15

August 30, 2022

Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata partinya tidak mampu meraih majoriti mudah untuk membentuk kerajaan selepas berdepan berbagai skandal, menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

 

Katanya, semua parti termasuk Barisan Nasional (BN) akan berdepan kesukaran susulan banyak faktor, termasuk ekonomi dan kadar inflasi yang mungkin meningkat.

“Saya rasa pilihan raya ini satu pilihan raya yang paling sukar. Dan saya tak fikir tak ada satu parti pun yang mendapat ‘simple majority’ (majoriti mudah), tak boleh membentuk kerajaan.

 

“Saya rasa Umno pun berada dalam keadaan begitu apatah lagi dengan berbagai-bagai skandal, berbagai-bagai masalah yang dihadapinya,”

Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, berkata PRU15 disifatkan tidak mampu menyelesaikan masalah, malah akan menimbulkan banyak lagi masalah.

 

“Kita hadapi masalah bukan sahaja pandemik belum selesai, pandemik Covid-19, tetapi juga masalah kos hidup rakyat kerana inflasi yang menekan kita. Dan produktiviti kita sudah jatuh, nilai ringgit kita seolah-olah mengalami ‘free fall’ (jatuh menjunam). Jatuh dengan tidak ada halangan apa-apa,” katanya.

 

Semalam, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, berkata PRU15 akan diadakan tahun ini memandangkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sudah memberi komitmen tidak akan melaksanakannya tahun depan.

 

Mohamad berkata, cuma perdana menteri tidak boleh memaklumkan bila tarikh pilihan raya akan diadakan.

 

Memetik Utusan Malaysia, beliau berpandangan PRU15 akan dilaksanakan sebelum Disember mengambil kira kemungkinan bencana banjir di penghujung tahun.

 

FreeMalaysiaToday


Monday, August 29, 2022

Penghakiman telus gambaran sistem keadilan berwibawa - Sultan Nazrin

Bukannya dengki, bukannya busuk perut. Hasrat rakyat untuk melihat sistem keadilan kita melaksanakan hukum, secara betul dan adil . Inilah yang rakyat impikan kepada semua pelaku jenayah besar kecil bernama tidak bernama, berjasa dan tidak berjasa biarlah nampak adil

Ura-ura DSN untuk diberikan pengampunan lebih awal sudah dibahas dan dibincangkan. Kempen tandatngan, usaha memaksa YDPA untuk MEMBERI PENGAMPUNAN segera . MENGGAMBARKAN UNDANG2 RIMBA MAHU DITERUSKAN

Luluh hati rakyat marhein dan kecewa rakyat bawahan, terlebih lagi yang beragama dan beragam.

Oh MALAYSIA TANAH AIR KU


Penghakiman telus gambaran sistem keadilan berwibawa - Sultan Nazrin


Sistem penghakiman yang telus menggambarkan proses keadilan yang berwibawa dan tidak dibayangi dengan perasaan gusar dan gentar pada sesiapa, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.


Baginda bertitah dalam sistem keadilan, hakim merupakan watak penting dan mempunyai peranan besar serta menjadi simbol dalam memastikan kredibiliti dan kewibawaan institusi kehakiman.


“Sebarang bentuk keraguan perlu dihindarkan dan seorang hakim itu perlu bebas daripada sebarang pengaruh mahupun tekanan.


“Dalam usaha mewujudkan Institusi Kehakiman Syariah yang berkredibiliti dan berwibawa, pegawai-pegawai kehakiman perlu dari semasa ke semasa diberi latihan, dilengkapi kemahiran dan didedahkan dengan pengalaman agar pengetahuan dan kecekapan mereka mentafsir undang-undang dan Hukum Syarak dapat ditingkatkan,” titah Sultan Nazrin sewaktu melancarkan Jurnal Syariah Perak Al-Qanun Vol.1 2022 di Ipoh hari ini.

Baginda bertitah penulisan alasan penghakiman yang bernas dan berkualiti akan menjadi panduan dan rujukan kepada para pengamal undang-undang.


“Alasan penghakiman juga, menjadi pertimbangan kepada mana-mana pihak yang terkilan dengan keputusan yang diumumkan, bagi menilai kembali sama ada ingin meneruskan niat mereka untuk merayu atau sebaliknya.


“Sekiranya asas dan sandaran penghakiman itu lemah, perayu berhak untuk berhujah bahawa hakim telah terkhilaf dalam penghakimannya dan memohon untuk kesnya dinilai semula di mahkamah yang lebih tinggi.


“Peluang rayuan merupakan hak yang dijamin oleh undang-undang, menjadi medan bagi hakim-hakim mahkamah yang lebih tinggi untuk menilai semula alasan penghakiman yang diputuskan oleh hakim-hakim di mahkamah yang lebih rendah; sama ada berlaku kekhilafan atau sebaliknya,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah baginda selaku ketua agama Islam yang bertanggungjawab ke atas urusan hal ehwal agama Islam, mendukung sepenuhnya prinsip kebebasan kehakiman syariah di negeri ini demi kepentingan keadilan.


Baginda turut bertitah agar usaha menambah baik sistem kehakiman syariah dan memperkasakan Mahkamah Syariah hendaklah terus dirintis.


“Menerbitkan Al-Qanun, Jurnal Syariah Perak merupakan satu contoh usaha murni lagi terpuji. Semoga Al-Qanun dapat dijadikan bahan rujukan oleh para hakim serta pengamal undang-undang,” titah Sultan Nazrin.


Friday, August 26, 2022

BULIH PERCAYA UMNO LAGI KO ?

UMNO dia bukan peduli rakyat, depa ikut nak penuh TEMBOLOK depa ja...Yang penting dapat belaka2 ambil PELUANG dan KESEMPATAN ...ni lah masa nya lagi

Hok [UMNO] yang pencen dok diam2 je lah...tengah tengok hok baru2 lagu mana pulak kelaku




SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob didakwa diberi kata dua oleh kumpulan ‘panglima perang UMNO’ sama ada memenuhi empat tuntutan yang dikemukakan mereka atau disingkirkan daripada menyandang portfolio Naib Presiden parti tersebut.

Memetik laporan The Vibes, empat tuntutan itu ialah menyingkirkan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, memecat Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, mendapatkan pengampunan Diraja untuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan mengadakan pilihan raya segera.

Thursday, August 25, 2022

pru 15: pakat bawa !!!

PEJUANG dr M ...kembali lagi ..nk bersatu dengan PH dan Atuk nak bekerjasama dgn Anwar

Entah lah idea KHEMAH BESAR ada dan laku lagi ke tidak 

Wednesday, August 24, 2022

JANGAN UBAH TIANG GOL

Landskap politik negara memasuki angin perubahan....entah lah kita bukan boleh caya sangat dengan politikus ..masing2 nk lepas perut dan bawah perut depa...

Apa2 pun seorang dah ke dalam...JANGAN UBAH TIANG GOL SUDAH

Tuesday, August 23, 2022

SELAMAT JALAN BOSSKU !!!!

Jalan je lah..... ada rakyat yang berbelah bahagi

Kita kesian juga, tapi untuk kebaikan jangkamasa panjang , biarlah Najib jalani dulu hukuman atas DUNIA ni dulu


Najib - Foto Bernama
Najib - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa menolak rayuan akhir Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetepikan sabitan hukuman dan denda yang dikenakan terhadapnya berhubung penyelewengan dana Syarikat SRC International Sdn Bhd.

Panel lima hakim dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan yang betul dan tidak terkhilaf apabila mensabitkan Najib terhadap tuduhan berkenaan.