PM dua kali Tun M atau lebih dikenali sebagai OT95. Kelmarin mengulas jangan dikesampingkan masyarakat bukan Melayu dalam negara ini. Beliau menjangkakan golongan ini khas nya para pemain industri kalangan mereka itu akan bertindak 'keluar' atau berhijrah dari negara ini. Kesannya kata beliau negara akan kembali 'terkebelakang' ekonominya. Paling mudah kembali mundur dan kendur perkembangan ekonominya.
Apa pun itu adalah pandangan beliau. Kita wajar raikan, kerana sesiapa sahaja berhak untuk mengeluarkan pandangan berdasar posisinya. Tambahan atas kapisiti sebagai negarawan dalam negara ini.
Sebaliknya, kita belum mendengar pandangan para taikun pemain industri dalam negara menyorot ulasan ttg hal ini. Kebimbangan Tun M , itu mungkin kerana kedekatan dan pergaulan beliau dalam lingkungan golongan kaya kapitalis ini yang memungkin beliau mencetuskan isu itu.
Nah, jelas terujilah kesetian khas golongan ini kepada negara ini. Dimanakah ikrar dan ideologi pegangan negara kepada rakyat yang disemai melalui Rukun Negara. Ibarat Pancasila di Indonesia. Yang rakyat teramai imani. Itu tuntutan kita yang terlingkung dari segi moral dan etika. Nah, bukan lagi dari segi tuntutan agama dan beragama.
Atau mungkin kah beliau secara halus mahu 'menghalau' golongan ini atau 'kaum' ini..Adakah sudah terlambat..Adakah beliau mahu membina satu negara bangsa..Atau mahu dijenamakan sebagaimana sarana Tg Razaleigh Hamzah ?
No comments:
Post a Comment