Wednesday, February 24, 2021

Malaih cite politik Msia ?

Tak tahu nak cakap apa pasal politik Malaysia.? Tak tahu nak sokong sapa dalam politik Malaysia ?. Nampak rakyat kena juga buat pilihan. Tak tahu nak percaya ke sapa dah politik Malaysia

Minggu ni tak ada isu yang menarik.. Cuma follow tentang cerita Covid yang makin mencanak kes..jauh sekali nak melandai...

Kerajaan flip flop..sekolah buka tutup buka, pdpr online, DidikTV, kelas bersemuka..macam-macam

Apa pun, yang konsisten buaat kerja Ust EBL..gua salute..teruskan bro..

Thursday, February 18, 2021

Ni kata Tun M ?

Betullah kata orang kepada Tun, kerja beliau la la ni adalah menaikkan sesiapa yang nak jadi PM dan menjatuhkan sesama jadi PM. Ikut mana yang di suka dan x suka. Ini adalah sisi x molek Tun. Kerana payah nk baca politik dia.


Saya didesak kembali jadi PM, kata Dr Mahathir

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa beliau sudah mengambil keputusan untuk berehat daripada politik selepas meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003.

Bagaimanapun katanya, selepas seminggu keputusan dibuat ada pihak mendesak beliau kembali kerana ada yang mendakwa Perdana Menteri menggantikan tempat beliau gagal menjalankan tugas.

“Apabila saya letak jawatan pada tahun 2003, saya pun berharap akan dapat berehat, mungkin enjoy live sikit pi jalan sana-sini tetapi selepas seminggu saya letak jawatan (ada) orang datang minta (tolong).

“Tun tolonglah buat sesuatu kerana mereka berpendapat bahawa yang menjadi Perdana Menteri ketika itu tidak menjalankan tugas dengan baik. Satu minggu sahaja sudah nampak berlainan keadaan (nya).

“Jadi mereka datang dan (seterusnya) rombongan demi rombongan datang minta saya buat sesuatu. Bagi saya, saya cuba nasihat (pemimpin terbabit) tapi nasihat tidak berkesan,” katanya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian ketika Wawancara Khas Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad anjuran Sinar Harian yang dikendalikan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar selaku moderator di Studio F Kompleks Karangkraf di sini pada Rabu.

Dr Mahathir berkata, beliau akhirnya mengambil keputusan untuk keluar daripada parti yang dianggotainya bagi memudahkannya membuat teguran.

“Akhirnya saya terpaksa keluar daripada parti (UMNO) dan menentang kerajaan (UMNO ketika itu),” katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/124316/BERITA/Nasional/Saya-didesak-kembali-jadi-PM-kata-Dr-Mahathir

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Wednesday, February 17, 2021

DAIM: KERAJAAN & PEMBANGKANG GAGAL BERFUNGSI ?

Ahli politik veteran Tun Daim Zainuddin mempersoalkan kemampuan kerajaan hari ini dalam menguruskan negara ini yang berdepan dengan pandemik Covid-19.

Pandemik Covid-19 telah membuktikan dengan jelas bahawa kerajaan Perikatan Nasional sedang berjuang untuk memerintah, kata Daim.

Beliau mendakwa bahawa pemerintah tidak berfungsi dengan cekap dan gagal meletakkan kepentingan masyarakat sebagai keutamaannya.

“Setiap kementerian nampaknya bekerja di silo,” katanya lapor FMT dalam wawancara. “Rakyat belum melihat satu contoh usaha multi-menteri bersama untuk memerangi wabak itu selain kehadiran beberapa anggota tentera di blok jalan.”

Beliau mengatakan ketiadaan “arah yang seragam” dalam memerangi wabak itu dapat dilihat pada kegagalan pemerintah untuk menyediakan sambungan internet yang stabil dan akses kepada pelajar yang belajar dari rumah.“Mengapa kementerian dan agensi yang bertanggungjawab dalam komunikasi dan multimedia tidak duduk bersama kementerian pendidikan untuk melihat bagaimana mereka dapat menyelesaikan masalah hubungan bagi pelajar yang dipaksa belajar dalam talian?” katanya. “Pelajar merasa ditinggalkan oleh pemerintah ini, dan memang demikian.”

Daim, yang mengetuai Majlis Orang-orang Tertinggi setelah Pakatan Harapan membentuk kerajaan pada tahun 2018, mengatakan bahawa dia tahu kebanyakan rakyat Malaysia merasa ditinggalkan kerajaan.

Dia mengatakan pengumuman awam oleh menteri dan bahkan perdana menteri tidak menimbulkan keyakinan.

“Orang-orang tidak lagi terpaku pada TV mereka menunggu sidang media petang. Tidak ada yang mendengarkan SOP yang selalu berubah atau jumlah jangkitan atau nama kelompok yang tidak membantu.

Dia mengatakan bahawa rakyat Malaysia belum pernah mendengar dari menteri mengenai apa yang dilakukan oleh kementerian mereka dalam menangani wabak tersebut.

“Mereka yang bercakap hanya menimbulkan kekeliruan dan memburukkan lagi keadaan yang sudah mengerikan,” katanya. “Orang-orang sekarang mengatakan bahawa SOP yang tidak jelas dan tidak konsisten bermaksud” Semua Orang Pening “(Semua orang mengalami Sakit Kepala).

“Keputusan pemerintah setakat ini tidak masuk akal kerana tidak berdasarkan sains.

“Ambil keputusan minggu lalu untuk mengurangi tempoh kuarantin menteri menjadi tiga hari. Di manakah sokongan ilmiah untuk keputusan ini? Semua yang dilihat oleh rakyat adalah double standard. ”

Sedangkan kata beliau, virus itu tidak peduli sama ada seorang menteri atau tidak.

Daim, yang merupakan menteri kewangan pada waktu pertama Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri, mengakui bahawa rakyat memahami perlunya membuka kembali ekonomi, tetapi mengatakan ini hanya dapat dilakukan dengan mengatasi wabak itu.

“Tidak ada inisiatif antara pandemik dan ekonomi. Dapatkan polisi anda dengan tepat mengenai wabak ini dan ekonomi anda juga akan bertambah baik.

“Jika anda salah membuat keputusan mengenai pandemik, ekonomi akan merana dan tidak akan pulih.”

Beliau mendakwa bahawa rakyat Malaysia tidak merasakan faedah daripada bantuan kerajaan “berbilion-bilion di sana sini”.

Dia mengatakan mereka ingin mengetahui apa yang berlaku dengan peruntukan belanjawan 2021 dan pelbagai pakej rangsangan, sambil menambah bahawa mengeluarkan simpanan KWSP mereka tidak dianggap sebagai bantuan daripada kerajaan kerana wang itu adalah milik mereka. “Jadi di mana RM600 plus bilion ini?”

Menurutnya, rakyat Malaysia telah menyimpulkan bahawa pemerintah sama ada tidak mempunyai rancangan atau sangat lemah dalam usaha komunikasi sehingga nampaknya tidak mempedulikannya.

“Banyak cadangan telah dibuat oleh anggota parlimen pembangkang, pemimpin industri, pakar kesihatan, NGO dan bahkan orang di jalanan,” katanya. “Jadi keluhannya adalah pemerintah sepertinya tidak mendengar.

“Ketika perdana menteri membuat pengumuman khas mengenai pakej bantuan Covid-19, mereka sering kali tidak dapat menangani masalah yang dibangkitkan oleh industri yang sedang menderita.”

Daim juga mengkritik parti-parti pembangkang, terutama pihak-pihak yang membentuk kerajaan Pakatan Harapan.

Dia mengatakan mereka seolah-olah lupa bagaimana untuk berperanan sebagai pihak yang seharusnya semak dan imbang.

“Mereka juga pernah berada dalam pemerintahan, walaupun hanya selama 22 bulan. Setiap menteri sebelumnya boleh menjadi menteri bayangan untuk portfolio mereka sebelumnya. ”

Dia mendakwa bahawa kebanyakan rakyat Malaysia kini percaya bahawa pembangkang dan parti-parti yang berkuasa tidak tahu bagaimana menangani wabak tersebut dan oleh itu berhenti mengikuti perkembangan politik.

Tuesday, February 16, 2021

i-Sinar : Macam ni punya pandangan pakar ekonomi

Boleh seorang pakar dan penganalisa ekonomi bagi pandangannya macam ni. Rakyat terutama para pencarum tak usah keluarkan wang KWSP melalui i-Sinar. Alasannya mudah sangat untuk simpan masa depan..entah apa maksud pakar tu...

Dia x tahu ke orang dan rakyat macam nak mampus meneruskan kehidupan. Dalam mentaliti pakar ni..dia kata jangan beli hp, gajet ke so.. Dia x tahu ke anak. anak rakyat kena belajar online, kena beli tablet..

Entah lah pakar ni...

Monday, February 15, 2021

TMJ: SELEPAS POLITIK ROSAK, JANGAN ROSAKKAN SUKAN PULA

Rebutan kerusi antara sesama komponen PN dan PH dalam team pembangkang mewarni citra politik Malaysia. Dalam situasi pendemik Covid 19 semakin mengila. 

Memberi gambaran dan makna, sikap dan pendirian para politikus dalam waktu rakyat semakin tertekan dan sukar meneruskan hidup dan kehidupan. Mana dia dimensi , gagasan model atau modul mencontohi cara Nabi Yusof menjalankan urustadbir gagal diterapkan.

Mungkin, pelbagai berkas , guni dan kontena alasan tersedia. Yang terdengar keluar drp mulut seorang politikus. Kalau kami tak berpolitik dan main politik. Apa kerja kami ? Kan kerja politik itu adalah perkejaan kami. Inilah bentuk kesombongan diri, bilamana rakyat bertanya dan persoalkan serta koreksi diri pemain-pemain politik ini.....

Dah banyak keluhan rakyat, dah banyak rintihan rakyat, dah bermacam aduan rakyat... merekav (para pemain politik) tetap tegar dengan pendirian mereka..

Kita, rakyat sayang negara ini, rakyat sayangkan kedamaian, rakyat sayangkan perpaduan rakyat, rakyat sayang keharmonian, rakyat sayang negara...Betullah kata TMJ sesudah politik dirosakkan , jangan rosakkan pula sukan bolasepak ?

Saturday, February 13, 2021

BANG NON GAGAL FAHAM ?

Reaksi balas oleh natizen dalam MEDSOS trerhadap kenyataan DSAI...bahawa bantuan makanan tidak dapat menyelesaikan masalah rakyat. Mendapat kecaman hebat ..rata-rata 99 peratus komen menyindir , memerli, 

Peluru yang 'Bang Non' (gelaran popular kepada beliau) ke arah kerajaan sebalik terpalit balik kepada beliau. Sepatut Bang Non SERANG kerajaan dengan guna PELURU lain...

Tulah abang Non....payah lah rakyat marah. Generasi saya bolehlah faham sejarah dan perjuangan Bang Non.. Generasi mellinium depa mana tau....Depa BALUNNN...

Friday, February 12, 2021

Beranikan PH menjarakkan diri daripada Tun M ?

Penolakkan ke atas Tun M oleh PH perlu dimuktamadkan. Parti2 utama dalam PH masih takut, antara nak dan tak nak. Dalam politik positif dan negatif tetap ada. Ibarat dalam dunia perniagaan juga ' tanggung risiko' itu adalah WAJIB adalah sebagai prinsip asas utama.

Pimpinan dan kepimpinan PH perlu diteruskan. Cerminan utama 'perjuangan' mestilah didahulukan. Biar nampak.

Muktahir ini, bekas Penguam Negara yang Tun M lantik sendiripun dah 'bersuara', apa lagi yang komponenan PH fikirkan.

Otai perjuangan dalam komponen pernanh alami dan dilandai badai, ribut, taufan , pahit maung, susah payanh. Dan jangan juga jadi payah untuk bertindak 'menjarakkan' diri daripada Tun M.

Camooon guys....

Wednesday, February 10, 2021

Sebalik Tabir: Pandangan Tun M

PM dua kali Tun M atau lebih dikenali sebagai OT95. Kelmarin mengulas jangan dikesampingkan masyarakat bukan Melayu dalam negara ini. Beliau menjangkakan golongan ini khas nya para pemain industri kalangan mereka itu akan bertindak 'keluar' atau berhijrah dari negara ini. Kesannya kata beliau negara akan kembali 'terkebelakang'  ekonominya. Paling mudah kembali mundur dan kendur perkembangan ekonominya.

Apa pun itu adalah pandangan beliau. Kita wajar raikan, kerana sesiapa sahaja berhak untuk mengeluarkan pandangan  berdasar posisinya. Tambahan atas kapisiti sebagai negarawan dalam negara ini. 

Sebaliknya, kita belum mendengar pandangan para taikun pemain industri dalam negara menyorot ulasan ttg hal ini. Kebimbangan Tun M , itu mungkin kerana kedekatan dan pergaulan beliau dalam lingkungan golongan kaya kapitalis ini yang memungkin beliau mencetuskan isu itu.

Nah, jelas terujilah kesetian khas golongan ini kepada negara ini. Dimanakah ikrar dan ideologi pegangan negara kepada rakyat yang disemai melalui Rukun Negara. Ibarat Pancasila di Indonesia. Yang rakyat teramai imani. Itu tuntutan kita yang terlingkung dari segi moral dan etika. Nah, bukan lagi dari segi tuntutan agama dan beragama.

Atau mungkin kah beliau secara halus mahu 'menghalau' golongan ini atau 'kaum' ini..Adakah sudah terlambat..Adakah beliau mahu membina satu negara bangsa..Atau mahu dijenamakan sebagaimana sarana Tg Razaleigh Hamzah ?

Friday, February 05, 2021

OT95: Cukup Cukuplah dengannya ..politik kena 'move on'

Salah menyalah , tunding menunding sebab musabab PH jatuh. Terbaru Lim Kit Siang membalas kata Tun M bahawa , Tun M punca PH jatuh. Sebelum nya Tun M mendakwa LKS punca Grand Koliasi kerajaan Perpaduan gagal 

Dalam hal ini kita nampak Husam Musa lebih dahulu memahami sepak terajang Mahathir. Katanya sejak hari pertama PH naik, Mahatjir dah cuba untuk jatuhkan. Inilah bacaan dan sifir Husam

Kita bersetuju saat ini, dengan PKR bahawa cukup dan hentikan JEMPUTAN kepada OT95 untuk duduk bersama dalam PH. Usahalah dengan upaya dan kudrat sendiri memenangi semula hati rakyat yang 'tertipu' dan ditipu.. Cukup-cukuplah dengan OT95

Wednesday, January 27, 2021

MAINLAH POLITIK SECARA BERHEMAH

Rasukan Syaitan punca orang Melayu lemah mendaftar jadi pengundi. .. dipetik daripada kenyataan Presiden sebuah parti Islam. 

Berita dipetik daripada sebuah portal berita dalam talian. Diharapkan kenyataan itu tidak benarlah ye.. Nampak macam marah kepada bangsanya iaitu Melayu.

Syaitan itu berwajah manusia. Menjadi dalang warisan penjajah. Amboi dah dapat kuasa ..nampak mcm marah. Kan pendaftaran pemilih atau pengundi secara automatik. Mana ada golongan bangsa Melayu benci kepada politik.

Cuma depa BENCI dgn pendokong dan pemain politik yang PENIPU, tu je..

Maka terselamatlah orang yang mendaftar jadi pemilih atau pengundi daripada rasukan syaitan. Dan ternyata hok belum daftar dah kena RASUKAN SYAITAN

Jika dah tahu, buatlah sesuatu, usahakan dan jauhkan rasukan SYAITAN tu...

Sunday, January 17, 2021

BANJIR OH BANJIR

Selesai Banjir 1.0 bagi fasa pertama bermula 5hb Januari dan berakhir sepenuhnya pada 17hb Januari 2021 terutama di Pahang. Kebarangkalian bagi Banjir 2.0 akan ada. Semoga Allah pelihara dan lindungi. 

Bagi rakyat di negeri-negeri pantai timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan serta Johor , Mlk dan N9 cukup terkesan dgn peristiwa banjir. Ditokok dengan covid 19. Banyak kemusnahan harta benda yg tidak dapat diselamatkan. Ini kerana tiada sistem amaran awal, macam yang dibuat oleh kerajaan Indonesia.

Justru, kesiapsiagaan cukup lemah mendatar bawah par , . Kesiapsiagaan  secara 'manual' dan 'tipikal' sahaja dibuat oleh frontliner banjir. Rutin, tubuh jawatankuasa Banjir, hantar barang makanan di pengkalan hadapan, lantik dan kutip data di PPS, menteri dan VVIP datang bagi sumbangan. 

Cuma keriuhan 'bakul makan' x samapi atau 'diselewengkan. Cerita2 inilah yang mewarni BANJIR 1.0 bagi sesi 2021...

Apa seterusnya tindakan pihak berwajib ? Apa peranan NADMA

Sunday, January 10, 2021

Apa yang mahu direformasikan ?

Kebejatan para pemain politik, mewarni tahun 2021. Walaupun banjir melanda negara di tengah-tengah pendemik C-19. Cakaran inter dan intara pakatan mereka sudah tidak berbendung lagi. Nampak kegilaan bagi kedua-dua belah mahu kerajaan dan pihak oposisi.

Habis semua leluhur Rukun Negara (RN) dirobek-robek dgn kerakusan kuasa. Cakap-cakap politikus berterusan tidak ada satu kuasa pun yang boleh menahan mereka. Bercakap dengan akal sihat. Inilah wajah-wajah mereka.

Falsafah dan leluhur politik dalam dewan-dewan kuliah, kajian sikap, kajian lapangan dan dapatan supaya sisitem poltik kita direformasikan satu ketika dulu hancur dan punah ranah.

adakah ia salah sisitem atau salah siapa ? 

Monday, January 04, 2021

PH- FASA PEMULIHAN YG LEMBAB ATAU LAMBAT ?

PH gagal warnai politik Baru Malaysia. Gagasan politik baharu PH tidak menyerlah. Adakah mungkin terlalu idealis, atau terperangkap dengan strategik. Atau dperangkap oleh strategik OT95.

Yang nampak jelas terkini, PH terperangkap. Buktinya 'imej putih' imej perubahan, imej harapan rakyat yang dimpikan rakyat. TERPADAM. Nyanyian 22 bulan cukup terkesan racunnya. 

Fasa pemulihan amat lembab dan lambat. Ditambahi dengan nyanyian DSAI adalah PM9. Siapa kalangan PH yang layak selainnya.

Berantakkan, majlis Pres PH tridak hidup, rakyat tidak dijengahi, janji ke laut, pembelaan manifesto dimatikan dgn alasan ia bukan kita suci

Maka bermacam-macam..

Terkini MP daripada PKR akan menyaman kerajaan Selangor isu air....lambakan air kini baaah...