Ku
Li - BN Berdepan Laluan Sukar Bentuk Kerajaan PRU15
August
30, 2022
Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata partinya tidak mampu meraih majoriti mudah untuk membentuk kerajaan selepas berdepan berbagai skandal, menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Katanya,
semua parti termasuk Barisan Nasional (BN) akan berdepan kesukaran susulan
banyak faktor, termasuk ekonomi dan kadar inflasi yang mungkin meningkat.
“Saya
rasa pilihan raya ini satu pilihan raya yang paling sukar. Dan saya tak fikir
tak ada satu parti pun yang mendapat ‘simple majority’ (majoriti mudah), tak
boleh membentuk kerajaan.
“Saya
rasa Umno pun berada dalam keadaan begitu apatah lagi dengan berbagai-bagai
skandal, berbagai-bagai masalah yang dihadapinya,”
Tengku
Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, berkata PRU15 disifatkan tidak
mampu menyelesaikan masalah, malah akan menimbulkan banyak lagi masalah.
“Kita
hadapi masalah bukan sahaja pandemik belum selesai, pandemik Covid-19, tetapi
juga masalah kos hidup rakyat kerana inflasi yang menekan kita. Dan
produktiviti kita sudah jatuh, nilai ringgit kita seolah-olah mengalami ‘free
fall’ (jatuh menjunam). Jatuh dengan tidak ada halangan apa-apa,” katanya.
Semalam,
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, berkata PRU15 akan diadakan tahun ini
memandangkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sudah memberi komitmen tidak
akan melaksanakannya tahun depan.
Mohamad
berkata, cuma perdana menteri tidak boleh memaklumkan bila tarikh pilihan raya
akan diadakan.
Memetik
Utusan Malaysia, beliau berpandangan PRU15 akan dilaksanakan sebelum Disember
mengambil kira kemungkinan bencana banjir di penghujung tahun.
FreeMalaysiaToday
No comments:
Post a Comment